Wednesday, January 18, 2012

kisah method pengajaran fiqh yg lucu

Tabiat manusia terhibur dan tertarik dengan gurau senda dan jenaka. Maka syarak membenarkan gurau dan jenaka, malahan Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sendiri pernah berjenaka dan bergurau dengan para sahabat. Imam Tirmizi membuat tajuk khas dalam kitab Syamail Muhammadiyyah, tentang gurau senda baginda.

Begitu juga dengan penuntut ilmu. Mereka adakalanya merasa jemu jika majlis-majlis pengajian berjalan dengan penuh keseriusan tanpa diselang seli dengan sedikit jenaka. Memahami hakikat ini, kita dapati sesetengah ulama memasukkan sedikit jenaka dalam pengajian ilmu mereka. Ia ibarat garam yang melazatkan makanan. Jika terlebih, lain pula jadinya.

Di sini, saya ingin membawakan beberapa contoh jenaka Syeikh Muhammad bin Soleh Al-Uthaimin ketika memberi kuliah pengajian. Semoga Allah merahmati beliau dan menggembirakan beliau dengan balasan syurga.

1) Seorang murid bertanya: Dalam hadis disebut bahawa tidak boleh membuat perlumbaan kecuali haiwan yang mempunyai khuf (unta), atau memanah, atau haiwan yang kakinya menghentak (kuda). Apa pandangan syeikh tentang mereka yang mengadakan pertandingan ayam dan merpati?

Syeikh menjawab: Dalam hadis tersebut, maksudnya tidak boleh diadakan hadiah dalam pertandingan kecuali yang disebutkan itu. Kerana perkara-perkara itu membantu di dalam peperangan. Oleh sebab faedah ini, syarak membenarkan disediakan pertaruhan dalam pertandingan ini. Jadi, kalau ayam kamu boleh menyumbang dalam peperangan, kamu boleh menunggang ayam kamu, ia boleh berlari ke sana ke mari, maka bolehlah. Jika tidak, maka tidak harus. (Liqa Al-Bab Al-Maftuh).

2) Dalam satu pengajian nahu Bahasa Arab, Syeikh meminta seorang muridnya membina satu ayat. Lalu muridnya menjawab.
Murid: “Saya membaca di hadapan seorang mabuk”.
Syeikh: Allahul Musta’an. Kamu tidak menjumpai orang yang tidak mabuk untuk kamu baca di hadapannya?

3) Seorang lelaki bertanya syeikh tentang hukum wanita melihat lelaki. Syeikh berpendapat jika bebas daripada fitnah, maka tidak mengapa. Lelaki ini berulang kali bertanya kerana kurang bersetuju dengan pendapat syeikh. Apabila lelaki itu mahu beredar, syeikh bertanya kepadanya.
Syeikh: Kamu mahu ke mana?
Lelaki: Mahu berjalan-jalan.
Syeikh: Kamu pakailah niqab (purdah) supaya wanita tidak melihat kamu.

4) Ketika syeikh memberi kuliah tentang hukum susuan, beliau menyoal murid-muridnya.
Syeikh: Kalau dua bayi menyusu dari seekor kambing.
Murid-murid: (ketawa).
Syeikh: Ya, kalau kita perah susu seekor kambing, dan beri minum dua bayi itu, adakah dua bayi itu dikira saudara susuan? Kerana susunya adalah sama. Jawapannya ialah kalau dua bayi itu ialah kambing, maka mereka adalah saudara susuan. Jika bukan kambing, maka bukan saudara susuan.

5) Seorang lelaki bertanya syiekh,
Lelaki: Syeikh, apa yang perlu dilakukan selepas selesai berdoa?
Syeikh: Menurunkan tangan.

6) Seorang lelaki bertanya syeikh tentang hukum sujud sajadah.
Lelaki: Syeikh, jika seseorang mendengar bacaan Quran daripada radio, lalu ada ayat sajadah. Adakah dia perlu sujud tilawah?
Syeikh: Ya, jika radio itu sujud.

7) Dalam satu pengajian tentang hukum-hakam nikah, seorang murid bertanya.
Murid: Syeikh, kalau saya berkahwin, kemudian mendapati isteri saya tidak ada gigi. Adakah ia dikira aib yang membolehkan fasakh?
Syiekh: (ketawa) Bagus isteri macam tu, supaya kamu tidak digigitnya.

8 ) Dalam satu majlis ceramah, pengerusi majlis mengalu-alukan syeikh dengan ucapan doa. Antara lain pengerusi menyebut, “…semoga Allah memberikan beliau kesihatan sehingga hari pembalasan (akhirat)”.
Syeikh mencelah, “Sehingga hari pembalasan?!”.

Rahimallah Fadhilat Al-Syeikh Rahmatan Wasiah.

Kisah-kisah ini diambil daripada satu thread dalam Multaqa Ahli Hadith

http://abuumair1.wordpress.com/2008/09/07/jenaka-dalam-ilmu/

Friday, January 6, 2012

veteran umno mengaku umno tabur duit masa pilihanraya

KUALA LUMPUR, 5 Jan: Veteran Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir (gambar) menasihatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar 'tidak kalut' untuk mengadakan pilihan raya seawal Mac tahun ini.

Sebaliknya kata beliau, Najib sewajarnya menunggu Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya selesai melaksanakan tugas mereka terlebih dahulu dan segala syor mereka dilaksanakan sepenuhnya.

Jika Perdana Menteri membuat pilihan raya awal tanpa menunggu jawatankuasa yang dibentuknya selesai menjalankan tugas, orang ramai akan mempertikaikan langkah beliau itu dan menganggap beliau menipu.

Oleh itu, katanya, Perdana Menteri perlu memastikan jawatankuasa itu selesai menjalankan tugas mereka selepas beliau sendiri melantik mereka sebelum ini.

Bekas menteri penerangan dan pelancongan itu berkata demikian dalam wawancara eksklusif dengan Harakahdaily semalam.

"Setakat ini baru cap jari (dakwat kekal), benda kecik sahaja, benda-benda pokok belum buat lagi.

"Kita ada masa, parlimen ini sampai April 2013, apa duk kalut sangat. Tabur duit merata-rata nak buat pilihanraya bulan Mac," katanya.

Sambil mengingatkan Najib bahawa sekarang sudah tahun 2012, rakyat zaman ini sudah pandai menilai dan tidak boleh lagi diperbodohkan, kata beliau yang juga Timbalan Presiden NGO Angkatan Amanah Merdeka (Amanah).

Antara lain katanya, keperluan rakyat kepada media yang adil dan bebas, bukan melaporkan sebelah pihak seperti sekarang ini.

"Harakah misalnya, mewakili setengah daripada orang Melayu di Semenanjung.

"Dia mintak permit nak buat akhbar (harian) ni dah 50 tahun dah, tak bagi juga. Kalau saya ada kuasa saya bagi," katanya lagi.

Selain itu, beliau juga mengingatkan kerajaan BN pada hari ini agar matang dan tidak lagi menggunakan taktik kotor untuk menang pilihan raya termasuk amalan membeli undi.

"Saya sendiri pernah diberi satu longgok cash suruh saya edar. Pembelian undi secara-terang terangan dua tiga hari sebelum pilihan raya. Berjuta-juta duit diedar cara besar-besaran.

"Ramai orang kelabu mata bab duit ni, tapi tak usah buat dah la, hodoh sangat dah," katanya sambil menyeru BN bertanding secara 'gentleman'.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7418-praya-selepas-kerja-jk-parlimen-selesai-kadir

ABU: Adakah Malaysia sebuah negara yang gagal?

Hari tu aku bersembang dengan seorang pemimpjn PKR peringkat Cabang. Dia cukup seronok sebab anaknya dapat 5A dalam UPSR. Bagus la. Tapi yang menarik, bila dia kata sistem pendidikan sekarang sudah meningkat. Kalau dulu, sekolah kampung macam di Sauk nak dapat 3 orang yang dapat 5 A pun susah…tapi tahun ini ada 11 orang dapat 5A. Ini menunjukkan bahawa sistem pendidikan kita sudah meningkat dan mampu melahirkan pelajar yang pandai.

Kalau hangpa setuju dengan kenyataan diatas, lebih baik hangpa toksah baca posting aku seterusnya. Sat lagi hangpa marah kat aku pulak.

Minggu lepas aku melilau pekan Ipoh untuk mencari tempat tinggal untuk anak aku yang bersekolah di Ipoh. Sekolah tu tak ada asrama jadi terpaksa tinggal diluar.

Aku merayau disekitar Taman Campaka dan memang banyak hostel swasta. Rumah teres dua tingkat yang disewakan kepada pelajar. Kadar sewa ialah RM650.00 untuk satu semester dan ditambah RM120 untuk duit api dan air. Jumlahnya RM770.00 satu semester dan perlu dibayar sekaligus sebelum masuk. Campur dengan yuran dan pelbagai bayaran lagi, aku kena cari lebih dua ribu ringgit!!

Yang ni tak ada masalah, tak ada duit boleh hutang, tapi bila aku diberitahu bahawa seramai 6-8 orang ditempatkan dalam satu bilik..aku tak mau. Bayangkan satu rumah teres dua tingkat didiami antara 20-30 orang pelajar!! Macam mana nak belajar?

Bila balik ke rumah, aku bersembang lagi dengan orang kampung tentang apa yang aku baru dapat tau. Tapi orang kampung ni kata” Budak-budak sekarang ni nasib baik sungguh. Dulu kalau tak pas LCE tak boleh masuk Tingkatan 4, tapi sekarang nak masuk universiti cukup senang. Tak ada duit, boleh pinjam duit PTPTN. Banyak benda yang kerajaan dah buat. Cuma sama ada budak tu nak belajar atau tidak.”

Kalau hangpa juga berfikiran macam orang kampung yang aku jumpa ni..tak payah baca la posting aku. Nanti hangpa marah kat aku.

Apa yang aku nak tonjolkan disini ialah kepelbagaian tahap pemikiran, harapan dan sasaran yang ada dikalangan kita. Aku kata sistem pendidikan sedia ada berada pada tahap yang rendah. Tapi ada orang kata sistem pendidikan kita bagus.

Aku kata pendidikan dinegara ini mestilah percuma…orang kata..”tak kan semua kerajaan nak tanggung?” So, terdapat jurang disini pasai semua orang melihat dari pelbagai sudut dan perspektif. Kalau nak berbahas..sampai bila pun tak habis. Dan aku fikir itu tidak perlu. Apa yang perlu ialah satu piawaian untuk dirujuk bersama.

Pertama sekali, selepas 54 tahun merdeka..adakah negara kita sudah maju atau masih mundur atau masih membangun? Ataupun sedang diambang keruntuhan? Apa piawaian yang digunakan? Pendapatan Perkapita? Tahap kemiskinan? Kebebasan bersuara? Pencapaian akademik? Macam-macam boleh diukur mengikut piawaian tertentu.

Aku tak berapa kisah kalau negara kita masih membangun ataupun separa maju, tapi apabila badan-badan antarabangsa mengklasifikasikan Malaysia sebagai negara yang berada diambang keruntuhan, itu membimbangkan.

Jangan percaya cakap aku dan jangan terus percaya kepada kajian NGO luar negeri..tapi nilai sendiri mengikut kriteria dan piawaian yang ditetapkan. Kalau tak puashati, boleh buat piawaian sendiri.

Satu badan antarabangsa yang dikenali sebagai Fund For Peace membuat ranking negara-negara yang diambang keruntuhan ataupun diklasifikasikan sebagai The Failed States. ( Boleh diperolehi disini.)

The Failed States bukanlah petunjuk sama ada negara itu maju atau tidak, tetapi petunjuk sama ada akan berlaku kekacauan, revolusi ataupun kebangkitan rakyat.

Malaysia tidak lah begitu teruk kalau dibandingkan dengan Myanmar, Bangladesh atau Pakistan. Malaysia boleh lah dikatakan the best among the worst. But among the best, Malaysia is the worst.

Ada beberapa kriteria yang dalam klasifikasi ini.

1. Hubungan kaum atau puak. Apakah terdapat ketengangan kaum yang berlaku? Sejauh mana seriusnya?

2. Pelarian ataupun perpindahan manusia.

3. Ketidakpuasan hati kumpulan-kumpulan tertentu. Apabila rakyat tidak berpuashati, mereka akan membuat kumpulan-kumpulan tertentu dan kemudiannya mencabar kumpulan lain.

4. Human Flight ataupun pengaliran keluar tenaga manusia. Sebagai contoh, berapa ramai yang membuat keputusan berpindah ke luar negara kerana tak puashati dengan keadaan dalam negara.

5. Pembangunan yang tak seimbang. Contoh: ada negeri yang dibantu sepenuhnya, dan ada pula negeri yang ditindas sepenuhnya.

6. Kemiskinan. Peningkatan kos sara hidup berbanding pendapatan.

7. Perkhidmatan awam. Adakah makin baik atau makin teruk.

8. Hak asasi manusia dan kedaulatan undang-undang. Apabila hak asasi dinafikan, tentu ramai yang menentang. Kemudian lebih banyak undang-undang dicipta untuk mengekang tentangan. Akhirnya rakyat akan turun kejalanraya.

9. Penggunaan agensi keselamatan. Apabila sesuatu pemerintah itu sudah tidak merasa selamat, dia akan menggunakan kekerasan sama ada dengan menggunakan polis, tentera untuk mengekang tentangan.

10. Terjadinya kumpulan-kumpulan elit. Puak-puak elit akan menubuhkan kumpulannya sendiri dan cuba menentang kumpulan lain.

11. Campurtangan luar. Apabila pemerintah merasa sudah tidak selamat, dia akan meminta bantuan dari luar. Tak kira la dari Israel ka, dari Amerika ka.

Fund For Peace telah meletakkan Malaysia setaraf dengan Libya ditangga 111!! Boleh tengok senarai penuh(disini) dan buatlah perbandingan sama ada Malaysia masih selamat atau tidak.

Jangan terus kutuk Fund For Peace kerana menghina Malaysia dan jangan terus memberikan macam-macam label. Fikir dulu.

http://www.malaysiatimes.my/2012/01/05/abu-adakah-malaysia-sebuah-negara-yang-gagal/

Apabila Denda RM500 Dikenakan Kepada Mereka Yang Tidak Menutup Aurat

KOTA BHARU – Seramai 15 peniaga dan pekerja wanita beragama Islam di Pasar Borong Wakaf Che Yeh di sini dikenakan kompaun RM500 oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) pada operasi tutup aurat di sini malam kelmarin.

Penolong Pengarah Jabatan Pembangunan Islam MPKB-BRI, Wan Sharafi Wan Mustafa berkata, mereka dikenakan tindakan tersebut kerana berpakaian tidak menutup aurat dengan sempurna.

Menurutnya, tindakan tersebut diambil mengikut Undang-undang Kecil Trade Perniagaan MPKB-BRI 1986 (pindaan 2002).

ANGGOTA penguat kuasa MPKB-BRI memeriksa peniaga dan pembantu kedai yang tidak menutup aurat di Pasar Borong Wakaf Che Yeh, Kota Bharu.

Jelas beliau, penguatkuasaan larangan mendedah aurat itu dikenakan kepada golongan peniaga yang menjalankan aktiviti perniagaan mereka di bandar ini tanpa mengira waktu.

“Operasi itu diadakan selepas mendapati ramai peniaga dan pekerja wanita beragama Islam tidak menutup aurat walaupun pekeliling bertajuk Arahan Mematuhi Etika Berpakaian telah dikeluarkan sebelum ini,” katanya.

Mereka yang dikenakan tindakan itu didapati tidak memakai tudung kepala, memakai kemeja-T berlengan pendek dan ketat serta berseluar panjang ketat.

Petikan Kosmo!

Sunday, October 30, 2011

ceramah ustaz azhar idrus

assalamualaikum...

rakaman ceramah ustaz azhar idrus di melaka sabtu 29/10/2011

http://www.4shared.com/audio/qt5zW9ip/UAI_-_MELAKA.html

Monday, June 13, 2011

surat fathima :muslimah iraq yang ditahan oleh tentera salib moden



Gambar menunjukkan salah seorang daripada wanita-wanita Iraq yang menjadi mangsa tentera Amerika.

BARANGKALI KETIKA SURAT INI DITULIS, ANDA MEMBUANG MASA DENGAN KEKASIH ANDA!!

Pada hari Sabtu sekitar jam 12:25 tengahari, pejuang mujahiddin telah melancarkan serangan ke atas penjara Abu Gharaib di selatan Baghdad. Serangan tersebut bagi menyahut seruan yang dibuat
melalui seucuk surat yang dikirimkan oleh seorang tahanan wanita yang bernama Fatima yang merayu agar pejuang mujahidin mengambil tindakan. Surat Fatima, sepucuk surat yang ditulis tangan, baru-baru ini telah diseludup keluar dari Abu Gharaib. Fatima adalah adik kepada salah seorang pejuang mujahiddin di kawasan berkenaan. Tentera pengganas AS telah menyerbu rumahnya beberapa ketika dulu tetapi gagal menemuinya, oleh itu mereka telah menawan adik perempuannya bertujuan untuk memaksa beliau menyerah diri. Berikut adalah salinan surat Fatima yang disiarkan oleh Mafkarat al-Islam.

---------------------------------------------------------------------------------------
Surat Fatima

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.; Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.; Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan; Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya. [Quran, Surat 112 al-Ikhlas]. Saya memilih surah yang suci ini daripada kitabullah kerana ia memberi satu kesan yang besar keatas saya dan ke atas kamu semua dan ia membawa kesan yang besar dan kesedaran di dalam hati orang-orang yang beriman. Saudaraku para mujahiddin yang berjuang pada jalan Allah SWT! Apa yang dapat saya katakan kepada kamu semua? Ingin saya nyatakan kepada kamu: Perut kami telah dipenuhi oleh anak-anak haram yang dilakukan oleh para haiwan dan babi yang telah memperkosakan kami. Atau saya boleh katakan kepada kamu bahawa mereka telah menelanjangkan kami, meludah ke muka kami dan mengoyak ayat al-Quran yang tergantung pada leher kami? Allahu Akbar! Dapatkah kamu memahami keadaan kami? Adakah benar kamu tidak tahu menahu apa yang telah berlaku kepada kami? Kami adalah adik-adik kamu. Allah SWT pasti akan menyoal kamu mengenainya kelak. Demi Allah, tidak pernah kami melalui satu malam semenjak kami berada di penjara ini tanpa dilompat oleh para haiwan dan babi tersebut untuk mengoyakkan tubuh kami dengan rakusnya. Dan kami telah berusaha sedaya upaya untuk melindungi perawan kami demi kerana takutkan Allah SWT. Takutlah kamu kepada Allah! Bunuhlah kami semua berserta dengan mereka! Hancurkanlah kami bersama-sama dengan mereka! Jangan tinggalkan kami di sini untuk dijadikan sebagai bahan melepas nafsu ganas mereka dengan memperkosa kami! Ia merupakan satu tindakan yang boleh menggoncang arasy Allah SWT. Takutlah kepada Allah berhubung dengan kami! Tinggalkanlah kereta kebal dan pesawat mereka di luar sana . Datanglah kepada kami di sini di penjara Abu Gharaib. Saya adalah adik-adik kamu pada jalan Allah (Fatimah). Mereka telah
memperkosakan kami lebih dari sembilan kali dalam satu malam. Bolehkah kamu memahaminya? Bayangkanlah salah seorang daripada adik-adikmu diperkosakan. Kenapa kamu semua tidak boleh
membayangkannya, sedangkan saya adalah adikmu. Bersama-sama saya terdapat 13 orang gadis yang lain, kesemua mereka belum berkahwin. Kesemua mereka telah diperkosakan dihadapan mata dan
telinga setiap orang. Mereka tidak membenarkan kami menunaikan solat. Mereka membuang pakaian kami dan tidak membenarkan kami memakainya. Semasa saya menulis surat ini, salah seorang daripada gadis tersebut telah membunuh diri. Beliau telah diperkosa secara rakus dan zalim. Seorang tentera telah memukul dada dan pinggangnya setelah beliau memperkosakannya. Beliau telah dijadikan mangsa penderaan dan penyiksaan. Beliau telah menghantuk kepalanya ke dinding sehingga beliau mati, kerana beliau tidak dapat menahannya lagi, walaupun membunuh diri adalah haram menurut Islam. Tetapi saya memaafkan gadis tersebut. Saya juga berharap agar Allah SWT mengampun segala dosanya, kerana Dia adalah Maha Pengampun! Saudaraku! sekali lagi ingin saya katakan, takutlah kepada Allah! Bunuhlah kami bersama-sama dengan mereka agar kami dapat menikmati keamanan. Tolonglah! Tolonglah! Tolonglah! [Wa mu'atasima!]

-------------------------------------------------------------------------------------

Sebaik sahaja selepas itu, lebih kurang seramai 100 pejuang mujahiddin melancarkan serangan besar-besaran ke atas penjara Abu Gharaib, memaksa tentera kafir AS berselindung di dalam berek
mereka dalam kawasan penjara. Pejuang mujahiddin telah melancarkan mortar 82mm dan 120mm ke arah tentera kafir Amerika. Orang ramai berkumpul secara beramai-ramai di luar penjara, bimbang
jika mortar tersebut mengenai para tawanan yang berada di dalam penjara tetapi mereka telah diberi jaminan oleh pejuang mujahidin yang berkata bahawa mereka tahu kedudukan penjara tersebut.
Wartawan Mafkarat al-Islam di Baghdad melaporkan bahawa pejuang mujahiddin telah berjaya memusnahkan sebahagian besar dinding penjara, menyebabkan lubang sebesar empat meter di dalam dan di luar pagar yang mengelilingi penjara tersebut. Nasib Fatima dan lain-lain gadis bersamanya masih belum dapat diketahui. Pada nota terakhir, seorang individu telah menjawab surat Fatima semalam dalam laman web Ansar dengan menulis: Maaflah adikku, kami bukanlah lelaki yang sebenar. Hanya lelaki yang sebenar sahaja boleh menjawab tangisan kamu memohon pertolongan. Kami tidak
mempunyai bekalan yang cukup beberapa hari ini. Maaf sekali lagi, wahai adikku." Komen seperti inilah yang menunjukkan betapa kurangnya maruah dan tanggungjawab umat Islam pada hari ini. Kami di LADANG WEB telah beberapa kali mendedahkan perbuatan perkosaan ke atas gadis Islam oleh tentera Salib Amerika (yang masih dianggap wira oleh kebanyakan umat Islam di dunia ini) semenjak mereka memijakkan kaki mereka ke bumi Iraq , tetapi tidakdipedulikan. Kami merasa amat kecewa dan gagal menerima surat seperti yang dituliskan oleh Fatima sebelum ini, kerana kami tahu lebih ramai lagi Fatima yang telah diperkosa di penjara di Iraq dan Afghanistan dan ramai lagi adik-adik perempuan atau anak-anak perempuan kita yang diperkosa dengan zalim dan mereka tidak dapat melawannya. Apakah yang perlu kita lakukan untuk menjadikan suara-suara mereka dapat didengar dan di manakah wira-wira Islam untuk mempertahankan maruah mereka? Sebelum ini, pada satu ketika dulu, keagungan dan dan maruah telah diintegrasikan ke dalam kehidupan umat Islam sebagai sebahagian dari sistem Islam yang sempurna dan syumul. Sebagai contoh, seorang lelaki telah mengikat hujung pakaian seorang wanita Islam kepada kerusi semasa beliau sedang membeli belah dan apabila beliau bangun, sebahagian daripada kemaluannya telah terdedah. Beliau menjerit, "Wa Mu'atasima", dan seruannya telah sampai kepada pengetahuan khalifah. Khalifah telah menulis surat kepada ketua gereja dengan berkata: "Kepada anjing Rome , saya akan datang kepada kamu dengan tentera-tentera kami di mana barisan hadapannya berada di pintupintu kami dan barisan belakangnya berada di sini." Inilah merupakan maruah dan keagungan yang bertindak ke atas sesuatu tindakan yang tidak sampai kepada tahap perkosaan. Mereka telah menghantar satu bala tentera dan bukannya 100 pejuang. Hari-hari tersebut merupakan hari di mana seorang muslim sejati dapat dicari. Nilailah diri anda dan dimanakah kedudukan iman anda. Bolehkah maksiat ditutup dengan bayaran dan kontrak? Adakah kita takut mengkritik Amerika kerana bimbang kita akan kehilangan peluang perniagaan? Bagaimana pula keadaan kita di Malaysia ini?


Bukti serangan Mujahideen terhadap tentera Amerika di penjara Abu Ghraib - Peristiwa "Battle of Abu Ghraib"
http://en.wikipedia.org/wiki/Battle_of_Abu_Ghraib
_____________________________________________________________________

Mungkin ada di antara kita yang pernah membaca artikel ini, tetapi ingatlah bahawa berapa banyak kali kita membaca artikel ini, begitulah juga dengan berapa banyak kali situasi di atas berulang. Insaflah kita.
Janganlah kita bersubahat dengan mereka. Kita mempunyai kuasa ekonomi. Marilah memboikot barangan US dan Israel. Katakan taknak pada KFC, McDonald, Pizza Hut etc! Katakan taknak pada setiap jenis rokok kerana kebanyakan jenama rokok itu akan menyumbang kepada Israel. Katakan taknak pada setiap jenis barangan mereka! Boikotlah barangan mereka mengikut kemampuan! Kepada akhi, cuba kita bayangkan situasi di atas berlaku kepada ibu kita, kakak kita, adik kita, rakan perempuan kita! Kepada ukhti, cuba bayangkan situasi tersebut berlaku kepada diri anda sendiri, ibu anda, kakak anda, adik anda, rakan karib anda, roommate anda. Walaupun kita semua membayangkan perkara-peraka di atas, barang diingat! Hakikatnya, ia berlaku kepada SAUDARA kita sendiri! Kita mempunyai pertalian agama, darah daging, dan jiwa dengan mereka! Allahuakbar!






Tuesday, May 31, 2011

doa syed qutb mengenai cinta




Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya agar tidak
melebihi cintaku pada-Mu


Ya Allah, jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut pada-Mu,
agar aku tidak terjatuh dalam jurang cinta jemu.


Ya Rabbi, jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak
berpaling dari hati-Mu.


Ya Rabbal Izzat, jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang
merindui syahid di jalan-Mu.


Ya Allah, jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku
merindukan syurga-Mu.


Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan
indahnya bermunajat
di sepertiga malam terakhirmu.


Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam
perjalanan panjang
menyeru manusia kepada-Mu.


Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga
melupakan aku pada cinta hakiki
dan rindu abadi hanya kepada-Mu.


Ya Allah Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini
telah berhimpun dalam cinta
pada-Mu, telah berjumpa pada taat pada-Mu, telah
bersatu dalam dakwah
pada-MU, telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah Ya Allah
ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah
jalan-jalannya. Penuhilah
hati-hati ini dengan Nur-Mu yang tiada pernah
pudar. Lapangkanlah dada-dada
kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan
keindahan bertawakal di jalan-Mu.


(As-Syahid Sayyid Qutb)

Monday, April 11, 2011

muhimmah

tertulis didalam kitab muhimmah

maka sayugialah engkau amat amati dan engkau sungguh sungguh hai saudaraku akan sifat perempuan yang sunat dipilihnya akan dia lagi yang akan mengekalkan pertaulan dengan dia dan supaya boleh bersama sama dengan dia,maka iaitu 8 perkara :

1- hendaklah engkau pilih akan perempuan yang beragama yang soleh yang takut akan ALLAH SWT lagi yang mengekali berbuat ibadat lagi yang menjauhkan akan segala yang haram.

2-sunat memilih akan perempuan yang baik perangainya kerana adalah demikian itu menolong akan menyelesaikan pada berbuat ibadat kerana perempuan yang jahat perangainya dan jahat lidahnya adalah mudharatnya itu terlebih banyak daripada manfaatnya.dan tiada kuasa sabar daripada lidah perempuan itu melainkan orang yang dianugerahi ALLAH SWT daripada auliya' dan solihin

3-sunat memilih perempuan yang elok mukanya yakni yang baik paras rupanya kerana dengan dialah terpeliharakan daropada ingin kepada perempuan yang lain.dan jangan pula berkahwin dengan perempuan yang baik rupanya yang tiada mempunyai agama dan barangsiapa menhendaki dengan berkahwin itu menghasilkan sunat jua.atau berkehendak menghasilkan anak atau berkehendak mentadbirkan rumahnya maka iaitu memadailah ia berkahwin dengan perempuan yang kurang rupanya yang mempunyai agama yang lagi baik perangainya.demikian dikejakan oleh orang zahidin dan segala orang yang salihin.

4-sunat memilih akan perempuan yang ringan isi kahwin kerana NABI SAW Bersabda :
setengah daripada berkat maka perempuan itu,iaitu segera bersuamikan dan segera rahimnya itu kepada beranak dan murah isi kahwinnya.

5-sunat memilih akan perempuan yang banyak beranak kerana sabda Nabi SAW :
lazimkan atas kamu berkahwin dengan perempuan yang banyak beranak dan perempuan yang banyak kasih sayang akan suaminya.

6-sunat memilih perempuan yang bikir (anak dara) kerana Sabda Nabi SAW bagi jabir RA,maka adalah ia berkahwin dengan perempuan yang janda dengan katanya:
mengapa tiada engkau berkahwin akan perempuan bikir supaya engkau bermain main akan dia dan ia bermain main akan dikau.

7-sunat memilih akan perempuan yang mempunyai bangsa yang baik,iaitu bahawa adalah perempuan itu daripada anak cucu seorang yang mempunyai agama dan anak cucu orang yang soleh dan anak cucu orang yang alim kerana Nabi SAW Bersabda :
pilih olehmu akan perempuan yakni tempat bagi mani kamu ini,maka kerana bahawa sungguhnya gemar itu terlebih mengekalkan.

8-sunat memilih akan perempuan yang bukan kerabat yang hampir kerana yang demikian itu mengurangkan akan syahwat,yakni tiada sangat ingin akan dia kerana Nabi SAW Bersabda :
jangan kamu berkahwin akan perempuan kerabat yang hampir maka bahawa sesungguhnya anaknya itu dijadikan dhaif tubuhnya.

(dan kata ) imam ghazali rahimahullahu ta'ala "maka inilah segala perkara sifat yang digemarkan didalam perempuan yakni inilah segala sifat yang kedelapan perkara yang dipilih didalam perempuan itu oleh lelaki yang berkehendak berkahwin akan dia.

WALLAHUA'LAM.

Tuesday, February 1, 2011

maher zain - insyALLAH (versi bahasa melayu)









Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian, tiada pembela
Segalanya suram, bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Insya Allah... Insya Allah... Insya Allah...
Ada jalannya
Insya Allah... Insya Allah... Insya Allah...
Ada jalannya

Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Insya Allah... Insya Allah... Insya Allah...
Ada jalannya
Insya Allah... Insya Allah... Insya Allah...
Ada jalannya

Kembalilah
Kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa
Oh Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar...

Insya Allah... Insya Allah... Insya Allah...
Ada jalannya
Insya Allah... Insya Allah... Insya Allah...
Ada jalannya

Melody: Maher Zain
Lyrics: Maher Zain & Bara Kherigi
Arrangement: Maher Zain & Hamza Namira
Malay Lyrics: Frizdan