Sunday, June 7, 2009

mutiara kata

salam dari melaka....

Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal. -Saidina Ali bin Abi Thalib

Sesungguhnya orang yang jujur denganmu ialah yang selalu bersamamu, yang bersedia mengorbankan dirinya untuk dirimu. Dan apabila zaman berganti tidak memutuskan hubungan denganmu, sekalipun bercerai denganmu, rasa persahabatan tetap untukmu. -Saidina Ali
bin Abi Thalib

Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari.-Saidina Ali bin Abi Thalib

Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang.-Saidina Ali bin Abi Thalib

Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi pemandu untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya.-Saidina Ali bin Abi Thalib.

Apabila sempurna akal, kurang perkataan.-Saidina Ali bin Abi Thalib.

Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka ialah jahil.-Saidina Ali bin Abi Thalib.

Lebih sedikit orang menggunakan akalnya, lebih banyak pula ia berkata-kata.-Saidina Ali bin Abi Thalib.

Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar.
Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan.
Sahabat sejati menjadi pendorong impian.
Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.


Sahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada disisimu ketika kamu memerlukan sokongan walaupun saat itu mereka sepatutnya berada di tempat lain yang lebih menyeronokkan.

Supaya engkau beroleh sahabat, hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang -Hamka

Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia ,umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa

Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.

Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu

Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah

Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.

Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan.

janganlah berputus asa.tetapi jika anda berada dalam keadaan putus asa,maka berjuanglah terus meskipun dalam keadaan putus asa.

Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang di sekelilingmu tersenyum.
Jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan orang-orang di sekelilingmu menangis.

Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan, seperti durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sebab manis di dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum baunya

Pandanglah segala sesuatu dari kacamata oranglain. Apabila hal itu menyakitkan hatimu, sangat mungkin hal itu menyakitkan hati orang lain pula.

Pandanglah sifat kekurangan yang ada pada dirimu, nescaya kamu akan dapat memandang sifat kesempurnaan yang ada pada Tuhanmu, maka akan lenyaplah segala sifat yang ada pada dirimu.

2 comments:

BUJANG SUSAH said...

nice posting man...

rahmanw said...

salam....
terima kasih bro..