Sunday, August 29, 2010

Gambar2 Pencemaran Masjid di Dunia - termasuk Syeikh Azhar


Ketika dunia Islam lain bergerak pantas menggamit umat manusia kepada Islam tetapi pemerintah UMNO masih lagi bagai katak didalam gelas kaca. Mereka melihat perkembangan drastik orang memeluk Islam khususnya di Eropah dan Amerika hatta menjangkau 200% tetapi di Malaysia, Islam di ISAkan oleh UMNO. Terkongkong dalam selaput yang dicipta oleh UMNO sendiri. Sudahlah perkembangan Islam lambat bahkan ramai pula orang melayu yang murtad. Ini disebabkan sikap dan cara berpolitik UMNO yang tidak menguntungkan Islam tetapi hanya sekadar keuntungan sementara yang ingin diraih oleh UMNO-BN. Sentiasa mengapi-apikan perbalahan agama dan kaum demi meraih politik murahan.

Ketika Majlis fatwa telah mengeluarkan hukum berkait keharusan bukan Islam mengunjungi masjid sebagaimana yang diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid. Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab. Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.

1. Dalam hal-hal yang berkaitan ibadah, sensitiviti umat Islam sangat tinggi dan nilai-nilai ta'abbudi amat dititikberatkan oleh masyarakat Islam.

2. Umat Islam dibenarkan melakukan ibadah sembahyang walaupun di dalam gereja kerana Saidina Umar al-Khattab pernah melakukannya. Umat Islam perlu bersikap tasamuh dan tidak terlalu rigid dalam membenarkan orang bukan Islam mendekati masjid.

3. Keindahan Islam boleh ditunjukkan kepada orang bukan Islam melalui lawatan mereka ke masjid-masjid selaras dengan peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pengurusan masjid.

4. Sikap membenarkan orang bukan Islam memasuki masjid tidak boleh disamakan dengan sikap tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian kerana konsepnya adalah berbeza.

Dan memang itu pun yang dilakukan oleh umat Islam diluar Malaysia yang merupakan amalan yang dilakukan sendiri oleh Rasulullah Saw dan para sahabat. Masjid merupakan pusat pemerintahan, pusat pentadbiran, pusat kehakiman, tempat ibadah, tempat pertemuan duta-duta asing yang ingin menemui Rasulullah Saw maupun khalifah selepas baginda.

Kita lihat gambar-gambar dibawah bagaimana menggambarkan perkembangan dakwah yang pesat terhadap mereka yang bukan Islam yang menjadikan masjid sebagai pusat maklumat dan penyebaran Islam dinegara selain Negara kita. Bagi UMNO semua ini adalah pencemaran terhadap kesucian masjid dan penghinaan terhadap Islam.

1. Masjid Lakemba di Sydney yang merupakan antara tertua dan terbesar. Mereka mengundang bukan Islam serta memberi penjelasan berkait kekeliruan tentang Islam. Mereka sentiasa mengadakan hari terbuka yang member banyak manfaat dakwah. Sheikh Yahya Safi, sebagai imam yang merupakan kelahiran lubnan menyebut ianya memberi ruang untuk berdialog serta menolak salah-faham terhadap Islam. Bahkan ramai yang terbuka hati dan mendapat hidayah dan memeluk agama Islam




2. Lebih 2,000 masjid di Jerman telah mengadakan Hari khusus pada hari Rabu dan terbuka kepada umum termasuk bukan Islam untuk mengunjungi masjid, melihat ibadah umat Islam dan bertanyakan tentang Islam.



3. 3 May 2010, pihak Masjid Makkah di United Kingdom telah mengadakan pameran Islam secara tahunan dan dikunjungi oleh rombongan setiausaha kerajaan Alan Johnson. Mereka sempat melawat dan megadakan dialog dan perbincangan didalam masjid tersebut.

4. Sempena Ramadhan The Golden Mosque Lower Sheriff Street, Rochdale telah mengadakan hari terbuka dengan mengundang orang ramai termasuk bukan Islam untuk berbuka puasa dan mendapat taklimat tentang islam didalam masjid yang dikendalikan oleh imam selaku pengerusi masjid iaitu Tahir Mahmood.


5. Pusat Islam London .Terletak di Regent Park yang sibuk dengan orang-ramai khususnya hari jumaat yang menampung 10,000 jamaah. Para pelawat akan diberi penerangan oleh Pegawai Perhubungan Awam pusat Islam tersebut iaitu Omar Saddique. Beliau memberi penjelasan tentang Islam dan setiap persoalan yang diutarakan oleh para pelawat didalam masjid tersebut.


6. Di Durban, Masjid dan selaku Pusat Islam yang pernah diasas dan dikelolakan oleh Syeikh Ahmad Deedat iaitu IPCI, seorang pendakwah tersohor telah menyediakan hari lawatan khusus kepada non muslim sebagai Mosque Tours dan memberi penjelasan tentang ibadah dan penerangan tentang islam dan perbandingan agama. Khususnya amalan para nabi yang ditinggalkan oleh Yahudi dan nasrani tetapi diamalkan oleh umat Islam seperti membuat kasut sebelum masuk ke tempat suci (masjid), berwudhu dengan membersih diri, kiblat, cara iabadah dengan sujud dan ruku’ yang merupakan amalan para nabi semenjak bani Israel lagi. Ramai yang tertarik dan akhirnya memeluk Islam disitu.


7. Lihat bagaimana Obama sendiri yang menziarahi masjid turut membuka kasut beliau untuk masuk ke ruang solat. Bahkan Pope sebagai ketua agama Kristian Khatolik juga masuk ke masjid dalam lawatannya ke negara Arab. Kalau berlaku di Malaysia nescaya berlakulah kiamat.


8. Masjid al-Azhar sendiri membenarkan pelawat bukan Islam memasuki ruang dalaman masjid termasuklah Putera Charles dan Lady Diana dengan ditemani oleh Syeikh Azhar ketika itu iaitu Syeikh Tantawi. Kalau kat Malaysia mungkin Majlis Agama menghambat mereka kot?.

Bahkan banyak masjid-masjid lain diseluruh dunia menganjurkannya. Termasuk di Malaysia sendiri kecuali apabila timbulnya isu YB DAP dari parlimen Serdang Teo Nie Ching dengan kejadian masuk ke Surau Huda di Kajang. Beliau telah mendapat keizinan drp pihak pengurusan surau utk memasuki ruang solat bagi menyampaikan bantuan kpd surau tersebut dan bukannya member tazkirah tetapi sekadar ucapan sempena pemberian bantuan kepada surau tersebut. Beliau juga turut berbuka puasa bersamaah muslimat disitu. Ia telah dipolitikkan oleh UMNO-BN sebagai mencemari tempat suci Islam.

Apakah hukumnya yang sebenar?


Hukum bukan Islam masuk MASJIDIL HARAM

Majoriti ulama melarang bukan Islam memasuki masjidil haram atas larangan yang terdapat di dalam ayat al-Quran:-


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْمُشْرِكُونَ نَجَسٌ فَلاَ يَقْرَبُواْ الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ بَعْدَ عَامِهِمْ هَـذَا
Ertinya : Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu kotor, maka janganlah mereka mendekati Masjidil haram sesudah tahun ini.. (At-Taubat : 28)


Berdasarkan dua ayat ini, majoriti ulama dari kalangan mazhab maliki dan Syafie melarang bukan Islam memasuki Masjidil Haram, namun demikian dibenarkan bagi ahli Kitab (Kristian dan Yahudi) untuk memasukinya dengan syarat-syarat tertentu.


Satu lagi adalah :-


أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَقْرَبُواْ الصَّلاَةَ وَأَنتُمْ سُكَارَى حَتَّىَ تَعْلَمُواْ مَا تَقُولُونَ وَلاَ جُنُبًا إِلاَّ عَابِرِي سَبِيلٍ حَتَّىَ تَغْتَسِلُواْ
Ertinya : "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu salat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan, (jangan pula hampiri mesjid) sedang kamu dalam keadaan junub, terkecuali sekedar berlalu saja." ( 4:43 )


Imam Abu Hanifah pula menyatakan non-muslim dibenarkan untuk memasuki masjidil haram sekadar lalu, namun tidak dibenarkan untuknya duduk dan menetap di sana (sebagaimana sebahagian umat Islam); ini kerana beliau berpandangan, ‘kotor' yang disebut di dalam ayat itu hanyalah membawa maksud kekotoran syirik yang melibatkan hati bukannya kekotoran fizikal. Lebih dari itu, Ibn Hajar menyatakan mazhab Hanafi membenarkan bukan Islam memasuki masjid tanpa syarat.
Imam Ahmad Hanbal pula menyatakan bukan Islam hanya dibenarkan untuk memasuki masjidil haram dan lainnya setelah mendapat kebenaran dari umat Islam atas tujuan-tujuan yang munasabah seperti pembinaan dan maintainance. Beliau mengambil dalil iaitu penduduk Taif dibenarkan oleh nabi s.a.w untuk menetap dan tinggal di masjid sebelum mereka memeluk Islam.

Rasulullah juga diriwayatkan menerima tetamu Kristian dari Najran di dalam masjid Madinah, malah ketika itu mereka juga diizinkan oleh Nabi s.a.w untuk menunaikan sembahyang mereka di dalam masjid, nabi menyebut kepada sahabat
"Biarkan mereka (untuk menyelesaikan sembahyang mereka)"
Selain itu, Imam Al-Bukhari juga ada membawakan sebuah hadis yang menyebut bagaimana seorang bukan Islam bernama Thamamah ibn Athal, diikat oleh Rasulullah di dalam masjid (ditangkap atas kesalahan tertentu),


بعث رسول اللَّهِ خَيْلًا قِبَلَ نَجْدٍ فَجَاءَتْ بِرَجُلٍ من بَنِي حَنِيفَةَ يُقَالُ له ثُمَامَةُ بن أُثَالٍ فَرَبَطُوهُ بِسَارِيَةٍ من سَوَارِي الْمَسْجِدِ
Ertinya : Rasulullah s.a.w menghantar seorang berkuda di arah Najd, maka terlihat seorang lelaki dari Bani Hanfiah ( sedang mengintip) yang bernama Thumamah Bin Uthal, lalu diikatnya di satu tiang dari tiang-tiang masjid ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )

Selepas tiga hari, akhirnya setelah dia melihat bagaimana umat islam beribadah dan keramahan umat Islam kepadanya yang sentiasa bertanya keadaannya, dia akhirnya memeluk Islam kerana tertawan melihat keindahan kehidupan dan ibadah umat Islam.

HUKUM MASUK MASJID SELAIN MASJIDIL HARAM

Imam Ibn Hajar Al-‘Asqolani ketika menghuraikan isu ini mengatakan mazhab Maliki tetap MELARANG bukan Islam memasuki masjid manakala Mazhab Syafie, Hanbali dan Hanafi membenarkan bukan Islam untuk memasuki masjid-masjid lain dengan syarat-syarat tertentu. Beliau juga menegaskan kebenaran ini cukup kuat dari dalil tawanan perang bernama Thumamah tersebut.
Imam Nawawi menghuraikan :
Melihat kepada hadis ini, harus hukumnya mengikat tawanan dan menahannya serta harus juga seorang yang bukan Islam untuk memasuki masjid. Mazhab Syafie : menyatakan keharusannya dengan syarat terdapat keizinan dari umat Islam sama ada kafir itu dari kalangan ahli Kitab atau selainnya. Namun Khalifah Umar bin Abd Aziz, Qatadah dan Imam Malik tidak mengharuskannya. (Syarah Sohih Muslim, 12/87)

Imam Al-Mawardi As-Syafie membawakan pula teks kata-kata Imam Syafie dalam hal ini iaitu :-

ولا بأس أن يبيت المشرك في كل مسجد إلا المسجد الحرام
Ertinya : Tiada masalah untuk seorang bukan Islam menetap di setiap masjid kecuali masjidil Haram. ( Al-Hawi Al-Kabir, 2/268)

Permasalahannya hanya satu kerana si pelaku bukan UMNO. Kalau UMNO dia menjadi halal semata. Ketika orang lain dilarang berceramah didalam masjid tetapi untuk UMNO halal. Ketika orang lain haram mendedahkan aurat dalam masjid tetapi jika UMNO jadi halal. UMNO nampaknya hanya layak menjadi terompah untuk ke jamban masjid sahaja. Inilah sebenarnya punca pencemaran terhadap Islam di Malaysia sebagai wakil penjajah selepas kemerdekaan. Munasabahlah mereka mengambil APCO Zionis sebagai penasihat hanya untuk mengkucar-kacirkan umat Islam di Malaysia. Penaja 1 Malaysia ini sebenarnya pengamal teroris di Malaysia.

Wednesday, August 18, 2010

Iftar Madrasah Hashimiah bersama Anak Yatim Pelarian




Lokasi: Madrasah Hashimiah, Selayang
Tarikh: 17 Ogos 2010, 7 Ramadhan 1431

Alhamdulillah, selesai iftar Ramadhan yang pertama di Madrasah Hashimiah yang menempatkan anak-anak yatim dan miskin dari pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim. Saya kagum, dengan hanya RM200, dapat menaja sehingga 100 orang untuk berbuka puasa dan kini orang ramai sudah mula menaja anak-anak yatim dan warga miskin pelarian ini untuk berbuka puasa di Madrasah Hashimiah.


anak-anak pelarian bantu untuk jualkan bubur kacang yang istimewa di hadapan Madrasah

saya bersama Tn Hj Wan Rusli menyediakan daging kari Qurban For Life untuk berbuka

kacang goreng antara hidangan utama

bubur bali dengan kelapa parut

bubur kacang istimewa dengan isi daging

warga Hashimiah bekerjasama menyediakan juadah berbuka

hidangan berbuka puasa yang enak

anak-anak Hashimiah

doa mereka untuk penderma-penderma yang murah hati

senarai nama yang menaja

Ramai juga rakan-rakan yang bertanya, cukupkah dengan RM200 untuk diberi makan kepada 100 orang? Itu yang uniknya di Madrasah Hashimiah. Semalam saya tiba di Madrasah jam 6 petang dalam keadaan basah kerana hujan dan Amir (dari Muslim Aid) sudah tiba lebih awal. Antara menu dari RM200 tersebut ialah bubur yang dibuat daripada pelbagai jenis kacang yang dimasukkan sedikit daging, bubur bali yang diletakkan kelapa parut, kacang goreng, bihun goreng dan buah seperti pisang dan tembikai.

Menurut Ustaz Hashim, masih terdapat 15 hari kekosongan untuk ditaja sehingga 1 Syawal. Pada yang berminat untuk menaja anak-anak yatim serta warga miskin pelarian untuk berbuka, boleh hubungi saya terus di pejabat Muslim Aid, 03-22881996. RM200 tajaan untuk satu hari.

Sunday, August 1, 2010

PERINGATAN BUATMU WAHAI WANITA

ASSALAMUA'LAIKUM WBT.....

diceritakan oleh Sayyidina Ali RA :adalah pada suatu hari masuk aku kedalam rumah Nabi SAW dan ada sertaku isteriku Fathimah RA,makan tatkala menepuk (mengetuk) pintu,maka Sabda Nabi SAW "siapa yang dipintu itu?"maka sahut Siti Fathimah "kami dengan suami kami Ali.hamba datang mengadap akan dikau ya Rasulullah".maka tatkala membuka pintu bagi kami,maka tiba2 kami dapat akan Nabi hal keadaannya menangis akan sebagai tangis yang sangat.

(maka)kataku baginya "penebusanmu aku,engkaulah bapaku,dan ibuku ya Rasulullah.apalah yang menangisakan dia".maka Sabdanya ,"bahawa sesungguhnya telah aku lihat pada malam mi'raj beberapa perempuan daripada umatku didalam seksa yang amat sangat,maka sangatlah salah pekerjaan mereka itu kerana itulah menangiskan akan daku daripada sangat seksa mereka itu".

maka Sabda Rasulullah SAW :
"telah aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan lidah dan api neraka yang sangat panas dituangkan kedalam lehernya.dan aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan rambutnya dan mendidih otak kepalanya.

(dan aku lihat) pula seorang perempuan yang tergantung dengan kakinya padahal terikat lagi terlipat telah mengeluarkan segala malaikat yang menyeksa itu dengan dua tangannya daripada pihak belakang dan minyak tanah itu dilumurkan pada badannya dan dituangkan air panas kedalam lehernya.

(dan aku lihat) sorang perempuanyang tergantung dengan dua susunya dan buah zaqqum itu dituangkan masuk kedalam lehernya,erti buah zaqum itu,iaitu buah kayu didalam neraka yang amat pahit,maka apabila memakan mereka itu akan zaqqum itu nescaya menggelegak segala isi perut mereka itu dan otak mereka itu dan gusi mereka itu dan keluar lidah apinya daripada mulut mereka itu.

(dan ku lihat) pula seorang perempuan yang tergantung padahal memakan ia akan dagiang dirinya dan api neraka menyala-nyalakan daripada pihak bawahnya.

(dan aku lihat) pula seorang perempuan yang tergantung lagi menambat oleh segala malaikat akan dua kakinya kepada dua susunya dan ditambatkan dua susunya kepada ubun-ubunnya dan dijadikan atas badannya beberapa ular dan kala,hal keadaannya memakan ia akan dagingnya dan minum ia akan darahnya.

(dan aku lihat) pula seorang perempuan yang tergantung hal keadaannya buta dan tuli dan kelu didalam kerongkongan api neraka,padahal keluar otak daripada kepalanya,dan lagi mengalir kedalam hidungnya dan segala badannya itu amat busuk lagi terputar-putar seperti kena penyakit yang besar.

(dan aku lihat) pula seorang perempuan yang tergantung hal keadaannya dipotong segala daging badannya daripada hadapan hingga belakangnya daripada segala anggotanya dengan gunting api neraka.

(dan aku lihat) pula seorang perempuan yang tergantung hal keadaannya hitam segala mukanya dan dua susunya dan api neraka memakan isi perutnya.

(dan aku lihat) pula seorang perempuan yang tergantung kepalanya seperti kepala babi,dan tubuhnya seperti tubuh keldai dan diatasnya itu beribu-ribu warna daripada azab.

(dan aku lihat) pula seorang perempuan yang tergantung atas rupa anjing dan api neraka itu masuk daripada bawah duburnya dan keluar daripada mulutnya dan malaikat itu memukul mereka itu akan kepalanya dan badannya dengan pemukul api neraka.

(kata) Sayyidina Ali : "maka berdirilah Siti Fathimah RA kepada Nabi SAW,maka berkata Siti Fathimah :"hai kekasihku dan cahaya mataku,khabarkan olehmu apa2 dosa mereka itu hingga jatuh atas sekalian mereka itu dengan beberapa bagai-bagai seksa".

maka Sabda Nabi SAW :"(adapun) perempuan yang tergantung dengan rambutnya itu ,maka bahawa sesungguhnya ia tiada menutup rambutnya itu daripada lelaki yang lain yang haram memandangnya.

(dan adapun) perempuan yang tergantung dengan lidahnya dan air yang panas dituangkan kelehernya itu,maka bahawa sungguhnya ia menyakiti akan suaminya.

(dan adapun) perempuan yang tergantung dua susunya itu,maka bahawa sesungguhnya ia memberi air susu suaminya tiada dengan izinnya.

(dan adapun) perempuan yang tergantung dengan dua kakinya didalam kerangkongan api neraka itu maka bahawa sungguhnya ia keluar daripada suaminya dengan tiada izin daripadanya.

(dan adapun) perempuan yang tergantung dan memakan ia akan tubuhnya dan api neraka dinyala nyalakan daripada pihak bawahnya maka bahawa sungguhnya ia memperhiasi tubuhnya kerana orang lain dan tiada memperhiasi bagi suaminya.

(dan adapun) perempuan yang tergantung dengan dua kakinya yang tertambat kepada dua susunya bertambat pada ubun2 dan telah dijadikan kepadanya beberapa ular dan kala yang memakan ia akan dagingnya dan meminum ia akan darahnya bahawa sungguhnya ia didalam dunia tiada hendak bersuci badannya dan tiada hendak mandi daripada junub dan haid dan daripada nifas dan meringan-ringan akan solat.

(dan adapun) perempuan yang tergantung hal keadaan kelu dan buta dan tuli yang ada ia didalam kurungan daripada api neraka,maka bahawa sungguhnya ada ia mendatangkan daripada anak zina ditambatkan akan dia pada batang leher suaminya.

(dan adapun) perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya itu seperti badan himar, yakni keldai bahawa sungguhnya ia adalah sangat mengadu-ngadu lagi amat dusta.

(dan adapun) perempuan yang seperti rupa anjing dan api neraka masuk kedalam mulutnya dan keluar dari duburnya maka bahawa sungguhnya ia adalah sangat membangkit akan manusia lagi banyak dengki mendengki".

ya bunayya (wahai anakku) jagalah bagi perempuan yang derhaka ia akan suaminya.

WALLAHUA'LAM...

(petikan kitab MUHIMMAH karangan SYEIKH ABDULLAH IBN ABDURRAHIM FATHANI)

Tuesday, July 13, 2010

Tajaan Pakaian Untuk Musabaqah Anak Pelarian Rohingya





Alhamdulillah, semalam saya berkesempatan untuk bersama ustaz Hashim dan dan juga adik Anuar dan Hanifah yang akan mewakili Madrasah Hashimiah dalam pertandingan Musabaqah antara Rumah Anak Yatim KL dan Selangor yang bakal berlangsung pada awal bulan Ogos. Muslim Aid telah menaja Anuar dan Hanifah untuk pemakaian pada hari pertandingan. Anuar telah menerima sepasang baju melayu, songkok, butang baju melayu dan juga sampin manakala adik Hanifah menerima sepasang baju kurung, tudung dan juga kerongsang. Pihak Muslim Aid mengucapkan terima kasih kepada penderma yang prihatin yang telah menyumbang ke tabung Muslim Aid bagi pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim.

Anuar dengan baju melayunya


Hanifah dengan baju kurungnya

sumber : donateforummah

Sunday, July 11, 2010

AKU CUBA MENCINTAIMU TUHAN -DIWANI

ASSALAMU'ALAIKUM.....

DIWANI - Aku Cuba MencintaiMu Tuhan.mp3



aku cuba mencintaiMu tuhan
hati tidak juga terasa
aku cuba berkali-kali pun
tidak terasa apa apa juga
aku fikir-fikir nikmatMu... Lihat seterusnya..
aku kenang-kenangkan rahmatMu
agar nampak kemurahanMu

atas nama ilmu aku akur….
Namun aku belum jatuh hati juga denganMu
aku susah hati, aku sedih selalu
mengapa terjadi begini
mengapa cintaku padaMu belum berbunga lagi
sedangkan aku tahuaku akui
nikmatMu terlalu banyak padaku
jika hendak dihitung,tidak mungkin terhitung

Aku iri hati selalu
cerita dan berita orang soleh zaman dahulu
hebatnya cinta mereka kepadaMu
hilang selera makan keranaMu
asyik memuja dan memujiMu
mensucikan dan membesarkanMu
terutama di waktu malam yang sepi
di waktu orang mimpi
mereka memujaMU merintih padaMu
mengharap kasih sayangMu
air mata mereka membasahi pipi
adakalanya menitis kebumi

mereka merasa Engkau adalah segala-galanya
Engkau adalah hidup mati mereka
Engkau adalah dibibr mereka
Engkau adalah hati jantung mereka
tapi aku tidak begitu
aduh! keras hatiku,keras hatiku
hingga kini aku belum boleh mencintai kekasih agungku
baru aku sedar cinta padaMU adalah anugerah dan hidayahMu
bertuahlah dan berbahagialah
orang yang Engkau anugerahkan kecintaan padaMu
aku bila lagikah Tuhan?
dapat sedikit pun jadilah

aku tidak akan putus asa
akan ku cuba lagi selagi ada nyawa dibadan
dihujung hidupku kalau dapat pun sudah cukuplah
wahai tuhan ALHANNAN WAL MANNAN......

Saturday, July 10, 2010

Hukum Lelaki Berinai

assalamualaikum.....

Diharamkan mewarnakan badan seperti tangan dengan inai dan seumpamanya bagi orang lelaki melainkan ada keperluan seperti perubatan dan sebagainya.

Imam Nawawi dr ulama mazhab syafie telah berkata:Adapun mewarnakan tangan dan kaki dgn inai adalah disunatkan bagi wanita yg berkahwin berdasarkan hadis2 yg masyhur; dan diharamkan kpd lelaki melainkan kerana keperluan perubatan dan seumpamnya.

Pengharaman ini telah disokong oleh ulama dr mazhab lain seperti disebut dlm kitab Fatawa Hindiah, Fatawa hindiah, Fathul Bari dan lain2.

Dalil pengharaman adalah seperti berikut:

1. Perbuatan ini adalah menyerupai perbuatan wanita yg diharamkan syara'. Nabi bersabda:
لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم المتشبهين من الرجال بالنساء ، والمتشبهات من النساء بالرجال.

Maksudnya: Rasulullah s.a.w melaknat lelaki yg menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki. (HR Bukhari)

2. Hadis berikut:
نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم أن يتزعف الرجل.

Maksudnya: Rasulullah s.a.w melarang lelaki untuk memakai wangian Za'faran. (HR Bukhari dan Muslim dan lain2).

Imam Nawawi berkata dalm kitabnya (Majmuk): Larangan ini adalah kerana warnanya bukan kerna bau wanginya. Bau wangi adalah disunatkan bagi lelaki. Hukum memakai inai bg lelaki adalah sama dengan memakai za'faran.

4. Hadis riwayat Ya'la:

أن رسول الله راى رجلا متخلقا فقال: اذهب فاغسله ثم اغسله ثم لا تعد.

Maksudnya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w melihat seorang lelaki memakai sejenis wangian yg berwarna kekuningan dan kemerahan. Baginda bersabda: Pergilah basuh, pergilah basuh kemudian jangan buat semula. (HR Tirmizi dan Nasaie) sanad yg lemah.

5. Hadis dr Abi Hurairah:

أتى رسول الله صلى الله عليه وسلم بمخنث قد خضب يديه ورجليه بالحناء الله ، فقال رسول الله صلى الله: ما بال هذا؟ قالوا يتشبه بالنساء فأمر به فنفي إلى النقيع.

Maksudnya: Para sahabat Nabi telah membawa seorang lelaki yang meneyerupai wanita ; dimana dia telah menginai kaki dan tangannya. Rasulullah s.a.w bersabda: "Kenapa dengan lelaki ni?" Para sahabat menjawab: "Dia menyerupai wanita" Lalu Nabi memerintah supaya dihalau ke Naqie'.(HR Abu Daud). Sanad yg lemah
.

Monday, July 5, 2010

QBB haram


ASSALAMU'ALAIKUM.....

Adalah dimaklumkan sejak sekian lama, kami dan para pengguna yang lain telah menggunakan produk berjenama QBB Ghee untuk pelbagai masakan dan upacara keagamaan tanpa ragu, dan amat yakin ia dikilangkan serta dihasilkan daripada susu lembu berdasarkan pengilangannya di Queensland, Australia.

Namun demikian, mutakhir ini, kami mendapati walaupun warna dan aromanya hampir sama, rasanya amat berbeza sekali. Untuk itu, kami mula membuat penyelidikan dan mendapat rumusan seperti berikut :

1. Pengilang asal Butter Producers’ Co-operative Federation Ltd yang beralamat di No 489, Kingsford Smith Drive, Hamilton, Brisbane, Australia sudahpun menamatkan operasi pada September 2006 dan tidak lagi tersenarai dalam laman Web Lembaga Perdagangan Australia. Dan lagi, gambar satelit dari google map juga menunjukkan tapak tersebut kini tanah terbiar.

2. Dicetak di Tin produk tersebut dihasil berasaskan Lemak Susu dari Lembu Australia dan dalam tulisan yang lebih kecil dan sukar dibaca, dinyatakan bahawa ia dikilangkan oleh QBI Packaging S/B No ( Syarikat Malaysia ) dan dikilangkan dengan lessen daripada QBB Singapura.

3. QBB Singapura asalnya adalah Ejen Jualan QBB bagi Malaysia, Singapura dan Brunei dan alah tidak jelas samada pada ketika penutupan operasi pada 2006, Cap Dagangan QBB telah dipindah milik kepada QBB Singapura. Kami mengesyaki QBI Malaysia dan QBB Singapura bersama-sama melakukan pengeluaran haram serta terus memperdagangkan produk tiruan tanpa mendapat kebenaran atau perpindahan hak daripada pengeluar asal yang sudahpun ditutup.

4. Laporan analisa yang dilakukan oleh Makmal Teknologi Pemakanan berpengaruh di Australia terhadap kandungan produk ini daripada tin yang diambil dari Malaysia ke Australia oleh salah seorang ahli kami menunjukkan penemuan berikut :-

5. Produk ini mengandungi bahan pewarna dan perasa berupa Lemak babi serta bahan perasa dibenarkan yang turut menghasilkan warna, rasa dan aromanya seakan sama dengan produk asalnya. ( Laporan Asal ada bersama dengan pengirim surat ini. Dengan demikian, kumpulan/persatuan pengguna kami harus memboikot produk ini atas alas an berikut :-

a) Pengguna Islam tidak dapat menggunakannya kerana ia Haram.

b) Penganut Hindu dan Sikh tidak dapat menggunakannya untuk upacara nyalaan lampu minyak, acara agama mahupun persediaan makanan kerana Tempat persembahan adalah dilarang keras menggunakan mana-mana haiwan ataupun lemak haiwan.

c) Ahli kami yang mengamalkan Vegeterian tidak boleh menggunaka produk ini. Kami yakin bahawa QBB Ghee yang dijual di Malaysia, Singapura dan Brunei selepas penutupan BPFC, adalah produk tiruan iaitu melanggar akta yang berkaitan prinsip penggunaan tanda niaga / cap dagangan. Dengan ini, kami harap pihak puan dapat mengambil tindakan sewajarnya bagi menghentikan jualan produk berkenaan.

Sunday, July 4, 2010

gambar sekitar perhimpunan GMJ di masjid negara

ASSALAMUALAIKUM.....

bagi menghormati jenazah AllahyarhamahToh Puan Norasyikin,balu Allahyarham Tun Dr Ismail...maka perhimpunan GMJ ditangguhkan pada pukul 5 petang.....


suasana tenang sebelum perhimpunan





ustaz nasruddin menyampaikan sedikit tazkirah sebelum solat asar




kemuncak













ustaz nik abduh membaca doa
penutup



bersurai







TOLAK TAHI :-))


video