Monday, April 11, 2011

muhimmah

tertulis didalam kitab muhimmah

maka sayugialah engkau amat amati dan engkau sungguh sungguh hai saudaraku akan sifat perempuan yang sunat dipilihnya akan dia lagi yang akan mengekalkan pertaulan dengan dia dan supaya boleh bersama sama dengan dia,maka iaitu 8 perkara :

1- hendaklah engkau pilih akan perempuan yang beragama yang soleh yang takut akan ALLAH SWT lagi yang mengekali berbuat ibadat lagi yang menjauhkan akan segala yang haram.

2-sunat memilih akan perempuan yang baik perangainya kerana adalah demikian itu menolong akan menyelesaikan pada berbuat ibadat kerana perempuan yang jahat perangainya dan jahat lidahnya adalah mudharatnya itu terlebih banyak daripada manfaatnya.dan tiada kuasa sabar daripada lidah perempuan itu melainkan orang yang dianugerahi ALLAH SWT daripada auliya' dan solihin

3-sunat memilih perempuan yang elok mukanya yakni yang baik paras rupanya kerana dengan dialah terpeliharakan daropada ingin kepada perempuan yang lain.dan jangan pula berkahwin dengan perempuan yang baik rupanya yang tiada mempunyai agama dan barangsiapa menhendaki dengan berkahwin itu menghasilkan sunat jua.atau berkehendak menghasilkan anak atau berkehendak mentadbirkan rumahnya maka iaitu memadailah ia berkahwin dengan perempuan yang kurang rupanya yang mempunyai agama yang lagi baik perangainya.demikian dikejakan oleh orang zahidin dan segala orang yang salihin.

4-sunat memilih akan perempuan yang ringan isi kahwin kerana NABI SAW Bersabda :
setengah daripada berkat maka perempuan itu,iaitu segera bersuamikan dan segera rahimnya itu kepada beranak dan murah isi kahwinnya.

5-sunat memilih akan perempuan yang banyak beranak kerana sabda Nabi SAW :
lazimkan atas kamu berkahwin dengan perempuan yang banyak beranak dan perempuan yang banyak kasih sayang akan suaminya.

6-sunat memilih perempuan yang bikir (anak dara) kerana Sabda Nabi SAW bagi jabir RA,maka adalah ia berkahwin dengan perempuan yang janda dengan katanya:
mengapa tiada engkau berkahwin akan perempuan bikir supaya engkau bermain main akan dia dan ia bermain main akan dikau.

7-sunat memilih akan perempuan yang mempunyai bangsa yang baik,iaitu bahawa adalah perempuan itu daripada anak cucu seorang yang mempunyai agama dan anak cucu orang yang soleh dan anak cucu orang yang alim kerana Nabi SAW Bersabda :
pilih olehmu akan perempuan yakni tempat bagi mani kamu ini,maka kerana bahawa sungguhnya gemar itu terlebih mengekalkan.

8-sunat memilih akan perempuan yang bukan kerabat yang hampir kerana yang demikian itu mengurangkan akan syahwat,yakni tiada sangat ingin akan dia kerana Nabi SAW Bersabda :
jangan kamu berkahwin akan perempuan kerabat yang hampir maka bahawa sesungguhnya anaknya itu dijadikan dhaif tubuhnya.

(dan kata ) imam ghazali rahimahullahu ta'ala "maka inilah segala perkara sifat yang digemarkan didalam perempuan yakni inilah segala sifat yang kedelapan perkara yang dipilih didalam perempuan itu oleh lelaki yang berkehendak berkahwin akan dia.

WALLAHUA'LAM.

No comments: