salam dari selayang.....
alhamdulillah...pagi tadi berkesempatan menyertai program futsal antara halaqah.net dan anak2 yatim ASDAF....
sedikit gambar ketika program.....
Saturday, February 27, 2010
Thursday, February 18, 2010
10 wasiat Imam Syafie
salam dari melaka.....
Diriwayatkan sebelum Imam Syafie kembali ke rahmatullah,beliau sempat berwasiat kepada sebahagian daripada anak muridnya yang boleh dijadikan panduan kepada ummat Islam.
"Sesiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat,maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara:
1 - hak kepada diri - mengurangkan tidur,mengurangkan makan,mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
2 - hak kepada malaikat maut - mengqada'kan kewajipan yang tertinggal,mendapat kemaafan dari orang yang dizalimi,membuat persediaan untuk menghadapi mati dan merasakan cinta kepada ALLAH.
3 - hak kepada kubur - membuang tabiat suka menabur fitnah,membuang tabiat suka kencing merata-rata,memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
4 - hak kepada munkar dan nakir - tidak berdusta,berkata benar,meninggalkan maksiat dan nasihat-menasihati.
5 - hak kepada mizan (neraca timbangan amal) - menahan kemarahan,banyak berzikir,mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesulitan.
6 - hak kepada sirat - membuang tabiat suka mengumpat,warak,suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.
7 - hak kepada Malik (malaikat penjaga neraka) - menangis kerana takut kepada ALLAH,berbuat baik kepada ibubapa,bersedekah ketika terang-terangan atau sembunyi dan memperelokkan akhlak.
8 - hak kepada Ridhwan (malaikat penjaga syurga) - berasa redha dengan qada' ALLAH,bersabar apabila ditimpa bala,bersyukur keatas nikmat ALLAH dan bertaubat daripada melakukan maksiat.
9 - hak kepada Nabi SAW - berselawat keatasnya,berpegang teguh dengan syariat,bergantung kepada As-Sunnah (hadith),menyayangi sahabat dan bersaing dalam mencari kelebihan dari ALLAH.
10- hak kepada ALLAH - mengajak manusia kearah kebaikan,mencegah manusia daripada keburukan,menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Monday, February 15, 2010
diari latihan futsal
salam dari selayang.....
ALHAMDULILLAH....
semalam (14/02/10) saya dan seorang sukarelawan dari HALAQAH.NET berkesempatan mengadakan latihan bolasepak kepada anak2 yatim pelarian rohingya sebagai persiapan untuk menghadapi pertandingan futsal pada bulan tiga ini....
walaupun dalam keadaan serba kekurangan dari segi peralatan sukan...namun mereka menjalani latihan dengan penuh semangat....
sedikit gambar yang sempat diambil....

Saturday, February 13, 2010
sambung mengecat
salam dari selayang.....
ALHAMDULILLAH.....sekali lagi berkesempatan melakukan kerja amal mengecat di Sekolah Pusat Pertuturan Kiu.....
sampai di sekolah dalam pukul 9 lebih....buat perbincangan lebih kurang....kerja kerja mengecatpun dijalankan.....
oleh kerana tiada pengumuman dibuat,kehadiran cuma saya dan dua orang sukarelawan dari HALAQAH.NET.
selesai melakukan kerja kerja mengecat dalam pukul 3.20 petang....
sedikit gambar yang sempat di ambil.....

Monday, February 8, 2010
latihan futsal anak yatim rohingya
salam dari selayang.....
ALHAMDULILLAH....selepas balik dari kerja...berkesempatan adakan latihan untuk anak anak rohingya ni....
kelihatan ada 2-3 orang yang berpotensi untuk dijadikan "killer striker" yang mampu menggegarkan gawang juara bertahan piala siti khadijah....hehehe...
gambar gambar yang sempat saya ambil.....
kepada yang ingin menyumbangkan peralatan futsal seperti kasut,bola atau jersi...boleh e-mail kepada saya: ar_rahmanw@yahoo.com atau menghubungi muhammad ditalian 03-22881996.sumbangan anda akan dikecualikan dari cukai.
balik dari latihan....dapat tau dua ekor kucing makcik saya melahirkan anak pada hari yang sama...tomel....tomel....

OFF TOPIC

Saturday, February 6, 2010
gotong-royong di Sekolah Pusat Pertuturan kiu
salam dari selayang.....
ALHAMDULILLAH....dengan limpah kurnia dan keizinan dariNYA,saya dapat menghadiri satu program gotong-royong mengecat bangunan sekolah pusat pertuturan kiu.....
walaupun terlewat sampai....tapi mujur masih ada banyak lagi kerja yang perlu dibuat.sekurang kurangnya berbaloi la pergi sana....
sedikit gambar yang boleh dibuat kenangan.....

pintu masuk sekolah
berehat sebentar
pengalaman kerja mengecat digunakan sepenuhnya
salah seorang sukarelawan halaqah yang mengambil bahagian
kerja yang hampir siap
sempat bermain bola dengan adik ni

inilah hasilnya
terima kasih diucapkan kepada cikgu fasehah (halaqah.net) kerana sudi mengundang saya untuk bersama sama menjayakan program ini...dan terima kasih juga atas segala layanan.....
kepada sesiapa yang ingin mengetahui apakah itu KIU....
disini saya sertakan sedikit info.....
APAKAH ITU KIU???
Kiu Merupakan satu bentuk pertuturan yang unik di mana setiap yang ditutur dapat dilihat dan dibaca oleh mereka yang cacat pendengaran melalui kombinasi posisi dan bentuk tangan yang disertakan dengan pergerakan bibir dan suara.
Bentuk tangan dengan posisi tertentu yang mengiringi butir pertuturan membolehkan golongan istimewa ini mengenal pasti setiap sukukata yang membentuk setiap patah perkataan dengan jelas sebagaimana mereka yang normal mendengar setiap sukukata yang membentuk setiap patah perkataan dalam ayat yang diucapkan.
Justeru, kanak-kanak istimewa ini mampu menguasai sesuatu bahasa sekurang-kurangnya bahasa ibunda mereka. Keupayaan mereka menguasai bahasa samada bahasa pertuturan mahu pun bahasa penulisan memberikan mereka peluang untuk menimba ilmu setinggi mungkin di samping berupaya untuk menyumbang kepada produktiviti negara.
Kedudukan danBentuk tangan untuk Bahasa malaysia
Kedudukan dan Bentuk Tanagn untuk B.Inggeris
Kedudukan dan Bentuk Tangan Arabic- untuk mengaji
Kaedah Pertuturan Kiu diperkenalkan oleh Dr. R Orin Cornett pada tahun 1967. Beliau merupakan Naib Presiden Kolej Gallaudet (kini menjadi universiti) yang terletak di Washington D.C. Universiti ini merupakan satu-satunya institusi pengajian tinggi di dunia yang khusus untuk pelajar cacat pendengaran.
Sayangnya kaedah ini tidak begitu berjaya di Amerika dan juga di negara lain yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan. Sebab utamanya adalah kerana wujudnya pelbagai variasi bahasa tersebut di samping sistem ejaan yang agak mengelirukan. Contohnya, bahasa Inggeris yang digunakan oleh rakyat British sedikit berbeza dengan yang digunakan di Amerika mahupun di Australia.

Pengasas Kaedah Pertuturan Kiu

wallahua'lam.....
Subscribe to:
Posts (Atom)