Tuesday, May 26, 2009

don't judge a book by it's cover

salam dari melaka....

seringkali aku terjumpa istilah don't judge a book by it's cover yang sering digunakan bagi memberi peringatan agar tidak menilai seseorang itu hanya melalui luaran...
memanglah tidak dinafikan ada kebenarannya pada istilah ini...tapi bukankah penilaian pertama seseorang pada sesebuah buku tu adalah melalui kulitnya?
begitulah juga jika kita lihat pada hakikat kehidupan bilamana penilaian pertama kita pada seseorang tu adalah melalui penampilannya.
mencipta kulit buku boleh kita anggap satu strategi oleh penulis atau penerbit untuk melariskan sesebuah buku itu.dan boleh dikatakan semakin menarik kulitnya (samada tulisan atau gambar),semakin kuat keinginan seseorang itu untuk membelinya.tetapi bolehkah kita samakan istilah ini dengan kehidupan nyata?
perlu kita ketahui,penilaian manusia terhadap buku dan penilaian manusia terhadap manusia itu sendiri adalah dua perkara yang berbeza.
kulit tidak akan mengubah kualiti sesebuah buku itu.samada penulisannya bagus atau tidak ianya bergantung kepada siapa yang menjadi pengarangnya.
akan tetapi penilaian seseorang terhadap seseorang yang lain sentiasa berubah-ubah,tidak hanya melihat pada penampilan malah cara pergaulan dan cara kehidupan juga diambil kira.
sebagai contoh,kita baru mengenali seseorang yang berpakaian compang camping.maka apakah tafsiran pertama kita terhadapnya?papa kedana?pencuri?penagih dadah?
bagaimana pula ketika kita bertemu dengan seseorang yang berpakaian segak?tentu kita akan menganggap dia seorang yang kaya,usahawan atau seseorang yang berkehidupan stabil kan?
tak dinafikan penilaian begini sering berlaku.kerana tanggapan manusia adalah mengikut apa yang dilihatnya walaupun setiap manusia mempunyai pendapat yang berbeza.
sebenarnya biarpun kita dibohongi dengan kulit luaran yang cantik....dan terus dibohongi dengan isi2 buku itu yang tidak menarik.....tapi dalam hal sebeginipun
kita sebenarnya mendapat satu ilmu yang takkan kita dapat kalau kita tak habiskan membaca buku itu.....
itulah ilmu yang dinamakan pengalaman...
begitulah dalam kehidupan,kita adalah pembaca dan ALLAH adalah pengarangnya.biarpun kita rasa kita ditipu tapi kita sebenarnya masih tidak nampak perkara yang tersirat disebaliknya.samalah juga dalam hal perhubungan dengan seseorang.apabila mata kita dikaburi dengan keburukan dan salah sangka,kita lupa pada secebis kebaikan yang telah dihulurkan oleh seseorang itu kepada kita.
maka perlukah kita terus menjadi orang yang menilai dan terus menilai tanpa melakukan apa2 perubahan terhadap seseorang itu?perlukah kita membiarkan seseorang yang cantik penampilannya terus menerus dengan keburukan dalamannya sedangkan kita mempunyai keupayaan untuk memperbaiki seseorang itu dengan izin ALLAH?

WALLAHUA'LAM






3 comments:

FAZA @ IMA said...

ima sgt setuju.. dan ima selalu tgk luar buku dulu. :P

DNA said...

kalau aku pulak tengok kat belakang buku, sebab nak baca apa yang tertulis kat belakang. :-)

rahmanw said...

salam....
aku lak suka baca sokkabau dari belakang dulu...dah macam baca jawi la pulak....heheheh