Saturday, February 6, 2010

gotong-royong di Sekolah Pusat Pertuturan kiu

salam dari selayang.....

ALHAMDULILLAH....dengan limpah kurnia dan keizinan dariNYA,saya dapat menghadiri satu program gotong-royong mengecat bangunan sekolah pusat pertuturan kiu.....

walaupun terlewat sampai....tapi mujur masih ada banyak lagi kerja yang perlu dibuat.sekurang kurangnya berbaloi la pergi sana....

sedikit gambar yang boleh dibuat kenangan.....

pintu masuk sekolah



berehat sebentar



pengalaman kerja mengecat digunakan sepenuhnya



salah seorang sukarelawan halaqah yang mengambil bahagian



kerja yang hampir siap



sempat bermain bola dengan adik ni



inilah hasilnya


terima kasih diucapkan kepada cikgu fasehah (halaqah.net) kerana sudi mengundang saya untuk bersama sama menjayakan program ini...dan terima kasih juga atas segala layanan.....

kepada sesiapa yang ingin mengetahui apakah itu KIU....
disini saya sertakan sedikit info.....


APAKAH ITU KIU???

Kiu Merupakan satu bentuk pertuturan yang unik di mana setiap yang ditutur dapat dilihat dan dibaca oleh mereka yang cacat pendengaran melalui kombinasi posisi dan bentuk tangan yang disertakan dengan pergerakan bibir dan suara.
Bentuk tangan dengan posisi tertentu yang mengiringi butir pertuturan membolehkan golongan istimewa ini mengenal pasti setiap sukukata yang membentuk setiap patah perkataan dengan jelas sebagaimana mereka yang normal mendengar setiap sukukata yang membentuk setiap patah perkataan dalam ayat yang diucapkan.
Justeru, kanak-kanak istimewa ini mampu menguasai sesuatu bahasa sekurang-kurangnya bahasa ibunda mereka. Keupayaan mereka menguasai bahasa samada bahasa pertuturan mahu pun bahasa penulisan memberikan mereka peluang untuk menimba ilmu setinggi mungkin di samping berupaya untuk menyumbang kepada produktiviti negara.



Kedudukan danBentuk tangan untuk Bahasa malaysia



Kedudukan dan Bentuk Tanagn untuk B.Inggeris



Kedudukan dan Bentuk Tangan Arabic- untuk mengaji




Pengasas Kaedah Pertuturan Kiu




Kaedah Pertuturan Kiu diperkenalkan oleh Dr. R Orin Cornett pada tahun 1967. Beliau merupakan Naib Presiden Kolej Gallaudet (kini menjadi universiti) yang terletak di Washington D.C. Universiti ini merupakan satu-satunya institusi pengajian tinggi di dunia yang khusus untuk pelajar cacat pendengaran.
Sayangnya kaedah ini tidak begitu berjaya di Amerika dan juga di negara lain yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan. Sebab utamanya adalah kerana wujudnya pelbagai variasi bahasa tersebut di samping sistem ejaan yang agak mengelirukan. Contohnya, bahasa Inggeris yang digunakan oleh rakyat British sedikit berbeza dengan yang digunakan di Amerika mahupun di Australia.

wallahua'lam.....

4 comments:

DNA said...

aku jugak yang selalu tertingal..
huhuhu...

rahmanw said...

salam....
takpe bro....ni bukan anjuran shukur....tapi halaqah...

ummuhanah said...

lawo bangunan warna coklat....rasa macam nak jilat....teringat kat cadburry...
berbakat mengecat rupanya ekau ya rahman

rahmanw said...

salam....

kakcik-dulu pernah keje mengecat flat....jadi tak ada masalah sangat la nak mengecat ni....tang warna tu pihak sekolah yang pilih...den tukang cat je...hehehe...