Wednesday, May 27, 2009

Ibrahim Bin Adham dan seekor gagak

salam dari melaka.....

Pada zaman dahulu,ada seorang abid yang bernama Ibrahim Bin Adham.Pada suatu saat dia keluar rumah menuju tanah lapang dan apabila sampai ketempat dituju,lalu dia membentangkan kainnya untuk makan di atasnya.

Saat mulai makan,tiba2 datanglah seekor burung gagak mengambil sepotong roti lalu terbang semula ke udara.Melihat hal umpama ini,Ibrahim merasa hairan sehingga ibrahim berusaha mengejarnya dengan mengunggang kuda.Burung yang dikejarnya sampai pada gunung dan akhirnya lenyaplah dari pandangannya.

Kemudian Ibrahim naik ke atas gunung dan mencari burung tersebut.Di kala Ibrahim berusaha mendekati,maka terbangkal burung itu dan saat itu juga Ibrahim melihat lelaki dalam keadaan terikat.

Melihat hal umpama ini,lalu ibrahim turun dari kudanya lalu berusaha melepaskan orang itu dari ikatannya.Lalu Ibrahim menanya keadaan orang tersebut,lantas orang itu berkata:
"aku adalah saudagar,kemudian datanglah perompak dan merampas hartabendaku kesemuanya.setelah itu diikatnya selama tujuh hari.setiap hari burung gagak datang kepadaku sambil membawa roti dan bertenggek di atas dadaku serta menyuapkan roti kepadaku dan Allah tidak membiarkan hidupku dalam kelaparan sejak hari2 itu.

Selesai mendengar cerita itu,lalu Ibrahim berusaha menghantar orang itu dengan mengenderai kuda sampai kekediamannya.
Kemudian Ibrahim Bin Adham bertaubat kepada Allah dan semua pakaian mewah ditinggalkannya,lalu memakai pakaian yang sederhana dan membebaskan hamba sahayanya serta mewaqafkan rumah dan harta bendanya.

Setelah itu dia pergi ke Mekah dengan bertongkat tanpa membawa bekalan,kenderaan dan dia hanya bertawakkal kepada Allah.
Sekalipun tanpa bekalan,dia tidak merasa lapar hingga sampai pada tempat yang dituju yakni Mekah dan terus menuju ke ka'bah untuk mengungkapkan rasa syukur kepada Allah dengan memujiNya.


mutiara hikmah........

Berkenalanlah kepada Allah pada waktu senang nescaya Allah akan kenal kepada anda pada waktu susah.
Orang yang mendekati Allah sehasta,Allah akan mendekatinya sedepa.
Orang yang menuju kepada Allah dengan berjalan kaki maka Allah akan menujunya secara berlari.

Wallahua'lam........

Tuesday, May 26, 2009

don't judge a book by it's cover

salam dari melaka....

seringkali aku terjumpa istilah don't judge a book by it's cover yang sering digunakan bagi memberi peringatan agar tidak menilai seseorang itu hanya melalui luaran...
memanglah tidak dinafikan ada kebenarannya pada istilah ini...tapi bukankah penilaian pertama seseorang pada sesebuah buku tu adalah melalui kulitnya?
begitulah juga jika kita lihat pada hakikat kehidupan bilamana penilaian pertama kita pada seseorang tu adalah melalui penampilannya.
mencipta kulit buku boleh kita anggap satu strategi oleh penulis atau penerbit untuk melariskan sesebuah buku itu.dan boleh dikatakan semakin menarik kulitnya (samada tulisan atau gambar),semakin kuat keinginan seseorang itu untuk membelinya.tetapi bolehkah kita samakan istilah ini dengan kehidupan nyata?
perlu kita ketahui,penilaian manusia terhadap buku dan penilaian manusia terhadap manusia itu sendiri adalah dua perkara yang berbeza.
kulit tidak akan mengubah kualiti sesebuah buku itu.samada penulisannya bagus atau tidak ianya bergantung kepada siapa yang menjadi pengarangnya.
akan tetapi penilaian seseorang terhadap seseorang yang lain sentiasa berubah-ubah,tidak hanya melihat pada penampilan malah cara pergaulan dan cara kehidupan juga diambil kira.
sebagai contoh,kita baru mengenali seseorang yang berpakaian compang camping.maka apakah tafsiran pertama kita terhadapnya?papa kedana?pencuri?penagih dadah?
bagaimana pula ketika kita bertemu dengan seseorang yang berpakaian segak?tentu kita akan menganggap dia seorang yang kaya,usahawan atau seseorang yang berkehidupan stabil kan?
tak dinafikan penilaian begini sering berlaku.kerana tanggapan manusia adalah mengikut apa yang dilihatnya walaupun setiap manusia mempunyai pendapat yang berbeza.
sebenarnya biarpun kita dibohongi dengan kulit luaran yang cantik....dan terus dibohongi dengan isi2 buku itu yang tidak menarik.....tapi dalam hal sebeginipun
kita sebenarnya mendapat satu ilmu yang takkan kita dapat kalau kita tak habiskan membaca buku itu.....
itulah ilmu yang dinamakan pengalaman...
begitulah dalam kehidupan,kita adalah pembaca dan ALLAH adalah pengarangnya.biarpun kita rasa kita ditipu tapi kita sebenarnya masih tidak nampak perkara yang tersirat disebaliknya.samalah juga dalam hal perhubungan dengan seseorang.apabila mata kita dikaburi dengan keburukan dan salah sangka,kita lupa pada secebis kebaikan yang telah dihulurkan oleh seseorang itu kepada kita.
maka perlukah kita terus menjadi orang yang menilai dan terus menilai tanpa melakukan apa2 perubahan terhadap seseorang itu?perlukah kita membiarkan seseorang yang cantik penampilannya terus menerus dengan keburukan dalamannya sedangkan kita mempunyai keupayaan untuk memperbaiki seseorang itu dengan izin ALLAH?

WALLAHUA'LAM






Sunday, May 24, 2009

bersahabat

salam dari melaka.....

sahabat yang menunjukkan kebaikan kepada kita adalah sahabat yang baik dan sahabat yang menunjukkan keburukan kita adalah sahabat yang paling baik.

Ubadah Ibn As-Samit berkata: “Rasulullah s.a.w. mengikat janji dengan kami supaya dengar dan patuh ketika susah dan senang, yang disukai dan dibenci dan jangan merebut sesuatu dari tuannya kecuali ada bukti kekufurannya.Begitu juga, kami hendaklah berkata benar di mana saja kami berada tanpa takut akan penghinaan daripada seseorang yang suka menghina, semata-mata kerana Allah.” (HR Muslim)

tugas atau peranan seorang sahabat bukan sahaja membantu sahabatnya dikala kesusahan,tetapi meliputi segala hal termasuklah menegur kesalahan dan kesilapan yang telah dilakukan oleh sahabatnya malah dalam hal menutup keaiban yang telah dilakukan oleh sahabatnya juga sangat ditekankan oleh Rasulullah SAW sebagaimana didalam Sabdanya yang bermaksud:

Tidaklah seorang hamba yang menutup keaiban hamba yang lain melainkan Allah akan menutup keaibannya pada hari khiamat.(HR Muslim)

Siapa yang melihat suatu keaiban lalu menutupnya, ia mendapat ganjaran seperti menghidupkan anak perempuan yang ditanam hidup-hidup.(HR Abu Daud Dan Ahmad).

tidaklah dinafikan walau betapa baik seorang sahabat itu,pasti dia akan melakukan kesilapan samada dia sedar atau diluar pengetahuannya.maka ianya menjadi tanggungjawab kita untuk menegurnya dan bukanlah menyebarkan keaibannya dimata orang lain.
sebagaimana hadith Rasulullah yang bermaksud:

Perumpamaan orang yang beriman dalam berkasih-sayang, belas kasihan dan lemah-lembutnya bagaikan satu tubuh, apabila salah- satu anggotanya mengadu kesakitan, semua anggota lain turut berjaga malam dan demam.(Hadis Mutaffaqun 'alaih)

maka perlulah kita sedari bahawa menyakiti hati sahabat kita seolah olah kita menyakiti hati dan perasaan kita kerana secara tidak langsung pandangan orang terhadap keburukan sahabat kita,sedikit sebanyak akan terpalit pada batang tubuh kita sendiri.

pernah juga diceritakan didalam sebuah hadith berkenaan seorang lelaki yang hendak melawat saudaranya kerana ALLAH:

Allah telah mengutuskan malaikat kepada seorang lelaki semasa dalam perjalanan untuk menziarahi saudaranya kerana Allah”. Lalu malaikat bertanya: “Nak kemana?” Dijawab: “Aku mahu menziarah saudara ku… … ..” Tanya malaikat lagi: Untuk apa?” lelaki itu menjawab: Tiada apa-apa tujuan.” Ditanya lagi: “Apa hubungan dengan kamu?” Lalu dijawab oleh lelaki itu:” Tiada apa-apa hubungan.” Ditanya lagi: ” Apa budinya kepada kamu?” Dijawab:”Tiada apa-apa pun.” Ditanya lagi:” Apa tujuannya?” Lelaki itu menjawab:Aku mencintainya kerana Allah.” Berkata malaikat: sesungguhnya Allah telah mengutusku kepada mu untuk memberitahu bahawa kerana kecintaanmu kepadanya maka ALLAH telah mengizinkan kamu memasuki syurgaNYA.” (HR Muslim)

kisah ini adalah kesinambungan dari hadith Rasulullah yang bermaksud:

Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya. Pemimpin yand adil; pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT; seseorang yang hatinya terpaut pada masjid; 2 lelaki yang berkasih sayang dan bertemu dan berpisah kerana Allah SWT; lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah; seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehinggakan tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya; dan seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT.(HR Muslim)

persahabatan juga adalah cabang untuk menuju akhirat.kesilapan dalam memilih sahabat akan merosakkan diri malah bertambah buruk akan menjerumus kita kedalam api neraka.
siapakah sahabat yang mampu membawa kebaikan kepada kita?
Rasulullah SAW Bersabda yang bermaksud:

Jangan kamu bersahabat melainkan dengan orang yang beriman dan jangan berikan makan kecuali kepada orang yang bertaqwa.” (HR Tirmizi dan Abu Daud).

dan siapa pula sahabat yang akan memberi kemudaratan kepada kita? Rasulullah SAW Bersabda yang bermaksud:

Jauhilah kawan yang buruk (akhlak dan perangainya), kamu akan kenali sepertinya:”Sabda Baginda lagi:”Seseorang itu berada atas cara hidup kawannya, maka perhatikanlah tiap seorang daripada kamu, siapakah yang didampinginya.” (HR Tirmizi dan Abu Daud).

dan Rasulullah SAW juga pernah Bersabda yang membawa maksud:

Orang yang bergaul dengan orang yang soleh dan orang yang bergaul dengan orang yang jahat ibarat orang yang membawa kasturi dan orang yang menghembus alat menyalakan api. Orang yang membawa kasturi, samada ia memberikannya kepada kamu, atau kamu membelinya, atau mendapat bau yang baik. Manakala orang yang meniup alat menyalakan api, sama ada ia akan membakar pakaian kamu atau mendapat bau yang busuk.(HR bukhari dan muslim).

maka barangsiapa ingin menjadi sahabat yang terbaik diantara yang terbaik dan mendapat perlindungan ALLAH di akhirat kelak,hendaklah ia mengikuti saranan Nabi SAW sebagaimana Sabdanya yang bermaksud:

Seorang Muslim dengan Muslim yang lain adalah bersaudara, dia tidak menzaliminya dan tidak mengelakkan diri daripada menolongnya, sesiapa yang melepas hajatnya, sesiapa yang melepaskan saudaranya daripada sesuatu kesempitan, maka Allah akan melepaskan satu kesempitan daripada kesempitan-kesempitan hari kiamat, dan sesiapa yang menutup (keaiban) saudaranya, maka Allah akan melindunginya pada hari kiamat.”(HR Bukhari dan Muslim).

Friday, May 22, 2009

sakit yang bahagia.

salam dari melaka....

kesihatan tak berapa nak baik buat masa ni.dalam keadaan selesema,terpaksa pula kerja di tempat yang berhabuk,makin bertambah-tambah selesemanya sampaikan pedih hidung ni sebab terlalu kerap buang hingus.tak tau kenapa,setiap kali selesema,pasti akan disusuli demam dan batuk.
Ya Allah,malulah aku kalau aku tak mampu menanggung ujian sekecil ini...
aku teringat dengan satu hadis Rasulullah SAW yang bermaksud,"
Seorang muslim itu tidak ditimpa sesesuatu dari keletihan, penyakit, masalah (kebingungan), kesedihan (kerana kehilangan sesuatu), kesengsaraan dan duka cita sehinggakan (kepada) duri yang menusuknya (menyakitinya), kecuali Allah menghapuskan (mengampunkan) dengan sebabnya sebahagian daripada dosa-dosanya” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
sakit ni nikmat sebenarnya.sebab jarang kita rasa dan jarang kita alami,apatah lagi ianya mampu menghapuskan dosa jika kita redha dan bersabar.para sahabat Rasulullah akan rasa gelisah jika mereka tidak ditimpa sakit selama lebih dari 3 hari.malah apa yang lebih mengembirakan adalah doa orang yang sakit adalah mustajab.sebab itulah ketika kita menziarahi orang yang sedang sakit,mintalah padanya agar mendoakan kesejahteraan kita dunia dan akhirat.
Rasulullah SAW Bersabda yang bermaksud,"tiada seorang muslim itu melawat seorang muslim yang sakit pada waktu pagi melainkan meminta ampun untuknya tujuh puluh ribu malaikat hingga waktu petang dan tiada dia melawatnya pada waktu petang melainkan meminta ampun untuknya tujuh puluh ribu malaikat hingga waktu pagi dan adalah baginya kebun tempat memetik buah-buahan didalam syurga."(HR Tarmizi)
Ya Allah,tidak Kau hanya memberikan kebaikan pada hambaMu yang menanggung kesakitan,malah Kau limpahi kurniaanMu pada yang sihat walafiat.Segala Puji hanya bagiMu Ya Allah.


Saturday, May 16, 2009

AL QURAN PALSU

salam dari melaka.....

WASPADA !!!
Al-Qur'an Palsu buatan Amerika
Jangan abaikan ini, sebarkan ke semua muslim
Al-Quran baru buatan amerika, berbahaya dan sedang didistribusikan di kuwait , berjudul "The True Furqan" isinya bertentangan sekali. Dibuat oleh 2 perusahaan percetakan; 'Omega 2001' dan 'Wine Press'. Judul lain buku ini 'The 21st Century Quran'! berisi lebih dari 366 halaman baik bahasa Arab dan Inggris, sekarang kabarnya didistribusikan kepada anak2/generasi muda di Kuwait di sekolah2 berbahasa Inggris disana.. Bukunya sendiri memuat 77 surah, termasuk Alfatihah, Al-Jana and Al-Injil..
Semuanya dimulai dengan sebuah versi panjang gabungan kepercayaan Kristen tentang tiga tuhan.
Dan banyak sekali bertentangan dengan berbagai kepercayaan dalam Islam, seperti mempunyai lebih satu istri dianggap perbuatan Zina, perceraian itu dilarang, dikatakan juga bahwa Jihad adalah HARAM.
Buku yang sangat menyesatkan. Jadi tolong sampaikan kepada semua muslim sedapat kita tentang pemberitaan ini semoga Allah melindungi kita semua dari orang2 Kafir yang jahat, mendustakan Agama Allah SWT.
Kkalau mau lihat isinya silahkan kunjungi http://www.islam-exposed.org/furqan/7.html

Friday, May 15, 2009

buat renungan.

salam dari melaka.....

10 JENIS ORANG ISLAM YANG KEJAM...

Sufyan Atsauri berkata: "Sepuluh macam daripada kekejaman ialah:

1. Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri, dan tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum mukmin.
2. Seorang yang pandai membaca Al-Quran, tetapi tiap harinya tidak membaca seratus ayat.
3. Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua rakaat.
4. Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.
5. Seorang yang sampai di suatu kota pada hari Jumaat kemudian tidak sembahyang jemaah.
6. Seorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang alim, tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.
7. Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu.
8. Seorang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang.
9. Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.
10. Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi tidak diberi dari makanannya itu.


LIMA PERKARA YANG MESTI DISEGERAKAN

Dari Hatim Al-Asom :

"Terburu-buru itu termasuk sifat syaitan, kecuali pada lima tempat , maka ia termasuk sunnah Rasulullaah saw

1) Memberi makan tetamu, bila ia datang berkunjung.
2) Menyiapkan perkuburan mayat bila telah mati.
3) Mengahwinkan anak perempuan, bila cukup umur.
4) Membayar hutang, bila telah sampai masanya.
5) Bertaubat dari dosa, bila ia telah melakukannyaa.

LIMA PESANAN DARI SYAIKH AL -BALKHI

"Ambil olehmu lima perkara kemudian amalkan :
1) Sembahlah Allah sebanyak keperluanmu kepadaNya.
2) Ambil apa-apa dari dunia menurut keperluan selama umurmu didalamnya.
3) Lakukan maksiat kepada Allah, menurut kemampuanmu memikul azabNya.
4) Persiapkan bekal didunia untuk selama kamu tinggal didalam kubur.
5) Beramallah untuk syurga, menurut lamanya masa yang kamu inginkan untuk tinggal didalamnya."

HARTA BERTIMBUN BOLEH MENYEBABKAN LIMA PERKARA

Dari Sufyan Sauri : "Tiada berkumpul harta disisi seseorang pada zaman ini, melainkan timbul didalam dirinya lima perkara :
1) Panjang angan-angan.
2) Sentiasa tamak.
3) Sangat kedekut.
4) Berkurang waraknya.
5) Lupa kepada akhirat.



benarkah ini?

salam dari melaka...................



PEMECAH BERITA


14/05/2009 - 11:19:04

Election soon!!! DUN will be dissolved very soon. Get ready.

SMS from Hj. Asmuni Awi. Pengarah Pilihanraya Pas Perak.

Sumber : PerakExpress http://perakexpress.com

ALHAMDULILLAH.....
moga jadi kenyataan.....
makin lama makin kucar-kacir Perak jadinya.....

Wednesday, May 13, 2009

pembukaan

salam.....

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyanyang.

Ya Allah, kami memohon kepadaMu kebaikan sama ada yang kami telah tahu atau yang belum kami ketahui, kurniakan kami nikmat dan rahmat yang berpanjangan, tubuh badan yang sihat, akal fikiran yangs ejahtera, semangat yang membara bagi mempertingkatkan kualiti kerja.

Ya Allah, kami mohon perlindunganMu dari segala keburukan, hasad dengki dan iri hati, sama ada kami telah tahu atau yang belum kami ketahui, ya Allah, lembutkan dan satukanlah jiwa-jiwa hambaMu ini, agar wujud kesepakatan dan kesefahaman antara kami, bagi menunaikan tugas yang diamanahkan, dengan lebih berkesan, meneruskan khidmat bakti kepada agama, bangsa dan negara.


Amin Ya Allah.....