Tuesday, May 31, 2011

doa syed qutb mengenai cinta




Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya agar tidak
melebihi cintaku pada-Mu


Ya Allah, jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut pada-Mu,
agar aku tidak terjatuh dalam jurang cinta jemu.


Ya Rabbi, jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak
berpaling dari hati-Mu.


Ya Rabbal Izzat, jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang
merindui syahid di jalan-Mu.


Ya Allah, jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku
merindukan syurga-Mu.


Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan
indahnya bermunajat
di sepertiga malam terakhirmu.


Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam
perjalanan panjang
menyeru manusia kepada-Mu.


Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga
melupakan aku pada cinta hakiki
dan rindu abadi hanya kepada-Mu.


Ya Allah Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini
telah berhimpun dalam cinta
pada-Mu, telah berjumpa pada taat pada-Mu, telah
bersatu dalam dakwah
pada-MU, telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah Ya Allah
ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah
jalan-jalannya. Penuhilah
hati-hati ini dengan Nur-Mu yang tiada pernah
pudar. Lapangkanlah dada-dada
kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan
keindahan bertawakal di jalan-Mu.


(As-Syahid Sayyid Qutb)

Monday, April 11, 2011

muhimmah

tertulis didalam kitab muhimmah

maka sayugialah engkau amat amati dan engkau sungguh sungguh hai saudaraku akan sifat perempuan yang sunat dipilihnya akan dia lagi yang akan mengekalkan pertaulan dengan dia dan supaya boleh bersama sama dengan dia,maka iaitu 8 perkara :

1- hendaklah engkau pilih akan perempuan yang beragama yang soleh yang takut akan ALLAH SWT lagi yang mengekali berbuat ibadat lagi yang menjauhkan akan segala yang haram.

2-sunat memilih akan perempuan yang baik perangainya kerana adalah demikian itu menolong akan menyelesaikan pada berbuat ibadat kerana perempuan yang jahat perangainya dan jahat lidahnya adalah mudharatnya itu terlebih banyak daripada manfaatnya.dan tiada kuasa sabar daripada lidah perempuan itu melainkan orang yang dianugerahi ALLAH SWT daripada auliya' dan solihin

3-sunat memilih perempuan yang elok mukanya yakni yang baik paras rupanya kerana dengan dialah terpeliharakan daropada ingin kepada perempuan yang lain.dan jangan pula berkahwin dengan perempuan yang baik rupanya yang tiada mempunyai agama dan barangsiapa menhendaki dengan berkahwin itu menghasilkan sunat jua.atau berkehendak menghasilkan anak atau berkehendak mentadbirkan rumahnya maka iaitu memadailah ia berkahwin dengan perempuan yang kurang rupanya yang mempunyai agama yang lagi baik perangainya.demikian dikejakan oleh orang zahidin dan segala orang yang salihin.

4-sunat memilih akan perempuan yang ringan isi kahwin kerana NABI SAW Bersabda :
setengah daripada berkat maka perempuan itu,iaitu segera bersuamikan dan segera rahimnya itu kepada beranak dan murah isi kahwinnya.

5-sunat memilih akan perempuan yang banyak beranak kerana sabda Nabi SAW :
lazimkan atas kamu berkahwin dengan perempuan yang banyak beranak dan perempuan yang banyak kasih sayang akan suaminya.

6-sunat memilih perempuan yang bikir (anak dara) kerana Sabda Nabi SAW bagi jabir RA,maka adalah ia berkahwin dengan perempuan yang janda dengan katanya:
mengapa tiada engkau berkahwin akan perempuan bikir supaya engkau bermain main akan dia dan ia bermain main akan dikau.

7-sunat memilih akan perempuan yang mempunyai bangsa yang baik,iaitu bahawa adalah perempuan itu daripada anak cucu seorang yang mempunyai agama dan anak cucu orang yang soleh dan anak cucu orang yang alim kerana Nabi SAW Bersabda :
pilih olehmu akan perempuan yakni tempat bagi mani kamu ini,maka kerana bahawa sungguhnya gemar itu terlebih mengekalkan.

8-sunat memilih akan perempuan yang bukan kerabat yang hampir kerana yang demikian itu mengurangkan akan syahwat,yakni tiada sangat ingin akan dia kerana Nabi SAW Bersabda :
jangan kamu berkahwin akan perempuan kerabat yang hampir maka bahawa sesungguhnya anaknya itu dijadikan dhaif tubuhnya.

(dan kata ) imam ghazali rahimahullahu ta'ala "maka inilah segala perkara sifat yang digemarkan didalam perempuan yakni inilah segala sifat yang kedelapan perkara yang dipilih didalam perempuan itu oleh lelaki yang berkehendak berkahwin akan dia.

WALLAHUA'LAM.

Tuesday, February 1, 2011

maher zain - insyALLAH (versi bahasa melayu)









Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian, tiada pembela
Segalanya suram, bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Insya Allah... Insya Allah... Insya Allah...
Ada jalannya
Insya Allah... Insya Allah... Insya Allah...
Ada jalannya

Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Insya Allah... Insya Allah... Insya Allah...
Ada jalannya
Insya Allah... Insya Allah... Insya Allah...
Ada jalannya

Kembalilah
Kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa
Oh Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar...

Insya Allah... Insya Allah... Insya Allah...
Ada jalannya
Insya Allah... Insya Allah... Insya Allah...
Ada jalannya

Melody: Maher Zain
Lyrics: Maher Zain & Bara Kherigi
Arrangement: Maher Zain & Hamza Namira
Malay Lyrics: Frizdan

Friday, January 21, 2011

jalan-jalan cari makan



ALHAMDULILLAH


berkesempatan jalan2 di pasar besar MYDIN MITC AYER KEROH MELAKA..walaupun dah lama dibuka tapi ada sahaja halangan untuk kesana..walaupun tidaklah se sesak Tesco atau Jaya Jusco,tapi suasananya lebih tenang apatah lagi ketika masuknya waktu solat,akan terdengar azan dilaungkan melalui pembesar suara…perkara yang belum dibuat oleh mana2 hypermarket kecuali MYDIN..



Pintu masuk hadapan





Ruang legar








Disediakan juga tempat permainan untuk kanak kanak





Ruang solat yang lebih besar dan selesa berbanding hypermarket yang lain






Apa yang membuatkan saya kagum…ketika masuknya waktu solat,pengunjung MYDIN berpusu pusu menunaikan solat berjemaah.suasana begitu tidak pernah saya jumpa di pasaraya-pasaraya yang lain disekitar melaka ini.gambar yang saya ambil ni boleh dikatakan solat maghrib berjemaah yang ketiga….dan untuk makluman,masih ada lagi sebahagian besar yang sedang mengambil wudhu’.


Namun begitu,tidak sempurna rasanya jika tidak singgah ke RFC…tarikan utama bagi mereka2 yang telahpun beralaih dari mengunjugi KFC,MCD,PIZZA HUT dan sebagainya…apatah lagi makanan yang dijual di RFC lebih dijamin keHALALannya berbanding premis2 makanan segera yang lain.kita sedia maklum,RFC juga menggunakan ayam organic.disini saya lampirkan kelebihan ayam organic HPA 1-mempunyai kandungan protin yang tinggi 2-diberi makan daun mambu yang baik untuk kesihatan 3-makanan ayam organic terdiri daripada ekstrak herba yang kaya dengan bahan antikanser dan antioksida seperti halia,kunyit dan pandan. 4-tanpa menggunakan antibiotic,tidak menggunakan hormone,beta angonist dan salbutamol. 5-tidak disuntik dengan apa apa hormon,vaksin atau antibiotik. 6-disembelih mengikut syara’ yang sentiasa dipantau oleh panel syriah HPA.


Ruangan hadapan RFC





kaunter



ALHAMDULILLAH… Jika hendak dibandingkan dengan restoran makanan segera yang lain,RFC lebih menekankan pekerjanya agar menutup aurat.baju yang dipakai juga lebih labuh dan tidak perlu dimasukkan kedalam.dan ada juga kakitangan wanita yang memakai tudung labuh.


AKHIRNYA…CHICKEN DELIGHT (^_^)



Komen saya
Radix cola Hampir 3 tahun saya tidak minum coca cola.apabila melihat hubungan antara coca cola dengan zionis Israel, kesan kesihatan pada masa akan datang,apatah lagi bahayanya bahan yang digunakan,ditambah pula saya ada gastrik…maka saya tercari cari minuman berkarbonat yang mampu menandingi coca cola dari segi kesedapannya malah boleh memberi kesihatan pada peminumnya.sehinggalah pada tahun lepas,saya diperkenalkan dengan radix cola.ketika itulah saya rasakan,radix cola mampu menandingi coca cola walaupun belum dapat bersaing dengan vanilla coke dari segi rasanya,tapi mungkin satu hari nanti HPA dapat mengeluarkan radix cola vanilla nya sendiri.mana lah kita tau kan  Ayam goreng Dari segi rupanya tidaklah secantik KFC,tapi dari segi rasanya lebih kurang sama dengan KFC walaupun ada yang mengatakan ayam RFC tawar kerana tidak menggunakan MSG,tapi kalau nak ikutkan itu yang kita mahukan sebab ianya sedap semulajadi yang datang dari ayam itu sendiri,bukan kerana perisa tambahan. Yang bersolek tu adakalanya lebih cantik dari yang tidak bersolek.tapi bagi yang pandai menilai,kecantikan semulajadi adalah lebih cantik dari yang direka reka  Satu lagi kelebihan ayam RFC…ianya lebih besar dari ayam KFC.kalau dilihat pada gambar diatas,seketul ayam tu semata mata isinya…bukan besar kerana banyak tepung seperti ayam KFC. Coleslaw Lebih lembut dari KFC tapi tidak sesedap KFC Mashed potato Masih belum dapat menandingi KFC Jadi kepada warga melaka atau yang berdekatan yang belum pernah berkunjung ke RFC,inilah peluang anda. Beralihlah ke RFC untuk makanan segera yang lebih terjamin keHALALannya dan berkhasiat… Semoga HPA terus cemerlang dan diberkati oleh ALLAH..AMIN YA RABB… “MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU BAGI SETIAP MUSLIMIN DAN MUSLIMAT”



Masa untuk balik







WALLAHUA'LAM





Sunday, January 9, 2011

beramah mesra bersama anak anak rohingya



setelah tertunda sekian lama...maka saya sebagai wakil kepada ahli yang menjayakan program ini ingin memaklumkan bahawasanya kami akan mengadakan program beramah mesra bersama anak yatim dan anak2 madrasah rohingya...

INSYALLAH program ini akan diadakan pada :

TARIKH ; 16HB JANUARI 2010

HARI : AHAD

MASA : 8.00 PAGI

TEMPAT : MADRASAH HASHIMIAH NO. 111-3, KOMPLEKS PASAR BORONG, JALAN 2/3 A, KM12 JALAN IPOH SELAYANG, 68100 BATU CAVES, KUALA LUMPUR

atas sebab sebab yang tidak dapat dielakkan,program sukaneka tidak dapat kami jalankan.maka kami menggantikan dengan program beramah mesra...

SEBARANG PERTANYAAN BOLEHLAH HUBUNGI :
RAHMAN - 0196157776
MUHAMMAD - 0123377195


SEMOGA KEHADIRAN MUSLIMIN/MUSLIMAH AKAN MEMERIAHKAN LAGI PROGRAM INI DAN DIUCAPKAN TERIMA KASIH.

“Ada seorang laki-laki yang datang kepada nabi Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam mengeluhkan kekerasan hatinya. Nabipun bertanya : sukakah kamu, jika hatimu menjadi lunak dan keperluanmu dirpenuhi ? Kasihilah anak yatim, usaplah mukanya, dan berilah makan dari makananmu, niscaya hatimu menjadi lunak dan keperluanmu akan terpenuhi.” [HR Thobroni, Targhib, Al Albaniy]


WALLAHUA'LAM

Sunday, August 29, 2010

Gambar2 Pencemaran Masjid di Dunia - termasuk Syeikh Azhar


Ketika dunia Islam lain bergerak pantas menggamit umat manusia kepada Islam tetapi pemerintah UMNO masih lagi bagai katak didalam gelas kaca. Mereka melihat perkembangan drastik orang memeluk Islam khususnya di Eropah dan Amerika hatta menjangkau 200% tetapi di Malaysia, Islam di ISAkan oleh UMNO. Terkongkong dalam selaput yang dicipta oleh UMNO sendiri. Sudahlah perkembangan Islam lambat bahkan ramai pula orang melayu yang murtad. Ini disebabkan sikap dan cara berpolitik UMNO yang tidak menguntungkan Islam tetapi hanya sekadar keuntungan sementara yang ingin diraih oleh UMNO-BN. Sentiasa mengapi-apikan perbalahan agama dan kaum demi meraih politik murahan.

Ketika Majlis fatwa telah mengeluarkan hukum berkait keharusan bukan Islam mengunjungi masjid sebagaimana yang diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid. Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab. Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.

1. Dalam hal-hal yang berkaitan ibadah, sensitiviti umat Islam sangat tinggi dan nilai-nilai ta'abbudi amat dititikberatkan oleh masyarakat Islam.

2. Umat Islam dibenarkan melakukan ibadah sembahyang walaupun di dalam gereja kerana Saidina Umar al-Khattab pernah melakukannya. Umat Islam perlu bersikap tasamuh dan tidak terlalu rigid dalam membenarkan orang bukan Islam mendekati masjid.

3. Keindahan Islam boleh ditunjukkan kepada orang bukan Islam melalui lawatan mereka ke masjid-masjid selaras dengan peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pengurusan masjid.

4. Sikap membenarkan orang bukan Islam memasuki masjid tidak boleh disamakan dengan sikap tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian kerana konsepnya adalah berbeza.

Dan memang itu pun yang dilakukan oleh umat Islam diluar Malaysia yang merupakan amalan yang dilakukan sendiri oleh Rasulullah Saw dan para sahabat. Masjid merupakan pusat pemerintahan, pusat pentadbiran, pusat kehakiman, tempat ibadah, tempat pertemuan duta-duta asing yang ingin menemui Rasulullah Saw maupun khalifah selepas baginda.

Kita lihat gambar-gambar dibawah bagaimana menggambarkan perkembangan dakwah yang pesat terhadap mereka yang bukan Islam yang menjadikan masjid sebagai pusat maklumat dan penyebaran Islam dinegara selain Negara kita. Bagi UMNO semua ini adalah pencemaran terhadap kesucian masjid dan penghinaan terhadap Islam.

1. Masjid Lakemba di Sydney yang merupakan antara tertua dan terbesar. Mereka mengundang bukan Islam serta memberi penjelasan berkait kekeliruan tentang Islam. Mereka sentiasa mengadakan hari terbuka yang member banyak manfaat dakwah. Sheikh Yahya Safi, sebagai imam yang merupakan kelahiran lubnan menyebut ianya memberi ruang untuk berdialog serta menolak salah-faham terhadap Islam. Bahkan ramai yang terbuka hati dan mendapat hidayah dan memeluk agama Islam




2. Lebih 2,000 masjid di Jerman telah mengadakan Hari khusus pada hari Rabu dan terbuka kepada umum termasuk bukan Islam untuk mengunjungi masjid, melihat ibadah umat Islam dan bertanyakan tentang Islam.



3. 3 May 2010, pihak Masjid Makkah di United Kingdom telah mengadakan pameran Islam secara tahunan dan dikunjungi oleh rombongan setiausaha kerajaan Alan Johnson. Mereka sempat melawat dan megadakan dialog dan perbincangan didalam masjid tersebut.

4. Sempena Ramadhan The Golden Mosque Lower Sheriff Street, Rochdale telah mengadakan hari terbuka dengan mengundang orang ramai termasuk bukan Islam untuk berbuka puasa dan mendapat taklimat tentang islam didalam masjid yang dikendalikan oleh imam selaku pengerusi masjid iaitu Tahir Mahmood.


5. Pusat Islam London .Terletak di Regent Park yang sibuk dengan orang-ramai khususnya hari jumaat yang menampung 10,000 jamaah. Para pelawat akan diberi penerangan oleh Pegawai Perhubungan Awam pusat Islam tersebut iaitu Omar Saddique. Beliau memberi penjelasan tentang Islam dan setiap persoalan yang diutarakan oleh para pelawat didalam masjid tersebut.


6. Di Durban, Masjid dan selaku Pusat Islam yang pernah diasas dan dikelolakan oleh Syeikh Ahmad Deedat iaitu IPCI, seorang pendakwah tersohor telah menyediakan hari lawatan khusus kepada non muslim sebagai Mosque Tours dan memberi penjelasan tentang ibadah dan penerangan tentang islam dan perbandingan agama. Khususnya amalan para nabi yang ditinggalkan oleh Yahudi dan nasrani tetapi diamalkan oleh umat Islam seperti membuat kasut sebelum masuk ke tempat suci (masjid), berwudhu dengan membersih diri, kiblat, cara iabadah dengan sujud dan ruku’ yang merupakan amalan para nabi semenjak bani Israel lagi. Ramai yang tertarik dan akhirnya memeluk Islam disitu.


7. Lihat bagaimana Obama sendiri yang menziarahi masjid turut membuka kasut beliau untuk masuk ke ruang solat. Bahkan Pope sebagai ketua agama Kristian Khatolik juga masuk ke masjid dalam lawatannya ke negara Arab. Kalau berlaku di Malaysia nescaya berlakulah kiamat.


8. Masjid al-Azhar sendiri membenarkan pelawat bukan Islam memasuki ruang dalaman masjid termasuklah Putera Charles dan Lady Diana dengan ditemani oleh Syeikh Azhar ketika itu iaitu Syeikh Tantawi. Kalau kat Malaysia mungkin Majlis Agama menghambat mereka kot?.

Bahkan banyak masjid-masjid lain diseluruh dunia menganjurkannya. Termasuk di Malaysia sendiri kecuali apabila timbulnya isu YB DAP dari parlimen Serdang Teo Nie Ching dengan kejadian masuk ke Surau Huda di Kajang. Beliau telah mendapat keizinan drp pihak pengurusan surau utk memasuki ruang solat bagi menyampaikan bantuan kpd surau tersebut dan bukannya member tazkirah tetapi sekadar ucapan sempena pemberian bantuan kepada surau tersebut. Beliau juga turut berbuka puasa bersamaah muslimat disitu. Ia telah dipolitikkan oleh UMNO-BN sebagai mencemari tempat suci Islam.

Apakah hukumnya yang sebenar?


Hukum bukan Islam masuk MASJIDIL HARAM

Majoriti ulama melarang bukan Islam memasuki masjidil haram atas larangan yang terdapat di dalam ayat al-Quran:-


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْمُشْرِكُونَ نَجَسٌ فَلاَ يَقْرَبُواْ الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ بَعْدَ عَامِهِمْ هَـذَا
Ertinya : Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu kotor, maka janganlah mereka mendekati Masjidil haram sesudah tahun ini.. (At-Taubat : 28)


Berdasarkan dua ayat ini, majoriti ulama dari kalangan mazhab maliki dan Syafie melarang bukan Islam memasuki Masjidil Haram, namun demikian dibenarkan bagi ahli Kitab (Kristian dan Yahudi) untuk memasukinya dengan syarat-syarat tertentu.


Satu lagi adalah :-


أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَقْرَبُواْ الصَّلاَةَ وَأَنتُمْ سُكَارَى حَتَّىَ تَعْلَمُواْ مَا تَقُولُونَ وَلاَ جُنُبًا إِلاَّ عَابِرِي سَبِيلٍ حَتَّىَ تَغْتَسِلُواْ
Ertinya : "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu salat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan, (jangan pula hampiri mesjid) sedang kamu dalam keadaan junub, terkecuali sekedar berlalu saja." ( 4:43 )


Imam Abu Hanifah pula menyatakan non-muslim dibenarkan untuk memasuki masjidil haram sekadar lalu, namun tidak dibenarkan untuknya duduk dan menetap di sana (sebagaimana sebahagian umat Islam); ini kerana beliau berpandangan, ‘kotor' yang disebut di dalam ayat itu hanyalah membawa maksud kekotoran syirik yang melibatkan hati bukannya kekotoran fizikal. Lebih dari itu, Ibn Hajar menyatakan mazhab Hanafi membenarkan bukan Islam memasuki masjid tanpa syarat.
Imam Ahmad Hanbal pula menyatakan bukan Islam hanya dibenarkan untuk memasuki masjidil haram dan lainnya setelah mendapat kebenaran dari umat Islam atas tujuan-tujuan yang munasabah seperti pembinaan dan maintainance. Beliau mengambil dalil iaitu penduduk Taif dibenarkan oleh nabi s.a.w untuk menetap dan tinggal di masjid sebelum mereka memeluk Islam.

Rasulullah juga diriwayatkan menerima tetamu Kristian dari Najran di dalam masjid Madinah, malah ketika itu mereka juga diizinkan oleh Nabi s.a.w untuk menunaikan sembahyang mereka di dalam masjid, nabi menyebut kepada sahabat
"Biarkan mereka (untuk menyelesaikan sembahyang mereka)"
Selain itu, Imam Al-Bukhari juga ada membawakan sebuah hadis yang menyebut bagaimana seorang bukan Islam bernama Thamamah ibn Athal, diikat oleh Rasulullah di dalam masjid (ditangkap atas kesalahan tertentu),


بعث رسول اللَّهِ خَيْلًا قِبَلَ نَجْدٍ فَجَاءَتْ بِرَجُلٍ من بَنِي حَنِيفَةَ يُقَالُ له ثُمَامَةُ بن أُثَالٍ فَرَبَطُوهُ بِسَارِيَةٍ من سَوَارِي الْمَسْجِدِ
Ertinya : Rasulullah s.a.w menghantar seorang berkuda di arah Najd, maka terlihat seorang lelaki dari Bani Hanfiah ( sedang mengintip) yang bernama Thumamah Bin Uthal, lalu diikatnya di satu tiang dari tiang-tiang masjid ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )

Selepas tiga hari, akhirnya setelah dia melihat bagaimana umat islam beribadah dan keramahan umat Islam kepadanya yang sentiasa bertanya keadaannya, dia akhirnya memeluk Islam kerana tertawan melihat keindahan kehidupan dan ibadah umat Islam.

HUKUM MASUK MASJID SELAIN MASJIDIL HARAM

Imam Ibn Hajar Al-‘Asqolani ketika menghuraikan isu ini mengatakan mazhab Maliki tetap MELARANG bukan Islam memasuki masjid manakala Mazhab Syafie, Hanbali dan Hanafi membenarkan bukan Islam untuk memasuki masjid-masjid lain dengan syarat-syarat tertentu. Beliau juga menegaskan kebenaran ini cukup kuat dari dalil tawanan perang bernama Thumamah tersebut.
Imam Nawawi menghuraikan :
Melihat kepada hadis ini, harus hukumnya mengikat tawanan dan menahannya serta harus juga seorang yang bukan Islam untuk memasuki masjid. Mazhab Syafie : menyatakan keharusannya dengan syarat terdapat keizinan dari umat Islam sama ada kafir itu dari kalangan ahli Kitab atau selainnya. Namun Khalifah Umar bin Abd Aziz, Qatadah dan Imam Malik tidak mengharuskannya. (Syarah Sohih Muslim, 12/87)

Imam Al-Mawardi As-Syafie membawakan pula teks kata-kata Imam Syafie dalam hal ini iaitu :-

ولا بأس أن يبيت المشرك في كل مسجد إلا المسجد الحرام
Ertinya : Tiada masalah untuk seorang bukan Islam menetap di setiap masjid kecuali masjidil Haram. ( Al-Hawi Al-Kabir, 2/268)

Permasalahannya hanya satu kerana si pelaku bukan UMNO. Kalau UMNO dia menjadi halal semata. Ketika orang lain dilarang berceramah didalam masjid tetapi untuk UMNO halal. Ketika orang lain haram mendedahkan aurat dalam masjid tetapi jika UMNO jadi halal. UMNO nampaknya hanya layak menjadi terompah untuk ke jamban masjid sahaja. Inilah sebenarnya punca pencemaran terhadap Islam di Malaysia sebagai wakil penjajah selepas kemerdekaan. Munasabahlah mereka mengambil APCO Zionis sebagai penasihat hanya untuk mengkucar-kacirkan umat Islam di Malaysia. Penaja 1 Malaysia ini sebenarnya pengamal teroris di Malaysia.

Wednesday, August 18, 2010

Iftar Madrasah Hashimiah bersama Anak Yatim Pelarian




Lokasi: Madrasah Hashimiah, Selayang
Tarikh: 17 Ogos 2010, 7 Ramadhan 1431

Alhamdulillah, selesai iftar Ramadhan yang pertama di Madrasah Hashimiah yang menempatkan anak-anak yatim dan miskin dari pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim. Saya kagum, dengan hanya RM200, dapat menaja sehingga 100 orang untuk berbuka puasa dan kini orang ramai sudah mula menaja anak-anak yatim dan warga miskin pelarian ini untuk berbuka puasa di Madrasah Hashimiah.


anak-anak pelarian bantu untuk jualkan bubur kacang yang istimewa di hadapan Madrasah

saya bersama Tn Hj Wan Rusli menyediakan daging kari Qurban For Life untuk berbuka

kacang goreng antara hidangan utama

bubur bali dengan kelapa parut

bubur kacang istimewa dengan isi daging

warga Hashimiah bekerjasama menyediakan juadah berbuka

hidangan berbuka puasa yang enak

anak-anak Hashimiah

doa mereka untuk penderma-penderma yang murah hati

senarai nama yang menaja

Ramai juga rakan-rakan yang bertanya, cukupkah dengan RM200 untuk diberi makan kepada 100 orang? Itu yang uniknya di Madrasah Hashimiah. Semalam saya tiba di Madrasah jam 6 petang dalam keadaan basah kerana hujan dan Amir (dari Muslim Aid) sudah tiba lebih awal. Antara menu dari RM200 tersebut ialah bubur yang dibuat daripada pelbagai jenis kacang yang dimasukkan sedikit daging, bubur bali yang diletakkan kelapa parut, kacang goreng, bihun goreng dan buah seperti pisang dan tembikai.

Menurut Ustaz Hashim, masih terdapat 15 hari kekosongan untuk ditaja sehingga 1 Syawal. Pada yang berminat untuk menaja anak-anak yatim serta warga miskin pelarian untuk berbuka, boleh hubungi saya terus di pejabat Muslim Aid, 03-22881996. RM200 tajaan untuk satu hari.