Sunday, May 24, 2009

bersahabat

salam dari melaka.....

sahabat yang menunjukkan kebaikan kepada kita adalah sahabat yang baik dan sahabat yang menunjukkan keburukan kita adalah sahabat yang paling baik.

Ubadah Ibn As-Samit berkata: “Rasulullah s.a.w. mengikat janji dengan kami supaya dengar dan patuh ketika susah dan senang, yang disukai dan dibenci dan jangan merebut sesuatu dari tuannya kecuali ada bukti kekufurannya.Begitu juga, kami hendaklah berkata benar di mana saja kami berada tanpa takut akan penghinaan daripada seseorang yang suka menghina, semata-mata kerana Allah.” (HR Muslim)

tugas atau peranan seorang sahabat bukan sahaja membantu sahabatnya dikala kesusahan,tetapi meliputi segala hal termasuklah menegur kesalahan dan kesilapan yang telah dilakukan oleh sahabatnya malah dalam hal menutup keaiban yang telah dilakukan oleh sahabatnya juga sangat ditekankan oleh Rasulullah SAW sebagaimana didalam Sabdanya yang bermaksud:

Tidaklah seorang hamba yang menutup keaiban hamba yang lain melainkan Allah akan menutup keaibannya pada hari khiamat.(HR Muslim)

Siapa yang melihat suatu keaiban lalu menutupnya, ia mendapat ganjaran seperti menghidupkan anak perempuan yang ditanam hidup-hidup.(HR Abu Daud Dan Ahmad).

tidaklah dinafikan walau betapa baik seorang sahabat itu,pasti dia akan melakukan kesilapan samada dia sedar atau diluar pengetahuannya.maka ianya menjadi tanggungjawab kita untuk menegurnya dan bukanlah menyebarkan keaibannya dimata orang lain.
sebagaimana hadith Rasulullah yang bermaksud:

Perumpamaan orang yang beriman dalam berkasih-sayang, belas kasihan dan lemah-lembutnya bagaikan satu tubuh, apabila salah- satu anggotanya mengadu kesakitan, semua anggota lain turut berjaga malam dan demam.(Hadis Mutaffaqun 'alaih)

maka perlulah kita sedari bahawa menyakiti hati sahabat kita seolah olah kita menyakiti hati dan perasaan kita kerana secara tidak langsung pandangan orang terhadap keburukan sahabat kita,sedikit sebanyak akan terpalit pada batang tubuh kita sendiri.

pernah juga diceritakan didalam sebuah hadith berkenaan seorang lelaki yang hendak melawat saudaranya kerana ALLAH:

Allah telah mengutuskan malaikat kepada seorang lelaki semasa dalam perjalanan untuk menziarahi saudaranya kerana Allah”. Lalu malaikat bertanya: “Nak kemana?” Dijawab: “Aku mahu menziarah saudara ku… … ..” Tanya malaikat lagi: Untuk apa?” lelaki itu menjawab: Tiada apa-apa tujuan.” Ditanya lagi: “Apa hubungan dengan kamu?” Lalu dijawab oleh lelaki itu:” Tiada apa-apa hubungan.” Ditanya lagi: ” Apa budinya kepada kamu?” Dijawab:”Tiada apa-apa pun.” Ditanya lagi:” Apa tujuannya?” Lelaki itu menjawab:Aku mencintainya kerana Allah.” Berkata malaikat: sesungguhnya Allah telah mengutusku kepada mu untuk memberitahu bahawa kerana kecintaanmu kepadanya maka ALLAH telah mengizinkan kamu memasuki syurgaNYA.” (HR Muslim)

kisah ini adalah kesinambungan dari hadith Rasulullah yang bermaksud:

Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya. Pemimpin yand adil; pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT; seseorang yang hatinya terpaut pada masjid; 2 lelaki yang berkasih sayang dan bertemu dan berpisah kerana Allah SWT; lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah; seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehinggakan tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya; dan seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT.(HR Muslim)

persahabatan juga adalah cabang untuk menuju akhirat.kesilapan dalam memilih sahabat akan merosakkan diri malah bertambah buruk akan menjerumus kita kedalam api neraka.
siapakah sahabat yang mampu membawa kebaikan kepada kita?
Rasulullah SAW Bersabda yang bermaksud:

Jangan kamu bersahabat melainkan dengan orang yang beriman dan jangan berikan makan kecuali kepada orang yang bertaqwa.” (HR Tirmizi dan Abu Daud).

dan siapa pula sahabat yang akan memberi kemudaratan kepada kita? Rasulullah SAW Bersabda yang bermaksud:

Jauhilah kawan yang buruk (akhlak dan perangainya), kamu akan kenali sepertinya:”Sabda Baginda lagi:”Seseorang itu berada atas cara hidup kawannya, maka perhatikanlah tiap seorang daripada kamu, siapakah yang didampinginya.” (HR Tirmizi dan Abu Daud).

dan Rasulullah SAW juga pernah Bersabda yang membawa maksud:

Orang yang bergaul dengan orang yang soleh dan orang yang bergaul dengan orang yang jahat ibarat orang yang membawa kasturi dan orang yang menghembus alat menyalakan api. Orang yang membawa kasturi, samada ia memberikannya kepada kamu, atau kamu membelinya, atau mendapat bau yang baik. Manakala orang yang meniup alat menyalakan api, sama ada ia akan membakar pakaian kamu atau mendapat bau yang busuk.(HR bukhari dan muslim).

maka barangsiapa ingin menjadi sahabat yang terbaik diantara yang terbaik dan mendapat perlindungan ALLAH di akhirat kelak,hendaklah ia mengikuti saranan Nabi SAW sebagaimana Sabdanya yang bermaksud:

Seorang Muslim dengan Muslim yang lain adalah bersaudara, dia tidak menzaliminya dan tidak mengelakkan diri daripada menolongnya, sesiapa yang melepas hajatnya, sesiapa yang melepaskan saudaranya daripada sesuatu kesempitan, maka Allah akan melepaskan satu kesempitan daripada kesempitan-kesempitan hari kiamat, dan sesiapa yang menutup (keaiban) saudaranya, maka Allah akan melindunginya pada hari kiamat.”(HR Bukhari dan Muslim).

No comments: