Monday, June 29, 2009
penjara di austria
pehhhh......macam ni rupa penjara?
patut sesetengah banduan yang dah dibebaskan ada yang pasang niat nak masuk balik...
Sunday, June 14, 2009
Al Fatihah Untuk Pejuang Islam Ustaz Fathi Yakan
AlFadhil Ustaz Fathi Yakan telah meninggalkan kita pada Sabtu 13 Jun (1933 รข€“ 2009), pd usia 76tahun. Jasanya sangat besar dalam mewarnai dunia harakah islamiyyah. Semoga beliau ditempatkan bersama para syuhada'Kitab karangannya yang tersohor Apa Erti Saya Menganut Islam (atau lebih popular dengan panggilan 'Maza Yakni') menjadi rujukan kebanyakan usrah pelbagai wadah. Penulisannya yang tersusun rapi menyemai kefahaman yang jitu tentang definisi seorang penganut Islam yang benar-benar berperibadi Muslim.
Dr. Fathi Yakan ialah ulama' dan pendakwah Islam yang terkemuka. Berkelulusan Ph.D. dalam Bahasa Arab dan Pengajian Islam, beliau merupakan antara penggerak awal gerakan Islam sekitar tahun 1950.
Beliau juga merupakan Setiausaha Agung Al-Jamaa Al-Islamia Lubnan sehingga beliau memenangi kerusi Parlimen di Lubnan. Beliau ialah aktivis utama dalam arena politik, kelihatan paling jelas semasa pilihanraya pada tahun 1996.
-Al-Fatihah-
kredit-Ilham Najmi
Friday, June 12, 2009
perjuangan tetap perjuangan
semakin panas isu kerajaan perpaduan ni.kebanyakan blog2 yang aku jengah,pasti tak lari memberi komen pasal kerajaan perpaduan ni.ada yang setuju,ada yang membantah dan ada juga berkecuali.kalaulah ditanya pada aku,secara jujur akan aku katakan,kalaulah diikutkan darah muda....aku juga akan beremosi sepertimana sahabat2 yang lantang menyuarakan bantahan terhadap kerajaan perpaduan ni.tapi bila aku melihat pada diri sendiri,siapalah aku untuk mempertikaikan segala keputusan mahupun perancangan yang telah dan akan dilakukan oleh pucuk pimpinan PAS?sudah besar sangatkah jasa aku dan sumbangan aku didalam PAS?malah yang lebih penting,sudah berapa lama aku didalam PAS hinggakan hendak mempertikaikan segala perancangan TG haji hadi sedangkan TG haji hadi sebagai salah seorang pemimpin lama yang erada dalam PAS telah dan pernah mengharungi segala pahit getir didalam perjuangan.
walaupun aku tidak bersetuju dengan kerajaan perpaduan ni,tapi aku tak nafikan ada kebaikan didalamnya.tapi bagi aku,kesilapan TG haji hadi adalah kerana mengabaikan sistem syura didalam PAS itu sendiri.tidak membuat perbincangan terlebih dahulu bersama sama pucuk pimpinan yang lain sebelum mengeluarkan kenyataan mengenai kerajaan perpaduan ni pada umum.
maka kenyataan yang dianggap peribadi disalah ertikan oleh parti lain (baik dari pihak BN atau PR) bahawasanya ianya adalah keputusan PAS.
kita sedia maklum,pengalaman PAS ketika bekerjasama dengan UMNO hinggakan ditendang keluar dengan secara hina sepatutnya dijadikan kayu ukur agar PAS lebih berhati hati jika ingin kembali bekerjasama dengan UMNO.ataupun seharusnya PAS menolak untuk merujuk kembali jika kita imbas kembali kekejaman demi kekejaman yang pernah dilakukan oleh pemimpin pemimpin UMNO satu ketika dulu.apatah lagi UMNO secara terang terangan menolak hukum malah islam itu sendiri sebagai batu asas dalam hal pentadbiran negara.
penghinaan terhadap hukum ALLAH,peristiwa memali,ISA,rasuah,kroni dan bermacam macam kezaliman yang dilakukan.inilah yang menjadi kemarahan ahli2 PAS khususnya hingga mereka merasakan tidak seharusnya isu kerajaan perpaduan ini dibangkitkan ataupun secara tepat lagi...tiada ruang dan peluang bagi UMNO mengadakan perbincangan dengan PR.
PAS pada hari ini sedang dilanda ujian yang amat besar bilamana isu kerajaan perpaduan ini telah membahagikan PAS kepda 3 golongan.yang bersetuju,yang membantah dan yang berkecuali.ujian ini juga menjadi titik tolak terhadap penerimaan atau penolakan rakyat pada PRK manek urai yang akan datang.
dapat aku perhatikan,suara golongan muda adalah yang paling lantang membangkang kerajaan perpaduan ni.benar...ada sesetengahnya menggunakan cara yang tidak sepatutnya dalam menunjukkan rasa tidak puas hati mereka hinggakan setengah golongan yang lain menganggap ianya satu cara yang amat kurang sopan.tapi kalau dilihat pada sudut positif,ahli2 PAS bukanlah seperti ahli2 UMNO yang diibaratkan seperti kerbau yang dicucuk hidung.kemana sahaja diheret oleh pemimpinnya,maka disitulah hala tujunya.biarpun dalam hal merugikan agama,bangsa malah UMNO itu sendiri.ahli2 PAS akan bangkit menentang satu2 perkara yang dilihat akan merugikan PAS biarpun ianya keluar dari mulut presidennya.
cuma harapan aku,biarlah penentangan itu disusuli akhlak dan peribadi yang elok tanpa makihamun atau menilai dengan menggunakan ilmu...tidak dengan emosi.
kalaulah ditanya pada aku adakah aku akan berpaling dari PAS jika terlaksana kerajaan perpaduan ni,maka aku tetap mengatakan selagi PAS meletakkan AL QURAN dan AS SUNNAH diatas pundak kepala mereka,selagi itu aku tetap menyokong.seperti yang telah aku katakan,perjuangan aku adalah kerana ALLAH,untuk ALLAH.PAS hanyalah sebagai tiket perjuangan kerana tidak selayaknya aku mengatakan aku mampu berjuang seorang diri.
kalaulah kerana kerajaan perpaduan ni aku mengalihkan sokongan pada PAS...tiada bezalah seolah olah aku lari dari perjuangan.kalaulah kerana kerajaan perpaduan ni menyebabkan aku memaki hamun ulama'...maka akan aku katakan aku lebih hina dari anjing kurap yang makan bangkai ditepi jalan.
kerana aku tahu....sejarah akan berulang...dan terus berulang...
sekiranya RASULULLAH boleh bekerjasama dengan yahudi hingga termetrinya piagam madinah,maka salahkah jika PAS HANYA....diulangi...HANYA mengadakan perbincangan dengan UMNO?
kesimpulannya....kerja2 dakwah perlu dijalankan baik dari luar atau dari dalam.
pendapat TG haji hadi mungkin salah,tapi mungkin juga betul.pendapat kita boleh jadi betul,tapi mungkin juga tidak betul.perkara belum tentu jadi sebab ianya cuma sekadar pendapat.sudah menjadi kebiasaan dalam berjuang,pasti ada dugaan.
Alif, Laam, Miim.
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. (al-ankabut 1-3)
maka anggap sahajalah ujian didalam PAS pada hari ini adalah ujian bersama.tidak perlu rasanya kita jadikan kerajaan perpaduan ni satu alasan untuk kita alihkan sokongan kita terhadap PAS.isu ini tidak sehingga membabitkan hukum dan aqidah.kalaupun kita tentang..tentanglah dengan cara berhikmah...bukan dengan cara maki hamun dan kekerasan.
dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (al-baqarah 216)
wallahua'lam.....
Thursday, June 11, 2009
rahsia hari dan bulan masyakat barat
Kelicikan masyarakat Yahudi Kuno yang dipimpin Dajjal laknatullah yang hidup lama itu berjaya mempengaruhi seluruh kehidupan masyarakat dunia dengan dakyah-dakyah sesatnya. Masyarakat dunia khususnya orang Islam dibentuk secara halus untuk memuja tuhan-tuhan berhala Yahudi dan Nasrani.
Kita tidak menyedari bahawa kita hari ini khususnya anak-anak kita sejak berumur 4 tahun lagi sudah mempelajari nama-nama dewa berhala di sekolah. Pengaruh ini tidak disedari oleh masyarakat dunia. Bahasa Inggeris yang kita agung-agungkan adalah bahasa yang cukup simbolik untuk menyemai unsur-unsur berhala. Kerja-kerja Dajjal amat berhasil apabila berjaya menjadikan Bahasa Inggeris bahasa pengatar utama dunia melalui dua konsep iaitu "Penjajahan" dan "Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu".
Apa yang dinyatakan di bawah ini sudah banyak diketahui umum, cuma penulis ingin meletakkan sekali lagi dalam Blog D' ini sebagai peringatan sekelian mukmin.
Pengertian Bulan-Bulan Masehi
- 1. Januari - berasal dari perkataan 'Janus', iaitu tuhan berhala orang Romawi yang berwajah dua. Sebelah muka melihat ke depan dan sebelah muka melihat ke belakang.
- 2. Februari - berasal dari bahasa Latin iaitu 'Februo' yang bermaksud 'kesucian'. Biasanya dalam bulan ini bangsa Romawi mengadakan upacara penyucian jiwa mereka di kuil-kuil seperti mana penganut Hindu membaling tempurung kelapa dalam suatu majlis untuk menghilangkan dosa.
- 3. Mac - berasal dari perkataan 'Mars', iaitu salah satu tuhan berhala Romawi.
- 4. April - berasal dari bahasa latin iaitu 'Aperto' yang bererti 'terbuka' atau 'berkembang' . Dalam bulan ini biasanya bunga-bunga akan berkembang mekar. Orang Saxon* menggelar bulan ini sebagai Easter* keran menghormati tuhan musim panas (summer).
- 5. Mei - berasal dari perkataan 'Maia' iaitu nama puteri dari dewa bangsa Romawi bernama 'Atlas'.
- 6. Jun - berasal dari perkataan 'Juno', salah satu tuhan orang Romawi.
- 7. Julai - berasal dari bahasa latin iaitu nama pemerintah 'Julius Caesar' yang kemudiannya diubah menjadi bulan ke tujuh.
- 8. Ogos - berasal dari nama pemimpin Rom iaitu 'Caeser Augustus' bermakna bulan ke lapan zaman Rom. Sebelum itu ia bernama 'Sextilitis' (bulan ke enam) mengikut kalendar bangsa Romulus.
- 9. September - berasal dari perkataan 'Septem' yang bererti tujuh. Pada asalnya ia adalah bulan ke tujuh tetapi kemudiaanya telah diubah menjadi bulan ke sembilan.
- 10. Oktober - berasal dari perkataan 'Octo' yang bererti lapan tetapi telah diubah menjadi bulan yang ke sepuluh.
- 11. November - berasal dari bahasa latin iaitu 'Novem' yang bererti sembilan. Tetapi ianya telah diubah menjadi bulan ke sebelas.
- 12. Disember - berasal dari bahasa latin 'Decem' yang bererti 'sepuluh' tetapi kemudiannya telah diubah menjadi bulan yang kedua belas.
Nama Asal Hari-Hari Masehi
- 1. Sunday - berasal dari perkataan 'Sun's Day' ertinya matahari.
- 2. Monday - berasal dari perkataan 'Moon's Day' bererti hari bulan.
- 3. Tuesday - berasal dari perkataan 'Day of Tyr' sempena hari dewa perang masyarakat Rom bernama 'Tyr'.
- 4. Wednesday - berasal dari perkataan 'Woden' nama salah satu dewa suci Rom.
- 5. Thursday berasal dari perkataan 'Day of Thor' sempena nama dewa Rom iaitu 'Thor' yang bermakna 'Dewa Halilintar'.
- 6. Friday - berasal dari perkataan 'Day of Freya' iaitu Dewa Hari Perkahwinan orang Rom yang bernama 'Freya'.
- 7. Saturday - berasal dari perkataan 'Saturnus' yang bererti bintang 'Saturnus' mengikut kepercayaan orang Romawi.
Mengapa Bahasa Orang Romawi dijadikan Rujukan Utama.
Bahasa asal bahasa Inggeris adalah berpusat dari bahasa latin yang menjadi bahasa rasmi utama masyarakat Romawi serta Athens di bumi Greek. Pada zaman dahulu, pemerintah dan kerajaan Rom amat digeruni oleh masyarakat dunia sebelum Islam berjaya menewasakan mereka. Masyarakat kerajaan Rom terkenal dengan pemerintah Julius Caesar dan Hercules manakala masyarakat kerajaan Athens terkenal dengan cendekiawan terkenal iaitu Socrates, Aristotle, Plato dan lain-lain.
Perlu diingat bahawa dalam masyarakat kedua-dua kelompok ini terdapat juga antara mereka yang berbangsa Yahudi dan mengamalkan ajaran Yahudi bermazhab Cabbala secara sembunyi-sembunyi, khususnya cendekiawan bernama Plato.
Masyarakat Eropah dan Amerika sekarang menjadikan Greek sebagai pusat ketamadunan mereka. Sebarang ilmu yang mereka peroleh atau yang mereka cipta akan cuba dipaksikan daripada bahasa latin dan beberapa tokoh Greek walaupun kadang-kala ilmu-ilmu yang mereka cipta itu hanya ciplak sahaja dari sarjana Islam.
Misalnya disiplin ilmu 'Psikologi' yang sekarang banyak diajar di universiti-universi ti seluruh dunia termasuk negara Islam. Semua sarjana Yahudi dan Nasrani menciplak ilmu ini dari sarjana Islam hampir keseluruhan kaedah pembelajarannya. Apakah yang mereka lakukan.
Disiplin Psikologi mula diperkenalkan secara komersil pada 1596 M oleh Descartes manakala dalam dunia Islam disiplin ini diperkenalkan pada 950 M oleh Abu Nasr al-Farabi di dalam bukunya yang bertajuk "Opinions of the Citizens of Uthopia". Kemudian disiplin ini mula dikembangkan oleh beberapa tokoh Islam yang lain yang pastinya hidup sebelum Descartes dilahirkan, antara tokoh lain ialah :
- - Ibnu Sina (meningal pada 1037 M) yang menulis kitab bertajuk "The Moods of Psyche" dan "Hints and Notices".
- - Imam al-Ghazali (meninggal pada 1111 M), menulis kitab berkaitan jiwa iaitu 'Ihya Ulumuddin'. Beliau juga telah merancang pengajian psikologi yang dinamakan Sains Rawatan.
Untuk menngkhaburi mata masyarakat dunia, golongan Yahudi dan Nasrani memberikan nama disipilin berkaitan jiwa ini kepada nama 'Psikologi', yang berasal dari perkataan 'Psychos' (Jiwa) dan 'Logos' (kajian), yang bermaksud kajian jiwa. Nama-nama tokoh-tokoh Islam tidak disebut langsung dalam mana-mana buku teks universiti jika penulis buku itu adalah masyarakat barat.
Permasalahan di atas telah pun dibincang dalam Persidangan PengIslaman Ilmu-Ilmu Moden yang dianjurkan oleh Universiti King Abdul Aziz, Universiti Jeddah dan Universiti Mekkah bertempat di Makkah pada 1977. Seramai 315 orang cendekiawan Islam termasuk pensyarah-pensyarah Malaysia (jika penulis tidak silap) telah hadir.
kredit untuk bujang susahWednesday, June 10, 2009
Polemik Kerajaan Perpaduan : Kenapa ?
kredit kepada blog ust nasrudin tantawi
Tuesday, June 9, 2009
kerajaan perpaduan
assalamualaikum tuan moderator kedahlanie disini saya paste temuramah TGAH ttg cadangan kerajaan perpaduan, saya berharap tuan dapat siarkan untuk mengelakkan perpecahan ahli2 PAS yang sentiasa membaca blog ini, saya ambil dari harakahdaily bertarikh 21 apr 09 , selain itu saya juga berasa amat tidak adil kepada dua tokoh ulama dilaga2kan iaitu tuan guru nik aziz dan tuan guru abdul hadi, saya harap tuan dapat pertimbangkan permintaan saya ini, jazakallah, wasalam
Khairul Azlam
Tue | Apr 21, 09 | 3:12:22 pm MYT
PELBAGAI isu panas berlegar dalam masyarakat dan rakyat, amat memerlukan kupasan serta penjelasan oleh kepimpinan PAS. Jika tidak dirungkai akan berlaku kekusutan serta terbelit dalam kefahaman sesama sendiri. Justeru, wartawan Harakah Terengganu, KHAIRUL AZLAM MOHAMAD mewawancara Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di kediamannya, di Rusila, Marang baru-baru ini bagi mendapatkan pandangan berkenaan isu-isu yang melingkungi dalam dan luar parti.
HARAKAH: Dalam agenda membentuk 'Kerajaan Perpaduan' atau 'Government Unity', adakah PAS masih optimis untuk berunding bersama Dato Seri Najib Tun Abdul Razak bagi merealisasikan hasrat tersebut?
USTAZ ABDUL HADI: Saya melihat masih ramai yang tidak faham tentang 'Unity Government' termasuk orang PAS sendiri dan di kalangan pimpinan pun ada yang masih belum faham lagi. Ini kerana, mungkin mereka sibuk, tidak berpeluang membaca buku-buku politik dan tidak membaca istilah-istilah politik.
Dalam politik ada kerajaan yang sepenuhnya, ada yang disebut'Unity Government', ada 'Coalition Government' dan ada 'Front National'. 'Front National' itulah dia Barisan Nasional (BN) yang ada pembangkang. Kerajaan campuran ini adalah antara satu parti yang memerintah dengan parti yang lain diajak sama dalam pemerintah dengan syarat-syarat yang dibuat.
Di mana kebiasaannya dia (parti) terikat, partinya terikat dengan syarat-syarat bersama dengan kerajaan dan tidak banyak perubahan dibuat. Dan PAS berpengalaman dalam dua kerajaan iaitu Kerajaan Campuran (Perikatan) dan Kerajaan Barisan Nasional. 'Unity Government' bukan Kerajaan Campuran dan bukan Barisan Nasional. Itu kena faham. Ini kerana ada orang PAS sendiri faham masuk Barisan Nasional dan kerajaan campuran semula. Ini menandakan tidak faham 'Unity Government'.
Boleh Dato' Seri jelaskan apa yang dimaksudkan dengan 'Unity Government' ini?
'Unity Government' ini adalah Kerajaan Perpaduan yang melibatkan semua parti politik dan tidak ada pembangkang langsung. Semua parti duduk dalam kerajaan dan semua parti ini ada identiti, ada syakhsiyyah, ada kepelbagaian dan dia (parti) berhak untuk membangkang di mana 'Unity Government' ini membolehkan orang dalam Umno sendiri bangkang kerajaan.
Ini kita (PAS) memecahkan tradisi yang dibuat oleh Umno yang ada pada hari ini. Di mana orang Umno tidak boleh bangkang parti dia dan kalau bangkang dia akan kena pecat. Ini termasuklah, kita membebaskan Umno itu sendiri. Ini kena faham dan dalam masa yang sama 'Unity Government' ini mestilah melakukan perubahan yang adil untuk semua rakyat. Ini termasuklah untuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), badan kehakiman, pentadbiran.
Boleh Dato' Seri kemukakan contoh-contoh apa yang dikatakan "Unity Government" yang dipakai di mana-mana?
Konsepnya mesti berubah dan bukan apa yang ada pada hari ini. Sebagai contoh, di Indonesia yang saya sebut tadi. 'Unity Government' di Indonesia berlaku pemisahan kuasa dengan 'SPR' atau Pemilu di Indonesia dengan badan politik. Pemisahan kuasa dengan badan kehakiman, sehingga badan kehakiman di Indonesia boleh menyeret Suharto ke mahkamah, boleh menyeret Perdana Menteri dan Menteri-menteri ke Mahkamah jika melakukan kesalahan. Ini kita (PAS) hendak bersihkan negara.
Di Israel sebagai contoh, Perdana Menteri Israel pun boleh dibawa ke mahkamah dan disiasat. Ini 'Unity Government' dan pilihan raya di Indonesia adalah pilihan raya yang berubah. Di mana Barisan Nasional tidak ada hak memonopoli TV termasuklah semua parti boleh menggunakan TV.
Tapi Dato' Seri, masih ramai orang yang tidak faham termasuk ahli-ahli PAS sendiri?
Inilah masalahnya. Ramai yang tidak faham dengan konsep ini. Rakyat ada kebebasan. Ini 'unity' biar kita kena faham. Apa yang saya rasa lucu, ada orang Umno yang membangkang dan ada orang Umno yang bersetuju. Tetapi, orang PAS juga bangkang dia (PAS) tidak tahu. Ini menandakan, dia (orang PAS) tidak tahu apa 'Unity Government'. Barangkali kalau dia tahu bentuknya saya rasa orang boleh terima. Oleh kerana, ramai orang tidak faham, maka, saya tarik balik cadangan saya itu. Saya tarik balik sehingga orang kita faham betul-betul.
Adakah cadangan Dato' Seri ini telah dibincangkan pada peringkat jawatankuasa tertinggi parti?
Sebenarnya, 'Unity Government' ini kita telah bincang dalam dialog politik di kalangan kepimpinan PAS Pusat. Kita telah membincangkan semua aspek. Aspek Barisan Nasional, aspek Kerajaan Campuran termasuklah 'Unity Government' dan ini juga menjadi perbincangan termasuklah aspek undi tidak percaya. Dan termasuk 'Unity Government' yang saya kemukakan kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa menjadi Perdana Menteri. Ianya disokong oleh KeADILan dan DAP.
Saya telah memaklumkan kepada DAP dan DAP menyertai dalam beberapa usaha yang dilakukan tetapi oleh kerana, kita melihat orang Umno sendiri takut hendak buat 'Unity Government' dan mungkin dia (pemimpin Umno) bimbang kerana akan ada orang dia (Umno) dibicarakan di Mahkamah, maka ia terhenti.
Umno takut untuk teruskan?
Dia (Umno) tidak berani. Sebab itu "Unity Government' tidak jadi dan saya tarik balik cadangan saya. Saya yakin dan percaya pada suatu hari nanti orang akan terima cadangan saya, orang akan fikir balik. Apabila masa tenang balik dia (Umno) fikir balik. Apabila keadaan yang munasabah. Dan 'Unity Government' adalah untuk membuangkan orang yang bermasalah dalam negara. Ini bukan sahaja dalam kerajaan tetapi juga dalam pembangkang sendiri.
Apakah isu ini dijangka akan menjadi topik perbahasan hangat para perwakilan pada muktamar akan datang?
Ini akan menilai orang yang bercakap itu faham atau tidak dan dengan sebab itu, saya harap jika tidak faham usah bercakap nanti orang nampak kita tidak faham, kita jahil. Tetapi yang hendak bercakap (Unity Government) mesti yang faham.
Apakah implikasi terhadap kemenangan PAS dalam pilihan raya kecil di Bukit Gantang dan KeADILan di Bukit Selambau?
Implikasi terhadap kemenangan PAS di Bukit Gantang dan Bukit Selambau sudah tentu kepada perkembangan politik tanah air. Sokongan kepada Pakatan Rakyat terutama kepada PAS sendiri.
Pertama, sudah tentulah terserlah jentera pilihan raya di semua tempat adalah jentera PAS yang memainkan peranan yang besar. Kedua, kerjasama yang erat antara PAS dengan parti-parti Pakatan Rakyat khususnya di kalangan bukan Melayu memberi implikasi Islam. Di mana, kita telah berjaya memecahkan tembok pemisahan yang memisahkan antara kita dengan orang-orang bukan Islam hasil daripada kita memperkenalkan politik Islam yang terbuka kepada semua manusia bukan sahaja kepada orang Islam termasuk juga orang bukan Islam.
Adakah ini kesan langsung dari dakwah PAS selama ini?
Keadilan Islam adalah mutlak dan kita telah berjaya merealisasikan konsep ini dalam pemerintahan PAS di Kelantan dan pernah di Terengganu. Dalam masa yang singkat pemerintahan PAS di Perak dan di Kedah dan kenyataan kita di negeri Pakatan Rakyat.
Hasil dari pelaksanaan yang ringkas ini telah memberi keyakinan awal kepada orang-orang bukan Islam menyebabkan mereka bekerjasama dengan jentera PAS. Bahkan, memberi undi kepada orang-orang PAS sendiri dalam pilihan raya di Bukit Gantang dan dalam masa yang sama kita berjaya memberi kefahaman kepada akar umbi PAS tentang pelaksanaan kerjasama.
Maksud Dato' Seri, hubungan kerajsama itu makin erat dan dihayati sebetulnya dalam bentuk praktikal ...
Ya! Jentera PAS di Bukit Selambau telah memberi kerjasama yang baik untuk memenangkan calon KeADILan. Walaupun calonya dari bukan Islam tetapi mereka adalah dalam kumpulan yang bertahaluf dengan PAS dan akan memberi kekuatan kepada kerajaan yang dipimpin PAS di Kedah.
Ini sudah tentu ia memberi implikasi yang mendalam pada perkembangan politik tanah air. Maka, berlakunya satu anjakan paradigma di kalangan pengundi-pengundi muda orang Melayu Islam yang memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat termasuk PAS. Ini ternyata, melalui saluran-saluran orang muda seperti saluran 3, 4, 5 dan 6. Saluran ini memberi kemenangan besar kepada PAS, walaupun saluran-saluran tua masih lagi menunjukkan perubahan yang sedikit walaupun banyak isu yang berlaku.
Dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang, undi kaum Cina meningkat banyak. Apakah mesejnya itu?
Kita melihat pengundi bukan Islam telah mengundi PAS di Bukit Gantang dan memberi undi yang besar. Sebab itu, majoriti di Bukit Gantang adalah di luar jangkaan PAS. Ia di luar kiraan yang kita buat. Ini kerana, ditambah dengan pengundi-pengundi yang bukan Islam. Saya sendiri telah memberi hujah untuk mengemukakan satu senarai calon di Bukit Gantang. Dan hujah ini dibincang bersama kalangan Jawatankuasa Politik PAS Pusat, kemudian mendapat sokongan daripada pengundi muda dan bukan Islam.
Ini perubahan yang berlaku. Sudah tentu dengan perkembangan politik tanah air khususnya di Semenanjung iaitu di kawasan-kawasan rakyat mendapat maklumat, celik politik meningkat. Walaupun media arus perdana yang dikuasai kerajaan dan disalahgunakan oleh kerajaan, cuba menutup kebenaran di pihak Pakatan.
Sebab itu, tidak pelik jika di Batang Ai kita menemui kegagalan kerana itu kawasan pendalaman yang rakyat tidak mendapat maklumat. Radio dan berita pun jarang-jarang dengar, apa lagi TV dan kertas-kertas undi dibawa dengan helikopter. PAS kurang yakin dengan ketelusan, keamanahan pilihan raya itu.
Pada pengamatan Dato' Seri, bagaimana reputasi Perdana Menteri baru yang dipimpin oleh Dato Seri Najib?
Saya anggap ini kenderaan lama yang masih lagi kebocoran tayar, kelemahan enjin dan akan lebih parah. Ia berlaku, sejak pada zaman Tun Dr Mahathir dan ini bukan baru.
Pada zaman Tun Dr Mahathir lagi sudah berlaku kelemahan-kelemahan ini dan Tun Abdullah Ahmad Badawi memikul dengan berat penyakit-penyakit itu dan penyakit itu tidak boleh diubat. Sehingga zaman Tun Abdullah Badawi dan Najib mengambil-alih kenderaan yang sama. Cuma yang berubahnya nakhoda. Kapalnya bocor yang sama dan dibayangi gejala rasuah, dibayangi penyalahgunaan kuasa dan dibayangi oleh pelbagai jenis penyelewengan yang tidak boleh diatasi hingga ke hari ini.
Jadi, perubahan yang dijanjikan oleh Umno dengan pelantikan Dato Seri Najib sebagai Perdana Menteri sekadar perubahan yang bersifat kosmetik. Apa komen Dato' Seri?
Begitulah! Kalau kita hendak kata secara jelas kerana sehingga hari ini tidak ada tanda-tanda yang menunjukkan berlaku satu perubahan yang menyeluruh. Sebab itu, kita kata tunggu. PAS akan lihat positif terhadap sebarang perubahan yang baik dan PAS akan menentang penyelewengan. Soalnya sama sahaja. Tiada perubahan bahkan lebih meningkat dari masa-masa yang lalu berdasarkan kemajuan yang dicapai.
Boleh Dato' Seri mengulas sedikit beberapa keputusan mahkamah terutama dalam kes yang berkait dengan kemelut di negeri Perak?
Sehingga hari ini, saya tidak yakin dengan kebebasan kehakiman berlaku dengan sepenuhnya di negara kita. Dan tidak ada pemisahan kuasa di antara legislative dengan pentadbiran, dengan kehakiman.
Tidak ada dalam erti kata yang sebenar dalam pentadbiran mengikut sistem British. Apatah lagi mengikut sistem Islam. Dan British pun banyak mengambil daripada Islam dan membekalkan sistem pemerintahan kepada negara barat. Di sini berlakunya pemisahan kuasa yang diajar oleh Nabi s.a.w. pada zaman pemerintahannya. Dan pemisahan kuasa di antara politik, kehakiman dan pentadbiran.
Sehingga Nabi kita Muhammad s.a.w. dalam mengendalikan kes dia (Nabi) dengan rakyat dibawa kepada hakim yang dilantik, yang dibebaskan bercampuran dengan Rasulullah s.a.w. sendiri. Tiada campurtangan Rasulullah s.a.w. sendiri dalam kehakiman.
Ini pada zaman Khilafah dan cara ini diambil oleh British dan diamalkan di negara kita. Diamalkan pada zaman Tunku Abdul Rahman, masih ada di zaman Tun Abdul Razak dan makin lemah pada zaman Tun Hussein Onn dan zaman Mahathir lagi lemah. Semua orang tahu bagaimana bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas dipecat dan bagaimana hakim-hakim yang lain dipecat. Ini adalah gejala yang tidak sihat yang dimulakan pada zaman Tun Dr Mahathir dengan sebab itu, saya meragui zaman pemerintahan Najib yang dibayangi oleh Tun Dr Mahathir yang ada di dalamnya.
Muktamar PAS dijangka akan diadakan pada bulan Jun ini. Beberapa jawatan utama pastinya dipertandingkan. Wajarkah 'pertandingan' di peringkat jawatan tertinggi parti itu?
Ini bukan kali yang pertama berlaku sejak zaman PAS mula ditubuhkan. Zaman Dato Asri Muda, zaman Ustaz Yusof Rawa, zaman Dato Fadzil Noor bahkan, pada zaman saya pun berlaku dalam muktamar yang lalu. Tetapi saya yakin terdapat kematangan di kalangan ahli PAS dan saya minta kematangan ini dipelihara. Dan PAS hendaklah selamat daripada gejala-gejala politik yang tidak sihat seperti politik wang, politik ugut, politik melobi dan politik kempen yang melampau.
Apa yang berlaku, pertandingan atas dasar berlumba-lumba untuk mengerjakan kebajikan dan bukan berlumba-lumba untuk menjadi ketua dan berlumba-lumba mendapat kelebihan. Kalau berlumba untuk jadi ketua itu dilarang oleh Islam. Kalau berlumba untuk mendapat fadhilat, untuk berada di medan yang hadapan, untuk menghadapi musuh dan menjadi sasaran kepada gejala-gejala politik zalim. Itu merupakan satu petanda yang baik dan itulah yang kita harapkan berlaku dalam PAS ini.
Penilaian Dato' Seri terhadap cabaran dan harapan kepada Pakatan Rakyat yang menggabungkan kerjasama antara PAS, KeADILan dan DAP?
Harapan saya supaya Pakatan Rakyat diteruskan dan bagi PAS sendiri kita akan meningkatkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat. Sebenarnya, Pakatan Rakyat ini ditaja oleh PAS sejak zaman kita (PAS) bersama dengan Parti Melayu Semangat 46. Kemudian, lebih meningkat lagi dengan Barisan Alternatif (BA) pada zaman Ustaz Fadzil Noor dan pada tahun 2004-2008 ianya menjadi lebih matang lagi.
Dan kita mengharapkan mantap lagi pada masa yang akan datang. Harapan saya 'Pakatan Pembangkang' ini tidak berpecah. Kita bersatu dalam menghadapi Pakatan Kerajaan dan berlakunya dua parti dalam negara itu lebih sihat dan tidak banyak memecahkan rakyat.
PAS bersikap anjal atau fleksibel dalam menangani kerjasama di atas prinsip Islam dengan PAS tidak menjual prinsip dan PAS tidak memaksa parti-parti lain dalam pakatan menjual prinsip tetapi kita (PAS) boleh bekerjasama dalam perkara yang sama atau titik persamaan yang satu di antara kita bagi membuat perubahan ke arah yang adil, menentang kezaliman. Di mana menegakkan yang adil dan menentang yang zalim merupakan perkara sejagat yang kita tidak berbeza antara satu sama lain.
<>Sejak mutakhir ini dilihat kecelaruan berlaku dalam politik Umno-BN, bukan sahaja di Terengganu, malah di seluruh negara. Apa yang Dato' Seri boleh simpulkan?
Saya tidak mahu campurtangan banyak dalam hal Umno. Pengamatan saya dari luar itu lebih bersifat perlumbaan untuk merebut kepentingan. Royalti akan dipulangkan balik kepada Terengganu. Ini sudah tentu banyak projek yang akan mencurah di Terengganu melalui royalti yang akan dipulang-balik itu. Mereka merasakan mereka tidak berpeluang lebih banyak melalui projek-projek ini, akan berrsikap haloba untuk mendapat kuasa itu. Kepada saya ini suatu gejala yang tidak baik bagi negeri Terengganu, cukup dengan berlakunya projek-projek haloba dari tahun 1978 hingga 1998.
Ketika PAS berkuasa dulu, macam mana PAS betulkan kepincangan ini?
Apabila PAS cuba hendak buat pembetulan, kita telah dicantas melalui politik yang kotor. Daftar pemilih yang terlalu besar jumlah sehingga tidak padan dengan penduduk di negeri Terengganu. Dan kita sabar menghadapi karenah itu. Kita tidak bertindak liar. Bahkan, saya pernah sebut di dalam Dewan Undangan Negeri (Dun), PAS pernah bersabar selama 40 tahun. Dari tahun pilihan raya 1959, kita menang dan kita jatuh. Kita tunggu hingga pilihan raya 1999 (40 tahun). Kita boleh sabar, kerajaan PAS jatuh di tengah jalan dalam tahun 60-an. Kita sabar dan kita menunggu sehingga PAS menang tahun 1999. PAS pernah diguling tahun 2004 dengan cara yang begitu rupa dan kita bersabar.
Kita balik dengan lapan kerusi semula dan kita sabar menghadapi karenah-karenah ini. Saya percaya mereka (pemimpin) yang rakus dalam Umno tidak bersabar dalam melihat perubahan ekonomi yang akan berlaku bagi kepentingan puak masing-masing tanpa mengira dunia ditenggelam oleh gejala dan krisis ekonomi yang parah. Sudah tentu Terengganu yang duduk dalam Malaysia akan menerima kesan yang sama. Sepatutnya, kita berfikir bagaimana untuk mengatasi masalah rakyat dan kekayaan yang dikurniakan oleh Allah SWT. Bukan kita berebut untuk mendapat projek dan merasakan kuasa politik yang ada ini boleh menghalang di kalangan tertentu mendapat projek dan berlakulah pergolakkan itu.
Pakatan Rakyat sekali lagi bakal berdepan dengan pilihan raya kecil di Dun Penanti Pulau Pinang, ekoran pengosongan kerusi Adunnya, Mohamad Fairus Khairuddin daripada KeADILan. Apa harapan Dato' Seri?
PAS bersedia untuk menghadapi pilihan raya. Sebenarnya, PAS mempunyai cawangan yang banyak di Dewan Undangan Negeri (Dun) Penanti dan kawasan itu juga adalah kubu kuat PAS.
Insya-Allah, jentera PAS akan lebih baik daripada Bukit Gantang dan lebih baik daripada Bukit Selambau. Apatah lagi, PAS pernah menghadapi pilihan raya di Permatang Pauh. Di mana, Dun Penanti berada dalam Parlimen Permatang Pauh dan kita mengganggap ini satu latihan yang paling baik bagi PAS untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang. - azm_
-walaupun wawancara ni dah lama....tapi pandai2 korang le menilainya....diakui....aku juga agak kurang bersetuju dengan kerajaan perpaduan ni....tapi yang lebih penting adalah...aku berjuang KERANA ALLAH SWT menggunakan pentas PAS....aku tidak berjuang kerana PAS atau untuk PAS...yang pastinya selagi PAS istiqamah dengan dasarnya untuk menegakkan syiar islam....selagi itu sokongan aku tidak berbelah bagi-
wallahua'lam.....
Sunday, June 7, 2009
mutiara kata
Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal. -Saidina Ali bin Abi Thalib
Sesungguhnya orang yang jujur denganmu ialah yang selalu bersamamu, yang bersedia mengorbankan dirinya untuk dirimu. Dan apabila zaman berganti tidak memutuskan hubungan denganmu, sekalipun bercerai denganmu, rasa persahabatan tetap untukmu. -Saidina Ali bin Abi Thalib
Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari.-Saidina Ali bin Abi Thalib
Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang.-Saidina Ali bin Abi Thalib
Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi pemandu untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya.-Saidina Ali bin Abi Thalib.
Apabila sempurna akal, kurang perkataan.-Saidina Ali bin Abi Thalib.
Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka ialah jahil.-Saidina Ali bin Abi Thalib.
Lebih sedikit orang menggunakan akalnya, lebih banyak pula ia berkata-kata.-Saidina Ali bin Abi Thalib.
Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.
Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar.
Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan.
Sahabat sejati menjadi pendorong impian.
Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.
Sahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada disisimu ketika kamu memerlukan sokongan walaupun saat itu mereka sepatutnya berada di tempat lain yang lebih menyeronokkan.
Supaya engkau beroleh sahabat, hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang -Hamka
Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia ,umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa
Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.
Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu
Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah
Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.
Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan.
janganlah berputus asa.tetapi jika anda berada dalam keadaan putus asa,maka berjuanglah terus meskipun dalam keadaan putus asa.
Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang di sekelilingmu tersenyum.
Jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan orang-orang di sekelilingmu menangis.
Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan, seperti durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sebab manis di dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum baunya
Pandanglah segala sesuatu dari kacamata oranglain. Apabila hal itu menyakitkan hatimu, sangat mungkin hal itu menyakitkan hati orang lain pula.
Pandanglah sifat kekurangan yang ada pada dirimu, nescaya kamu akan dapat memandang sifat kesempurnaan yang ada pada Tuhanmu, maka akan lenyaplah segala sifat yang ada pada dirimu.
Saturday, June 6, 2009
alhamdulillah....dah berhenti merokok
ALHAMDULILLAH.....
hampir atau sudah lebih 6 bulan aku berhenti merokok....
azam yang ingin dikotakan akhirnya dimakbulkan oleh ALLAH....
hahaha.....dari 2001 aku berazam nak berhenti merokok.dah 8 tahun rupanya.macam baru je semalam aku niat nak berhenti...hehehe......
aku mula terjebak dengan rokok ni didalam usia muda.....teramat muda....
permulaannya adalah ajakan kawan2.aku masih ingat lagi...rokok pertama yang aku hisap adalah SALEM (member2 aku gelar rokok pondan).
maklum la,rokok tu sejuk.tapi pada masa tu kitorang cuma hisap hembus,tak la sampai sedut.bila asap rokok tu ada dalam mulut,kami bercakap-cakap....konon-kononnya nak buat macam dalam cerita mat saleh masa musim sejuk.kalau masa tu bila bercakap je,mulut mesti berasap-asap...hahaha....
tapi dalam berani merokok tu,takut gak kalau kantoi.jadi kitorang merokok dalam semak yang memang menjadi kawasan permainan kitorang.
(agaknya,camni le rupa paru2 aku sekarang ni)
kadang-kadang tu bila tak ada duit,mula la plan 'sebat' rokok bapak masing2.
memang selalu rokok arwah bapak aku jadi mangsa....tapi masa tu aku masih tak berani lagi nak sedut asap rokok tu.maklum le...masa tu hisap rokok ni cuma main2 je....ada tak pe tak ada pun tak pe....
tapi bermulanya era sedut asap rokok masa zaman remaja aku....
pertama kali sedut....memang berdesing kepala dibuatnya.diibaratkan macam tegaknya bulu roma,macam tu le aku rasa kat dalam kepala aku.
(tu dia,bahan2 yang digunakan dalam rokok)
setelah lebih dari 10 tahun menjadi perokok tegar....satu hari tu aku rasa dada aku sakit...aku pergi klinik,doktor suruh x-ray.diberinya ubat pecah angin dan lain2 ubat.sampai habis ubat tu aku makan,sakit tak juga kurang.
aku pun tertanya-tanya,apa punca yang buat dada aku sakit ni...tapi sambil berfikir tu,rokok tetap sedut...hahahaha....
aku sebenarnya dah perasan,bila aku merokok je,dada aku akan sakit.jadi permulaan tu,aku kurangkan merokok....boleh tahan le kurangnya,tapi bila merokok mesti sakit.jadi satu hari tu aku cuba tak sentuh rokok.
perghhhh.....mula2 tu punya le seksa...nak2 lak aku aku uji lagi diri aku...aku letak rokok yang belum abis aku hisap kat atas meja bilik aku...hahaha...padan muka ko man...
mula-mula tu memang gigil satu badan.....bila masuk bilik,tangan mesti nak mencapai rokok....tapi aku tetap tahan....disini aku dapat lihat hikmahnya berpuasa....kalau waktu siang boleh tahan tak makan,tak minum,tak merokok...kenapa malam tak leh pulak ye tak?
tapi jujur aku kata,dalam usaha nak berhenti merokok tu,poket memang penuh dengan gula2 atau chewing gum.asal terasa nak merokok (lebih2 lagi lepas makan) aku mesti kunyah gula2.dan dalam "waktu berpantang" ni le,aku jadi kuat makan....mana taknya,kalau dulu....tak makan tak apa tapi jangan tak merokok....bila dah berhenti merokok ni,tak tau nak sedut apa....aku sedut jelah apa2 je makanan yang teragak nak makan.dan dalam masa tak sampai 2 bulan rasanya...pinggang aku dah naik 1 inchi...
diakui,ujian nak berhenti merokok ni memang banyak...lebih2 lagi kalau ada kawan2 yang suka menyakat.kadang2 tu,dihembuskan asap rokok kat muka aku.
dihulurkan sebatang rokok kat aku.bila aku taknak...memang berkepuk aku kena kutuk....tapi ada masa2nya aku hangin gak....pernah gak aku "sound" member aku,"lagi sekali ko hulur rokok tu kat aku,aku patahkan depan mata ko".bila dah kena "sound" macam tu..tak de lagi la diorang hulur kat aku....
sebenarnya,memang gigil badan bila kena sakat ni...bukan gigil marah tapi gigil nak capai rokok tu....
alah...ibarat orang berpuasa....bila ada yang makan depan korang...nak2 lak ayam goreng pakcik sarip pasar malam yang rangup dan lemak berkrim disukai ramai tu....apatah lagi bau ayam goreng tu yang....perghhhh....
boleh terbuai lena dibuatnya....camne perasaan korang?
macam tu le rasanya bila kita cuba berhenti merokok ni....hanya dengan izin ALLAH dan azam yang kuat je seseorang tu boleh berhenti merokok....
(macam-macam penyakit dapat)
alhamdulillah....
aku adalah salah seorang insan yang dipilih oleh ALLAH untuk berhenti merokok.
sejujurnya aku katakan....dalam usaha untuk berhenti merokok...aku tak gunakan apa2 petua atau ubat.semuanya adalah kehendak ALLAH.yang aku buat cuma tahan diri aku dari merokok.dan selebihnya aku cuma bertawakkal pada ALLAH.
semoga usaha aku,membuahkan hasil....
memanglah salah satu sebab aku berhenti merokok ni berpunca dari sakit dada.
tapi yang betul2 memberi kesan adalan satu ayat yang berbunyi...
"sebatang rokok,sebutir peluru,satu nyawa"
ayat ni merujuk kepada sumbangan rokok tu terhadap kekejaman israel keatas saudara2 kita di palestin...
ini info yang aku dapat dari laman PPIM...
1. Total World Population: 6.5 Billion
2. Total Muslims in the world : 2 Billion
3. Total Smokers in the world : 1.15 billion
4. Total Muslim smokers in the world :400 million
5. Largest Cigarette maker is Phillip Morris
6. Phillip Morris donates 12% profits to Israel
7. Total Muslim money to Morris $800 million DAILY
8. Average profit margin is 10%
9. Average profit for Morris is $80 million DAILY
10. Thus $9.6 million of Muslim money goes to Israel every single DAY ......yes DAY!!!
kalau korang nak tau...phillip morris ni adalah syarikat tembakau terbesar didunia....produk2 syarikat ni adalah Marlboro, Merit, L&M, Winston, Gold Cost, Coted’Or, Philadelphia, Polo, Milka, Malabar, Marabou, Prince, Benson & Hedges dan West.
bayangkanlah...400 juta orang islam yang merokok....
dan 400 juta orang yang merokok tu telah sumbangkan $9.6 juta untuk israel bantai umat islam palestin...tapi bila mintak derma untuk rakyat palestin....bukan main liat lagi....
diakuilah....tak berguna kita laung-laungkan kebencian terhadap israel kalau dalam poket tu masih ada kotak rokok....kalau kat telinga tu masih terselit sebatang rokok....kalau kat celah jari telunjuk dan hantu tu masih dikepit rokok.
kita berkata dengan penuh semangat untuk melakukan boikot keatas barangan israel....tapi lupa....patutnya rokok tu kita boikot dulu.....benda yang tak ada faedah....buat perabis duit...buat datang penyakit....
(lebih kurang macam ni la)
kalau dulu,bau asap rokok ni adalah bau yang paling wangi...tapi sekarang ni asap rokok ni dah mula berbau busuk bagi aku.....
cuma tak bestnya berhenti merokok ni bila ada kesan yang kurang elok....
1)idea susah nak datang...
sebab tu bila nak bagi pendapat,aku kena banyak kali berselawat...sebab kotak ingatan aku taknak terbukak...hahaha....
kalau dulu,bila tak ada idea....capai sebatang rokok...cukup sekali sedut...mencurah curah idea datang....
hikmah disebaliknya pulak.....banyak selawat...banyak le pahalanya dan banyak pulak keberkatan pendapat yang keluar dari mulut ni....berbeza kalau merokok...tak selawat...bila idea mencurah2....main kaut mana yang dapat....banyak la silapnya bila bertutur.....
2)mudah marah....
pernah aku balingkan joystick ps2 aku...hancur berkecai (nasib baik joystick local)
tapi alhamdulillah....bila marah je...dada mesti sakit dan banyak pulak istighfarnya....
kalau dulu....bila baran je...capai rokok....hilang le baran tu...(walaupun tak sepenuhnya) tapi tak ada la istighfar....
tapi aku anggap ni semua kesan sementara.....
cuma aku bermohon agar aku istiqamah berhenti merokok ni....
alah....senang rupanya berhenti merokok ni....ingatkan susah sangat....
hehehehe..........
SEGALA PUJI HANYA BAGIMU YA ALLAH...........AMIN....
wallahua'lam......
Thursday, June 4, 2009
tanda-tanda mati
TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kitaiaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapatdikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak.Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak!