Friday, July 2, 2010

bandingkan dan nilaikan sendiri

ASSALAMUALAIKUM.....


KATA KATA DARI ARTIS YANG MENGAKU ISLAM


Belum Masanya Untuk Bertudung - Lisa Surihani

Manis dan sopan sekali Lisa Surihani mengenakan tudung pada penampilan terbarunya. Adakah sudah terbuka hati untuk Lisa menunaikan tanggungjawab yang pastinya wajib untuk dilaksanakan? Namun bagi empunya diri, itu hanyalah sekadar watak yang dipegang dalam drama terbaru Astro Prima, Tudung Ekspres.

"Persoalan adakah saya akan bertudung atau bilakah saya akan bertudung adalah terlalu personal untuk dijawap. Biarlah saya yang menentukan apa jua yang ingin dilakukan. Kalau boleh saya mahu ianya berlaku secara natural tanpa paksaan. Tapi jujurnya, setakat ini saya belum rasa ingin ke arah itu.

"Tak guna juga bila pakai tudung kerana terpaksa dan hati kita tak ikhlas dengan perubahan itu. Pastinya perubahan itu tak akan kekal lama.

"Tapi untuk bawakan watak sebegini, rasanya tak ada masalah kerana tak ada yang luar biasa mengenainya. Setiap kali ada majlis yang memerlukan saya bertudung, saya akan hormati majlis demikian dan menutup aurat. Bertudung dalam membawakan watak bukanlah cabaran yang besar kerana satu-satunya cabaran yang harus diatasi adalah untuk memikat hati penonton," ujar Lisa yang juga duta produk Garnier yang baru.

Wajahnya kini sering muncul di dada akhbar, drama dan filem. Rezekinya semakin melimpah ruah, namun tidakkah bimbang jika penonton mula lali melihat wajahnya sehingga hilang minat untuk menonton wajah yang sama berulang kali.

"Bosan atau tidak bergantung kepada rezeki. Saya memang memilih watak yang diberikan dan kemunculan saya adalah selepas memilih skrip yang terbaik untuk dilakonkan. Kalau orang tak mahu lihat saya lagi, saya hanya mampu serahkan kepada Allah soal rezeki. Buat masa sekarang saya hanya mampu buat yang terbaik dan lihat ke hadapan," tambah Lisa merancang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.




KATA KATA DARI ARTIS BUKAN ISLAM



Biarpun berlainan agama, namun wanita berbangsa Cina ini selesa mengenakan tudung. Baginya tanggapan lamanya bahawa memakai tudung seolah-olah mengongkong si pemakai dan panas adalah salah sama sekali.

"Tak dapat saya bayangkan dulu melihat wanita memakai tudung dan fikir pastinya mereka akan berasa panas. Namun tahun baru Cina yang lepas, sewaktu sewaktu melancong ke Dubai bersama keluarga, kami dibawa melawat masjid di sana. Untuk masuk ke dalamnya kami harus menutup aurat dan diberikan tudung. Pertama kali memakainya saya rasakan sangat selesa dan berasa dingin. Rupanya tanggapan saya salah selama ini.

"Kebetulan saya mendapat watak Mei dalam drama Tudung Ekspres yang juga memerlukan saya memakai tudung. Kedua-duanya berlaku pada masa yang sangat tepat, waktu saya rasakan memakai tudung adalah sangat selesa dan mendapat pula watak begini. Family sangat sangat open minded dan mereka tidak kisah saya melakonkan watak wanita Islam, cuma mereka tak galakkan saya melakonkan watak yang terlalu over dan seksi," ujar bekas akauntan bank dan Miss Malaysia 2005 ini.

Dikelilingi rakan-rakan beragama Islam membuatkan Chermaine melihat sendiri agama ini bukanlah seperti yang dilabel media barat sebagai pengganas. Baginya, ramai yang tidak mengerti, akan salah faham mengenai Islam dan hanya menilai menerusi sudut sisi tanpa melihat aspek yang lain.

"Golongan lain membuatkan Islam nampak jahat tapi sebenarnya bukan begitu. Saya banyak bergaul dengan orang Islam dan mempelajarinya. Apa yang saya lihat, agama tidak boleh direpresentasi oleh individu tetapi individu menyumbang untuk agamanya.

"Kami pernah berbincang mengenai agama kerana saya ingin tahu setiap agama yang ada di dunia. Dalam drama Tudung Ekspres saya belajar pelbagai perkataan baru seperti Alhamdulillah, memberi salam dan belajar membaca al-Quran dan saya lebih memahami Islam berbanding sebelumnya," katanya.





3 comments:

Eyda said...

Saya heran setengah2 orang tu bercakap mengenai hipokrit.
"saya tak nak hipokrit bab2 bertudung ni"
Rasanya mereka tidak tahu membezakan antara hipokrit dan hukum ALLAH.

Semoga ALLAH memberi petunjuk ke jalan yang benar.

WALLAHU'alam

rahmanw said...

salam...

hukum tetap hukum...samada kita bersedia atau tidak,kita WAJIB patuh/taat akan perintah ALLAH samada yang disuruh atau yang ditegah...dah banyak nikmat yang ALLAH bagi kat kita...kenapa kita sanggup berkurang ajar dengan ALLAH...

adeq said...

betol tu encik rahmanw...cthnye...sorang manusia yg brjalan2...lalu trjumpa kucing comei..lalu di ambil kucing tu dan di bawa balik ke rumah..lalu dibela..kemudian..utk beberapa ketika..bila kucing tu berak di merata tmpat..mula la tuannye tu pukul....sebab menyusahkn tuan ny nak membersihkn najis2 tu.....mcm tu la kta mnsia sbg hmba dn penciptaNYA...sungguh pon kta mnusia melakukn perbuatn yg x baik dn mngundang kemurkaanNYA...Allah x pernah membalas dn masih brsabar dgn kelakuan hmba2NYA...malah diberi lagi nikmat untuk kita...untuk kita sedar dn bringat dgn apa sahaja kedudukn kita hari ni....sudah semestiny kta mcm diibarat kucing trsebut yg x putus2 membuat kotor dgn menabur najis di merata2...
astagfirullah...trlalu byk dosa2 kta...