Monday, February 8, 2010

latihan futsal anak yatim rohingya

salam dari selayang.....

ALHAMDULILLAH....selepas balik dari kerja...berkesempatan adakan latihan untuk anak anak rohingya ni....
kelihatan ada 2-3 orang yang berpotensi untuk dijadikan "killer striker" yang mampu menggegarkan gawang juara bertahan piala siti khadijah....hehehe...

gambar gambar yang sempat saya ambil.....




kepada yang ingin menyumbangkan peralatan futsal seperti kasut,bola atau jersi...boleh e-mail kepada saya: ar_rahmanw@yahoo.com atau menghubungi muhammad ditalian 03-22881996.sumbangan anda akan dikecualikan dari cukai.





OFF TOPIC

balik dari latihan....dapat tau dua ekor kucing makcik saya melahirkan anak pada hari yang sama...tomel....tomel....







Saturday, February 6, 2010

gotong-royong di Sekolah Pusat Pertuturan kiu

salam dari selayang.....

ALHAMDULILLAH....dengan limpah kurnia dan keizinan dariNYA,saya dapat menghadiri satu program gotong-royong mengecat bangunan sekolah pusat pertuturan kiu.....

walaupun terlewat sampai....tapi mujur masih ada banyak lagi kerja yang perlu dibuat.sekurang kurangnya berbaloi la pergi sana....

sedikit gambar yang boleh dibuat kenangan.....

pintu masuk sekolah



berehat sebentar



pengalaman kerja mengecat digunakan sepenuhnya



salah seorang sukarelawan halaqah yang mengambil bahagian



kerja yang hampir siap



sempat bermain bola dengan adik ni



inilah hasilnya


terima kasih diucapkan kepada cikgu fasehah (halaqah.net) kerana sudi mengundang saya untuk bersama sama menjayakan program ini...dan terima kasih juga atas segala layanan.....

kepada sesiapa yang ingin mengetahui apakah itu KIU....
disini saya sertakan sedikit info.....


APAKAH ITU KIU???

Kiu Merupakan satu bentuk pertuturan yang unik di mana setiap yang ditutur dapat dilihat dan dibaca oleh mereka yang cacat pendengaran melalui kombinasi posisi dan bentuk tangan yang disertakan dengan pergerakan bibir dan suara.
Bentuk tangan dengan posisi tertentu yang mengiringi butir pertuturan membolehkan golongan istimewa ini mengenal pasti setiap sukukata yang membentuk setiap patah perkataan dengan jelas sebagaimana mereka yang normal mendengar setiap sukukata yang membentuk setiap patah perkataan dalam ayat yang diucapkan.
Justeru, kanak-kanak istimewa ini mampu menguasai sesuatu bahasa sekurang-kurangnya bahasa ibunda mereka. Keupayaan mereka menguasai bahasa samada bahasa pertuturan mahu pun bahasa penulisan memberikan mereka peluang untuk menimba ilmu setinggi mungkin di samping berupaya untuk menyumbang kepada produktiviti negara.



Kedudukan danBentuk tangan untuk Bahasa malaysia



Kedudukan dan Bentuk Tanagn untuk B.Inggeris



Kedudukan dan Bentuk Tangan Arabic- untuk mengaji




Pengasas Kaedah Pertuturan Kiu




Kaedah Pertuturan Kiu diperkenalkan oleh Dr. R Orin Cornett pada tahun 1967. Beliau merupakan Naib Presiden Kolej Gallaudet (kini menjadi universiti) yang terletak di Washington D.C. Universiti ini merupakan satu-satunya institusi pengajian tinggi di dunia yang khusus untuk pelajar cacat pendengaran.
Sayangnya kaedah ini tidak begitu berjaya di Amerika dan juga di negara lain yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan. Sebab utamanya adalah kerana wujudnya pelbagai variasi bahasa tersebut di samping sistem ejaan yang agak mengelirukan. Contohnya, bahasa Inggeris yang digunakan oleh rakyat British sedikit berbeza dengan yang digunakan di Amerika mahupun di Australia.

wallahua'lam.....

Tuesday, January 19, 2010

falsafah pendidikan luqmanulhakim

salam dari selayang.....

Pada suatu hari, Luqmanulhakim mengajak anaknya keluar ke pasar. Beliau mengenderai seekor keldai manakala anaknya pula mengekorinya dengan berjalan kaki.

"Teruknya orang tua ini, anaknya yang kecil dibiarkan berjalan kaki sedangkan dia bersenang-lenang menunggang keldai," kedengaran suara dari sekumpulan manusia yang melihat mereka.


"Wahai anakku, dengarkah engkau apa yang mereka perkatakan itu?" tanya Lukmanul Hakim kepada anaknya.

"Dengar ayah," jawab anaknya sambil mengangguk-anggukkan kepalanya.

"Sekarang engkau naiklah ke atas keldai ini, biar ayah menariknya," katanya sambil mengangkat anaknya ke atas belakang keldai.

"Nampakkah kalian betapa anak yang tak pandai mengenang budi ayahnya yang sudah tua. Disuruhnya ayahnya menarik keldai sedangkan dia yang masih muda menunggangnya, sungguh tidak patut," kata sekumpulan manusia lain yang mereka temui di tengah, perjalanan.


"Dengarkah engkau apa yang mereka perkatakan?" tanya Lukmanul Hakim kepada anaknya.

Anaknya mengiyakan pertanyaannya itu.

"Sekarang engkau turun dari keldai ini, dan kita sama-sama berjalan kaki," kata Lukmanul Hakim. Anaknya segera turun dari keldai.

Tak berapa lama kemudian mereka bertemu pula dengan sekumpulan manusia yang lain. "Alangkah bodohnya orang yang menarik keldai itu. Keldai untuk dikenderai dan dibebani dengan barang-barang, bukan untuk diseret seperti lembu dan kambing," kata mereka.


"Dengarkah engkau apa yang mereka kata?" tanya Lukmanul Hakim kepada anaknya lagi.

"Dengar ayah."

"Kalau begitu marilah kita berdua naik ke atas belakang keldai ini,"

Tidak berapa lama selepas itu mereka terdengar perbualan sekumpulan orang yang lain pula. "Sungguh tidak bertimbang rasa mereka ini, keldai yang kecil ditunggangi berdua!" kata mereka.


Lukmanul Hakim lalu bertanya kepada anaknya, "Adakah engkau dengar apa yang mereka perkatakan?"

"Ya ayah, saya dengar."

"Kalau begitu marilah kita dukung keldai ini," kata Lukmanul Hakim

Dengan bersusah payah mengikat keempat-empat kaki, akhirnya mereka berjaya mendukung keldai itu. Dan dalam keadaan itu jugalah mereka mula berjalan, dengan bebanan menanggung seekor keldai. Apabila orang ramai melihat gelagat mereka berdua, mereka ketawa terbahak-bahak. "Ha! ha! ha! Hei! Lihatlah orang gila mendukung keldai!"


"Dengarkah engkau apa yang mereka katakan?" dia bertanya kepada anaknya lagi.
"Dengar ayah," jawab anaknya.

Mereka meletakkan keldai itu ke tanah. Beliau pun menyatakan hikmah di sebalik peristiwa tadi, "Anakku, begitulah lumrah manusia. Walau apapun yang engkau lakukan, engkau tidak akan terlepas dan kata-kata mereka. Tak kira benar atau salah, mereka tetap akan mengata."


"Ingatlah anakku bila engkau bertemu kebenaran janganlah engkau berubah hati hanya kerana mendengar kata-kata orang lain. Yakinlah dengan din sendiri dan gantung harapanmu kepada Allah."
Lukmanul Hakim pernah berwasiat kepada anaknya sebelum beliau meninggalkan dunia yang fana ini. "Wahai anakku, janganlah engkau makan kecuali makanan yang sedap sahaja. Berkahwinlah selalu dan binalah rumahmu di seluruh pelosok bumi ini."

Anaknya seolah-olah tidak percaya dengan wasiat ayahnya itu. Tetapi mungkin juga ada sesuatu di sebalik kata-kata itu, fikirnya. Setelah ayahnya selesai dikebumikan dia berjumpa dengan seorang teman rapat ayahnya, lalu meminta penjelasan berkenaan kata-kata wasiat ayahnya itu dengan penuh sangsi.


"Ayahmu memang benar," kata teman ayahnya.

Dia semakin bingung dengan jawapan itu lalu bertanya, "Apakah maksud pak cik?"

"Wasiat ayahmu yang pertama bermaksud janganlah engkau makan kecuali apabila telah benar-benar lapar, kerana apabila engkau sudah terlalu lapar engkau akan merasa makanan yang engkau makan itu begitu lazat dan engkau akan bersyukur dengannya."

"Berkenaan wasiat ayahmu yang kedua pula, hendaklah kamu selalu berkelana, kerana apabila engkau bertemu semula dengan isterimu setelah lama terpisah, engkau akan berasa seperti baru berkahwin. Dan wasiat ketiganya, yang menyuruh engkau membina sebanyak-banyaknya rumah ialah, carilah sahabat seramai mungkin. Apabila engkau telah bersahabat dengan seseorang maka rumahnya akan menjadi seperti rumahmu sendiri dan rumahmu juga sudah seperti rumahnya."


Setelah mendengar penjelasan itu barulah dia faham maksud sebenar dan kata-kata ayahnya, yang pada mulanya dianggap aneh itu. Memang luar biasa insan yang bergelar Lukmanul Hakim ini, katanya satu tapi hikmahnya beribu.

petikan :falsafah pendididkan luqmanulhakim

Saturday, January 16, 2010

mengapa meminta selain dari ALLAH?

salam dari selayang.....



muhammad Bin Husain Bin Hamdan berkata: ketika saya di masjid Yazid Bin Harun,saya bertanyakan kepada seorang yang duduk disampingku: Siapakah namamu?Jawabnya:Saied.saya bertanya: siapakah gelaranmu?Jawabnya:Abu Usman.Lalu saya bertanya tentang keadaannya.Jawabnya: Kini telah habis belanjaku.Lalu saya bertanya: dan siapakah engkau harapkan untuk kepentinganmu itu?Jawabnya: Yazid Bin Harun.Maka saya berkata kepadanya: Jika demikian,maka ia tidak menyampaikan hajatmu dan tidak membantu/meringankan keperluanmu.Dia bertanya: Dari mana engkau mengetahui akan hal itu?Jawabku: Saya telah membaca dalam sebuah kitab;

Bahawasanya ALLAH telah Bersabda ; demi kemuliaanKU dan kebesaranKU dan kemurahanKu dan ketinggianKU di atas Arasy,AKU akan mematahkan harapan orang yang berharap selainKU dengan kekecewaaan dan AKU akan pakaikan ia pakaian kehinaan di mata orang dan aku singkirkan ia dari dekatKU dan aku putuskan dari hubunganKU.Mengapa ia mengharapkan lainKU dalam kesukaran padahal kesukaran itu ditanganKU dan aku yang dapat menyingkirkannya.Dan mengharap selainKU serta mengetuk pintu lain padahal kunci pintu-pintu itu tertutup,hanya pintuKU yang terbuka bagi siapa yang berdoa minta kepadaKU.Siapakah yang pernah mengharapkan AKU untuk menghalaukan kesukarannya lalu aku kecewakan?Siapakah yang pernah mengharapkan AKU kerana besar dosanya lalu AKU putuskan harapannya?

Atau siapakah yang pernah mengetuk pintuKU lalu tidak aku bukakan?AKU telah mengadakan hubungan yang langsung antaraKU dengan angan-angan dan harapan semua makhlukKU,maka mengapa kau bersandar selain dariKU?Dan aku telah menyediakan semua harapan hambaKU tetapi tidak puas dengan perlindunganKU dan aku telah memenuhi langitKu dengan makhluk yang tidak jemu bertasbih kepadaKU dari para malaikat dan AKU perintahkan mereka supaya tidak menutup pintu antaraKU dengan hambaKU,tetapi mereka tidak percaya kepada SabdaKU.Tidakkah mngetahui bahawa siapa yang ditimpa bencana yang Aku turunkan,tiada yang dapat menyingkirkannya selain AKU,maka mengapakah AKU melihat ia dengan segala angan-angan harapannya selalu berpaling dariKU?Mengapa ia tertipu oleh lainKU?

AKU telah memberi kepadanya dengan kemurahanKU apa-apa yang tidak ia minta,kemudian AKU yang mencabut daripadanya lalu ia tidak minta kepadaKU untuk mengembalikannya,dan minta kepada lainKU.Apakah AKU yang memberi sebelum diminta kemudian jika diminta lalu tidak memberi sebelum diminta?Apakah AKU bakhil (kikir) sehingga dianggap bakhil oleh hambaKU?Tidakkah dunia dan akhirat itu semua milikKU?Tidakkah semua rahmat dan kurnia itu ditanganKU?Tidakkah dermawan dan pemurah itu sifatKU?Tidakkah AKU tempat semua harapan?Maka siapakah dapat memutuskannya daripadaKU?dan apa pula yang diharapkan dari orang-yang mengharap?Andaikan AKU berkata kepada semua penduduk langit dan bumi: mintalah kepadaKU,kemudian AKU memberi kepada masing-masing orang fikiran apa yang terfikir pada semuanya,lalu AKU beri semua itu tidak akan mengurangi kekayaanKU meskipun sekecil debu?Maka bagaimana akan berkurang kekayaan yang lengkap sedang AKU yang mengawasinya?Alangkah sial (celaka) orang yang putus rahmat dariKU.Alangkah kecewa orang maksiat kepadaKU dan tidak memperhatikan AKU dan tetap melakukan yang haram dan tiada malu kepadaKU.

maka orang itu berkata: Ulangi keteranganmu itu.Lalu menulisnya.
kemudian ia berkata: Demi ALLAH,setelah ini saya tidak usah menulis suatu keterangan yang lain.

petikan : terjemahan Al-Hikam (pendekatan abdi pada Khaliqnya) m/s 46-47

Ku sedekahkan Al-Fatihah buat Abu Fadhil Ahmad bin Muhammad bin Abdul Karim bin Abdurrahman bin Abdullah bin Ahmad bin Isa bin al-Husain bin Atha'Allah Al-Iskandari.
(As Syeikh Ibnu Atho'illah) sebagai pengarang kitab ini.

Allah berfirman (maksudnya):
“Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina”.” (Surah al-Mu’min, 40: 60)


wallahua'lam.....

Thursday, January 14, 2010

siapa kita sebenarnya????

salam dari selayang.....

petikan: tilmiz

Saya ingin berkongsi sebuah cerita yang saya terima dari email seorang sahabat. Dan suka untuk saya kongsikan cerita ini dengan Sahabat-sahabat semua.

Hari itu selepas seminggu beraya dikampung, saya pulang ke K.Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan.

Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki – berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

‘Abang nak beli kuih ?’ Katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya. “Tak apalah dik abg dah pesan makanan,” jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

“Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?” katanya selamba semasa menghampiri meja saya. “Abg baru lepas makan dik, masih kenyang lagi ni,” kata saya sambil menepuk-nepuk perut..

Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai disitu, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya… ” Tak nak beli kuih saya bang.. Pak cik… kakak atau makcik.” Molek budi bahasanya !

Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan dihati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha.

Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya. Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu , membetulkan duduk dan menutup pintu.. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman.

Saya turunkan cermin, membalas senyumanya. Saya lihat umurnya lebih kurang 12 tahun. “Abg dah kenyang, tapi mungkin abg perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang. katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak
daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya. ” Ambil ni dik! Abang sedekah… tak payah abang beli kuih tu” saya berkata ikhlas kerana perasaan kesian meningkat
mendadak..

Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya.

Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu. “Kenapa bang nak beli kuih ke?” tanyanya. “Kenapa adik berikan duit abg tadi pada pengemis tu ? Duit tu abg bagi adik!” kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

“Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. “Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!” katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekali gus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

“Abg nak beli semua ke?” dia bertanya dan saya cuma ngangguk. Lidah saya kelu nak berkata. “RM25 saja bang…..! Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke K.Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatim kah ??

Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya ?? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kesian, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapt menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya !!!

Adakah anda sedar siapa diri anda sebenarnya, apa peranan kita sebagai seorang Muslim?

Monday, January 11, 2010

gambar-gambar ketika program

salam dari selayang.....

SILA UNDI (DIDALAM KOMEN) UNTUK GAMBAR YANG PALING MENARIK

wajah-wajah peserta

en. firdaus,hj wan rusli dan tenaga pengajar


muslimah HALAQAH


muslimah MUSLIM AID melayan anak2 rohingya


muslimah MUSLIM AID


khusyuk melihat persembahan nasyid


muhammad dan wakil HALAQAH


dari kiri hj wan rusli,adeq fauzy,awit (HALAQAH) dan pengetua madrasah


dyrana orang kuat SHUKUR


sis yus (SHUKUR) dan kawan


muhammad dan en firdaus


perbualan orang kuat MUSLIM AID,HALAQAH dan ustaz hashim


mira (MUSLIM AID) dan anak anak rohingya


keluarga ELLINUR


muslimah HALAQAH dan anak rohingya


bapa ellinur dan anak rohingya


my mom (caaaayang mak...hehehe)

sumbangan orang ramai






keadaan asrama madrasah











berpusu pusu menyambut kedatangan sukarelawan

sesi ucapan dari kiri muhammad (MUSLIM AID) dan alhana (SHUKUR)

kata kata aluan dari wakil MUSLIM AID


kata kata aluan dari wakil keluarga puan ellinur


alhana (SHUKUR) bersama anak anak yatim rohingya

aktiviti










jamuan makan










pemberian cenderahati sumbangan dari keluarga pun ellinur







sesi bergambar






persembahan nasyid






salam perpisahan






Sunday, January 10, 2010

kemuncak....program bersama anak yatim pelarian rohingya

salam dari selayang....

ALHAMDULILLAH....segala puji dan puja hanyalah untuk ALLAH kerana dengan limpah kurnia dan keizinan dariNYA,program bersama anak yatim pelarian rohingya telahpun diadakan dengan jayanya dan berakhir dengan baik pada hari ini (10-01-2010).

setinggi tinggi penghargaan saya ucapkan kepada pengarah MUSLIM AID haji wan rusli wan muda kerana sudi untuk bersama sama menjayakan program ini.kepada sahabat seangkatan muhammad (MUSLIM AID) dan sis yus (KOMUNITI SHUKUR) serta kak su yang sudi meluangkan masa untuk membeli barang keperluan untuk disumbangkan kepada madrasah hashimiah.terima kasih juga diucapkan kepada puan ellinur (totcupcakes) diatas persiapan jamuan,cenderamat serta sumbangan dan seorang hambaALLAH yang sudi menyumbangkan rm 1000 untuk membeli barang barang keperluan madrasah anak anak yatim ini.
tak lupa juga kepada sahabat sahabat dari KOMUNITI SHUKUR (dyrana,alhana) dan sahabat dari HALAQAH (adeq3101,nor_207,hidayah_aniz,faseh,amna,adeq_fauzy,
awit1910,fairuzniza,an-nisa,wajdani,zue_mujahidah) dan sukarelawan yang sudi hadir untuk bersama sama meraikan anak anak yatim ini.semoga ALLAH mengurniakan kasih sayangNYA diatas balasan kasih sayang kita terhadap anak anak yatim ini.

disini saya lampirkan sedikit laporan untuk makluman semua....

kehadiran ahli KOMUNITI SHUKUR:
1 - rahmanw
2 - muhammad
3 - alhana
4 - dyrana
5 - sis yus dan kawan

kehadiran ahli HALAQAH:
1 - adeq fauzi
2 - faseh
3 - adeq3101
4 - nor_207
5 - hidayah_aniz
6 - amna
7 - awit1910
8 - fairuzniza
9 - an-nisa
10- wajdani
11- zae_mujahidah

09:30 pagi - ketibaan muhammad dan keluarga puan ellinur
10:00 pagi - ketibaan pengarah MUSLIM AID
- kata-kata aluan dari rizal (alhana)
- kata-kata aluan dari wakil MUSLIM AID (muhammad)
- kata-kata aluan dari wakil KOMUNITI SHUKUR (rahmanw)
- kata-kata aluan dari wakil keluarga ellinur
10:20 pagi - sesi taaruf anak-anak yatim dan tetamu yang hadir
- acara dimulakan (indoor games)
1- permainan terbahagi kepada 2 kumpulan:
i- permainan puzzle untuk kanak-kanak yang berumur 12 tahun kebawah
ii-permainan saidina,scrabble dan karom untuk remaja yang berumur 13 tahun
keatas.
10:30 - ketibaan ahli HALAQAH.
11.00 - ketibaan wakil MUSLIM AID.
11:30 - jamuan makan.
12:00 - meneruskan aktiviti (indoor games)
12:25 - majlis menyampaikan cenderahati kepada anak-anak yatim (sumbangan dari
puan ellinur)
12:35 - persembahan nasyid dari anak-anak yatim
- lagu pertama bertajuk : HABIB MUHAMMMAD RASULULLAH
- lagu kedua bertajuk : MAULA YA SALLIY
- guru bimbingan nasyid :ustaz yusuf.
01:30 - solat zohor berjemaah.
02:00 penutup dan bersurai.

gambar akan menyusul kemudian....

Thursday, January 7, 2010

YB nizar kemalangan

salam dari selayang.....





IPOH,7 Januari- DS Nizar Jamaluddin terlibat dengan kemalangan jalanraya di hadapan Hotel Cassuarina Ipoh pagi ini. Demikian berita yang disahkan oleh pembantu peribadi beliau, Sdr. Amran Harun.

YDP Bukit Gantang Ustaz Nordin telah meminta Sdr Basher Ahmad untuk pergi ke Hospital Ipoh untuk melihat perkembangan DS Nizar.

Pusat Khidmat AP dfahamkan DS. Nizar dikatakan memandu sendiri dalam perjalanan ke sebuah Klinik Gigi kerana ada temujanji pada pagi ini.



Beliau sekarang berada di Hospital Tuanku Bainun Ipoh dan mengalami cedera ringan di bahagian kaki.

Kereta yang dipandunya dikatakan terbalik dan keempat-empat tayarnya diatas dalam kemalangan itu.

Menurut Sdr Bahesr Ahmad AJK Pas Bukit Gantang yang juga Pegawai Khas DS Nizar,DS Nizar hanya cedera ringan dan dikatakan tekanan darah agak tinggi.

Ustaz Nordin mengharapkan masyarakat Bukit Gantang terus mendoakan kesejateraan dan kesihatan yang baik kehadrat Allah s.w.t,supaya DS Nizar terus berjuang menegakkan keadilan dan kebajikan.

(11.00am) Nizar telah dimasukan ke ward 8C kerana tekanan darahnya agak tinggi.Nothing serious.Beliau telah terlanggar divider jalan sewaktu mengelakkan sebuah kereta yang tiba-tiba keluar dari persimpangan
-Sumber foto:PerakExpres
-Sumber Berita:bukitgantang2.blogspot

Monday, January 4, 2010

sukaneka rumah anak yatim pelarian rohingya

salam dari selayang.....

alhamdulillah....
pada hari ini saya berkesempatan untuk menyaksikan acara sukaneka di madrasah hashimiah atas jemputan sahabat saya muhammad dari muslim aid.
acara telah dimulakan pada pukul 9 pagi dan berakhir pada pukul 5 petang.

sukaneka ini berlangsung didalam madrasah yang agak atau boleh saya katakan amat-amat sempit untuk menjalankan aktiviti seperti ini.keluasannya bolehlah saya anggarkan kira-kira 20x70 kaki.

betapa simpatinya apabila melihat akan kedhaifan mereka menjalankan kehidupan dibumi malaysia ini.segala-galanya serba kekurangan hinggakan terpaksa mendapatkan bantuan dari persatuan bukan islam.
namun begitu,kegembiraan dan senyuman tetap terpancar diwajah mereka biarpun status pelarian menyekat mereka untuk mengecap kebebasan dalam kehidupan.dan begitu jelas kelihatan perasaan puas dihati mereka setelah dapat menjayakan sukaneka ini.

lupakanlah status mereka.....abaikanlah bangsa mereka......apa yang pasti sebagai ummat islam,adalah menjadi keutamaan untuk kita membantu saudara-saudara kita ini.jadi kepada meraka yang ingin menghulurkan sumbangan kewangan,alat tulis,barang-barang keperluan harian seperti beras,susu,gula dll...
bolehlah hubungi muhammad ditalian 012-3377195.
bantuan anda amatlah mereka harapkan dan diucapkan jutaan terima kasih.


video




gambar-gambar sekitar acara sukaneka :-



pengetua madrasah

tenaga pengajar....fasih berbahasa arab


persiapan makan biskut











































Sunday, January 3, 2010

lawatan kerumah anak yatim pelarian rohingya

salam dari kuala lumpur.....




alhamdulillah....pagi tadi saya bersama 2 orang ahli shukur dan seorang sepupu telah berkesempatan melawat rumah anak yatim ini...
insyALLAH...esok mereka akan adakan aktiviti seolah olah sukaneka....dan insyALLAH saya akan berkunjung kesana esok....

untuk makluman semua.....
SUMBANGAN TETAP ADALAH DARI SEBUAH PERSATUAN BUDDHA YANG BERPENGKALAN DI TAIWAN IAITU PERSATUAN BUDDHA SUCHI....
PERSATUAN INILAH YANG MEMBAYAR SEWA BANGUNAN YANG DIGUNAKAN OLEH RUMAH ANAK YATIM INI KIRA KIRA RM 1400 SETIAP BULAN...
MEREKA JUGA TELAH MEMBELI MESIN BASUH DAN JUGA PERNAH MENAJA SEORANG GURU BAHASA MELAYU UNTUK RUMAH ANAK YATIM INI...

PERNAH JUGA DICERITAKAN OLEH PENGETUA MADRASAH INI....
SEORANG YANG MENGGELARKAN DIRINYA USTAZ PERNAH DATANG MELAWAT....APABILA MENGETAHUI SEWA MADRASAH INI DIBIAYAI OLEH PERSATUAN BUDDHA...ORANG YANG MENGGELARKAN DIRINYA USTAZ NI DENGAN SEWENANGNYA MENGELUARKAN FATWA BAHAWA HARAM MENERIMA BANTUAN DARI ORANG BUKAN ISLAM TANPA CUBA MENCARI JALAN PENYELESAIAN DIATAS MASALAH INI....SEDANGKAN DIA SEDIA MAKLUM BAHAWASANYA MADRASAH NI 100% BERGANTUNG PADA SUMBANGAN ORANG RAMAI....
OLEH KERANA TIDAK ADA SATUPUN PERSATUAN ISLAM YANG TAMPIL MEMBANTU...MAKA MEREKA TERPAKSA MENERIMA BANTUAN WALAUPUN BUKAN DIKALANGAN ORANG ISLAM....


ALHAMDULILLAH....
MUSLIM AID...SEBUAH BADAN BUKAN KERAJAAN DALAM USAHA MEMBANTU DARI SEGI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN INSAN...
MEREKA AKAN MEMBERI FOKUS PENDIDIKAN KEPADA ANAK2 YATIM ROHINGYA INI MANAKALA PEMBANGUNAN INSAN DITUMPUKAN PADA GOLONGAN DEWASA IAITU KAKITANGAN MADRASAH INI SEPERTI KELAS BAHASA MELAYU DAN KELAS MENJAHIT.
ALHAMDULILLAH...BUAT MASA INI RAMAI YANG TAMPIL MENYALURKAN DERMA MELALUI MUSLIM AID..DENGAN SUMBANGAN INI LEBIH BANYAK PROGRAM DAPAT DILAKUKAN...
MAKA PERANAN SUKARELAWAN ADALAH AMAT AMAT PENTING SEPERTI MEMBERI PENDAPAT DAN PENYELESAIAN SERTA MENGANJURKAN PROGRAM KECILAN MAHUPUN BESARAN....DAN MEMBERI BUAH FIKIRAN DALAM HAL PENGISIAN ROHANIAH DAN JASMANIAH UNTUK ANAK2 INI SEBAGAIMANA PROGRAM YANG AKAN KITA LAKSANAKAN NANTI...INSYALLAH....


WALLAHUA'LAM...