Monday, July 5, 2010

QBB haram


ASSALAMU'ALAIKUM.....

Adalah dimaklumkan sejak sekian lama, kami dan para pengguna yang lain telah menggunakan produk berjenama QBB Ghee untuk pelbagai masakan dan upacara keagamaan tanpa ragu, dan amat yakin ia dikilangkan serta dihasilkan daripada susu lembu berdasarkan pengilangannya di Queensland, Australia.

Namun demikian, mutakhir ini, kami mendapati walaupun warna dan aromanya hampir sama, rasanya amat berbeza sekali. Untuk itu, kami mula membuat penyelidikan dan mendapat rumusan seperti berikut :

1. Pengilang asal Butter Producers’ Co-operative Federation Ltd yang beralamat di No 489, Kingsford Smith Drive, Hamilton, Brisbane, Australia sudahpun menamatkan operasi pada September 2006 dan tidak lagi tersenarai dalam laman Web Lembaga Perdagangan Australia. Dan lagi, gambar satelit dari google map juga menunjukkan tapak tersebut kini tanah terbiar.

2. Dicetak di Tin produk tersebut dihasil berasaskan Lemak Susu dari Lembu Australia dan dalam tulisan yang lebih kecil dan sukar dibaca, dinyatakan bahawa ia dikilangkan oleh QBI Packaging S/B No ( Syarikat Malaysia ) dan dikilangkan dengan lessen daripada QBB Singapura.

3. QBB Singapura asalnya adalah Ejen Jualan QBB bagi Malaysia, Singapura dan Brunei dan alah tidak jelas samada pada ketika penutupan operasi pada 2006, Cap Dagangan QBB telah dipindah milik kepada QBB Singapura. Kami mengesyaki QBI Malaysia dan QBB Singapura bersama-sama melakukan pengeluaran haram serta terus memperdagangkan produk tiruan tanpa mendapat kebenaran atau perpindahan hak daripada pengeluar asal yang sudahpun ditutup.

4. Laporan analisa yang dilakukan oleh Makmal Teknologi Pemakanan berpengaruh di Australia terhadap kandungan produk ini daripada tin yang diambil dari Malaysia ke Australia oleh salah seorang ahli kami menunjukkan penemuan berikut :-

5. Produk ini mengandungi bahan pewarna dan perasa berupa Lemak babi serta bahan perasa dibenarkan yang turut menghasilkan warna, rasa dan aromanya seakan sama dengan produk asalnya. ( Laporan Asal ada bersama dengan pengirim surat ini. Dengan demikian, kumpulan/persatuan pengguna kami harus memboikot produk ini atas alas an berikut :-

a) Pengguna Islam tidak dapat menggunakannya kerana ia Haram.

b) Penganut Hindu dan Sikh tidak dapat menggunakannya untuk upacara nyalaan lampu minyak, acara agama mahupun persediaan makanan kerana Tempat persembahan adalah dilarang keras menggunakan mana-mana haiwan ataupun lemak haiwan.

c) Ahli kami yang mengamalkan Vegeterian tidak boleh menggunaka produk ini. Kami yakin bahawa QBB Ghee yang dijual di Malaysia, Singapura dan Brunei selepas penutupan BPFC, adalah produk tiruan iaitu melanggar akta yang berkaitan prinsip penggunaan tanda niaga / cap dagangan. Dengan ini, kami harap pihak puan dapat mengambil tindakan sewajarnya bagi menghentikan jualan produk berkenaan.

3 comments:

Hj. Abdul said...

Pak Cik kerja masak kenduri kahwin di Johor dan juga Melaka sudah lebih 30 tahun. Dulu ramai yang memilih Cow Brand Vegetable Ghee, tin biru dengan gambar lembu hitam putih di tengah. Benda ini dibuat sepenuhnya dari minyak sawit. Bahan pewarna dan perasanya pun dari bahan tumbuhan. Halal 100%. Mana jenis beriyani pun pakcik buat darinya memang lazat. Kemudian ada perubahan istilah dalam Akta Makanan Malaysia 1983, lalu namanya ditukar kepada Cow Brand Vanaspati. Vanaspati ini kalau tak salah pak cik, asalnya perkataan Sanskrit. Kemudian orang kita semakin mewah, mahu gunakan QBB Ghee yang lebih mahal yang masa tu memang dari susu lembu dan dibuat di Australia. Bagus juga mutu QBB masa itu. Beberapa tahun kebelakangan ini, pakcik dapati rasa QBB pun dah mula berubah. Pakcik dah mula syaki kandungan QBB bukan lagi seperti yang ditulis pada tinnya. Sebelum itu, pak cik dengar padang ternakan lembu susu di Australia banyak musnah akibat kemarau dan kebakaran hutan. Harga tepung susu, mentega, minyak sapi tulen semakin naik. Dekat sini banyak jenama yang kilangnya di Malaysia muncul dalam 10 tahun yang lalu. Semuanya pakcik dah cuba. Cakap saja, minyak sapi tulen, tapi kebanyakan rasa macam dibuat dari minyak sawit juga. Harga dua kali tinggi dari vanaspati. Sekali dua pakcik pernah masak dengan minyak sapi tulen diimport dari Eropah, namanya Green…….., pakcik tak berapa ingat, tin hijau muda ada perkataan Arab dan banyak dijual di negara Islam, agak mahal tetapi memang minyak sapi tulen yang paling sedap dirasai. Pak cik tulis ini semua bagi orang tahu pengalaman pak cik pasal kisah minyak sapi ini. Pandai-pandai kita memilih, jangan terperangkap dengan tipu helah sesetengah pembuat tempatan.

rahmanw said...

salam...pakcik abdul...syukran kerana sudi berkongsi info...jadi sebagai seorang tukang masak,bolehlah saya katakan pakcik banyak pengalaman tentang produk2 yang digunakan..
maka bolehkah saya meminta pakcik mengesyorkan produk yang diyakini kesuciannya yang mampu menggantikan minyak qbb ni...syukran sekali lagi kepada pakcik abdul...

Hj. Abdul Kadir said...

Produk yang boleh disyorkan adalah sama ada minyak sapi tulen ataupun vanapasti tulen yang dibuat di negara barat dan banyak digunakan di negara Arab. Minyak sapi tulen adalah sepenuhnya dari susu lembu. Sementara vanaspati tulen adalah sepenuhnya dari minyak sayuran seperti minyak sawit. Pakcik kata sedemikian kerana pengilang ternama di Eropah mempunyai reputasi memastikan kandungan adalah seperti yang dilabelkan. Pada masa yang sama pihak penguatkuasa di negara Arab cukup mahir dalam memastikan barang berkenaan adalah halal. Pada masa sekarang pakcik banyak menggunakan Cow Brand Vanaspati, tinnya biru muda dan yang mempunyai gambar lembu hitam putih di tengah.