assalamualaikum w.b.t
PROGRAM HARI KELUARGA KOMUNITI ROHINGYA
TARIKH CADANGAN:
Akhir November/Awal Disember 2010
TEMPAT:
LIPUR KANCHING, RAWANG, SELANGOR
ANJURAN:
HALAQAH.NET
DAN
MUSLIM AID
PENDAHULUAN
Menjadi pelarian di negara sendiri merupakan satu mimpi negeri kepada sesiapa jua. Namun inilah yang terjadi kepada hampir 250 000 orang pelarian Rohingya yang terus menerus mengalami penderitaan akibat pencabulan hak kemanusiaan oleh junta tentera Myanmar sejak 1978. Penderitaan mereka semakin bertambah apabila pada tahun 1982, Muslim Rohingya telah diisytiharkan sebagai pendatang asing di negara mereka sendiri. Undang-undang Burma Citizenship Law of 1982 telah menafikan hak mereka sebagai warganegara. Hal ini memaksa muslim Rohingya mencari perlindungan di negara-negara lain seperti Bangladesh, Arab Saudi, UAE, Tahiland, Malaysia dan Indonesia.
Pada tahun 1991, penghapusan etnik berlaku secara besar-besaran dan lebih suku juta telah melarikan diri ke Bangladesh dan lebih kurang 14,000 telah ke Malaysia. Dari tahun ke tahun, sejumlah kumpulan warga Rohingya telah berterusan masuk ke Malaysia sebagai pelarian. Kebanyakan pelarian ini tinggal di sekitar Kuala Lumpur iaitu sebanyak 60% dan kebanyakannya di kawasan bandar yang lain seperti di Butterworth, Pulau Pinang sebanyak 18%. Disebabkan keadaan yang mendesak, mereka tinggal di rumah kos rendah, atau di pinggiran kota dimana taraf kehidupan adalah rendah. Di Kuala Lumpur, mereka lebih tertumpu di Ampang, Cheras, Sentul dan Selayang.
Di Selayang, Madrasah Hashimiah yang menempatkan anak yatim Rohingya ini ditubuhkan atas inisiatif komuniti Rohingya sendiri diketuai oleh Ustaz Hafiz Hashim bin Qassim yang juga merupakan pelarian Rohingya. Tujuan rumah anak yatim ini ditubuhkan adalah untuk memastikan anak-anak Rohingya ini terbela dan mendapat penjagaan yang sepatutnya. Status pelarian menyebabkan mereka tidak mendapat hak yang sempurna dari segi pendidikan kesihatan dan dalam bidang pekerjaan. Oleh itu, dengan wujudnya rumah anak yatim Rohingya ini, kanak-kanak ini mendapat peluang pendidikan dengan adanya kelas-kelas yang diadakan oleh sukarelawan seperti kelas bahasa Melayu yang telah dijalankan dengan kerjasama sukarelawan yang terlibat.
Justeru itu, Muslim Aid dengan kerjasama Halaqah.net mengambil inisiatif untuk mengadakan program Hari Keluarga Komuniti Rohingya ini sebagai satu medium untuk memberi peluang kepada anak-anak yatim ini beriadah dan mempelajari sesuatu yang baru di samping memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang permasalahan yang dihadapi oleh pelarian Rohingya ini.
OBJEKTIF:
1.Memberi peluang kepada anak-anak yatim Rohingya ini untuk beriadah dan melihat ”dunia luar” memandangkan setakat ini kehidupan mereka terhad di sekitar rumah anak yatim di Selayang itu sahaja.
2.Memberi peluang kepada anak-anak yatim ini untuk berinteraksi dan bermesra dengan orang ramai.
3.Membolehkan anak-anak yatim ini mengaplikasikan matapelajaran yang diajar kepada mereka di dalam kelas yang telah dijalankan sebelum ini melalui aktiviti seperti ”treasure hunt” dan sebagainya.
4.Memberi peluang kepada orang ramai untuk mengenali anak-anak yatim ini dengan lebih dekat dan secara tidak langsung akan meningkatkan kesedaran oang ramai tentang permasalahan yang dihadapi oleh pelarian Rohingya ini.
PENGANJUR:
1.Halaqah.net
2.Muslim Aid
TARIKH CADANGAN:
Akhir November/Awal Disember 2010.
LOKASI:
Lipur Kanching, Rawang, Selangor.
KUMPULAN SASARAN:
Anak-anak yatim Rohingya, Madrasah Hashimiah (100 orang).
AKTIVITI YANG DICADANGKAN:
1.Sukaneka
- Acara balapan-lumba lari, lari berganti, lari dalam guni
- Acara tiup belon
- Acara tiub tepung
- Mengisi air ke dalam botol
- Sukan rakyat
2. Treasure Hunt (peserta akan dibahagikan mengikut kumpulan)
3. Pertandingan melukis dan mewarna.
4. Aktiviti beramah mesra dengan anak-anak yatim.
PERBELANJAAN:
1. Pengangkutan ( 2 buah bas) = rm 1000
2. Acara permainan (kos untuk peralatan dll) = rm 200
3. Hadiah = rm 500
4. Makanan = rm 500
5. Lain-lain = rm 300
JUMLAH = rm 2500
PENUTUP:
Diharap semua pihak yang berkenaan dapat dapat menghulurkan sumbangan dari segi pengalaman, peralatan dan juga kewangan bagi menjayakan program ini. Insya Allah dengan sokongan dan kerjasama yang padu daripada semua pihak, diharap program ini dapat memberi manfaat yang tidak ternilai kepada anak-anak yatim Rohingya ini khususnya serta membantu mengurangkan permasalahan pelarian Rohingya secara amnya.
UNTUK SEBARANG PERTANYAAN, SILA HUBUNGI:
Muhammad Bin Kamarulazizi
Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia
(Pengurus Pembangunan Program)
012-3377195
Emel: Muhammad@muslimaidasia.com
Rahman Bin Wahab
Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia
(Pengarah Program)
019-6157776
Emel: ar_rahman@yahoo.com
KEPADA YANG INGIN MEMBERIKAN SUMBANGAN,BOLEH E-MAIL KEPADA SAYA ATAU MUHAMMAD TERLEBIH DAHULU...WALLAHUA'LAM
No comments:
Post a Comment