Thursday, February 18, 2010

10 wasiat Imam Syafie

salam dari melaka.....

Diriwayatkan sebelum Imam Syafie kembali ke rahmatullah,beliau sempat berwasiat kepada sebahagian daripada anak muridnya yang boleh dijadikan panduan kepada ummat Islam.
"Sesiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat,maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara:

1 - hak kepada diri - mengurangkan tidur,mengurangkan makan,mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
2 - hak kepada malaikat maut - mengqada'kan kewajipan yang tertinggal,mendapat kemaafan dari orang yang dizalimi,membuat persediaan untuk menghadapi mati dan merasakan cinta kepada ALLAH.
3 - hak kepada kubur - membuang tabiat suka menabur fitnah,membuang tabiat suka kencing merata-rata,memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
4 - hak kepada munkar dan nakir - tidak berdusta,berkata benar,meninggalkan maksiat dan nasihat-menasihati.
5 - hak kepada mizan (neraca timbangan amal) - menahan kemarahan,banyak berzikir,mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesulitan.
6 - hak kepada sirat - membuang tabiat suka mengumpat,warak,suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.
7 - hak kepada Malik (malaikat penjaga neraka) - menangis kerana takut kepada ALLAH,berbuat baik kepada ibubapa,bersedekah ketika terang-terangan atau sembunyi dan memperelokkan akhlak.
8 - hak kepada Ridhwan (malaikat penjaga syurga) - berasa redha dengan qada' ALLAH,bersabar apabila ditimpa bala,bersyukur keatas nikmat ALLAH dan bertaubat daripada melakukan maksiat.
9 - hak kepada Nabi SAW - berselawat keatasnya,berpegang teguh dengan syariat,bergantung kepada As-Sunnah (hadith),menyayangi sahabat dan bersaing dalam mencari kelebihan dari ALLAH.
10- hak kepada ALLAH - mengajak manusia kearah kebaikan,mencegah manusia daripada keburukan,menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

4 comments:

Ros Illiyyuun said...
This comment has been removed by the author.
Ros Illiyyuun said...

Salam,
Artikel ni amat menarik. InsyaAllah akan dijadikan panduan dalam meniti hidup ini. Moga berjaya di dunia dan akhirat nan abadi.Ameen.

adeq said...
This comment has been removed by the author.
Miss jane said...
This comment has been removed by a blog administrator.