Saturday, November 14, 2009

kita hanyalah hamba

salam dari melaka....

mana yang dikatakan kesenangan dalam hidup?
ketika kita cuma mencari kebahagiaan untuk meletakkan diri kita dalam keadaan selesa dimuka bumi ALLAH ini....tanpa kesakitan,tanpa kesengsaraan,tanpa keluh kesah...tiba disatu peringkat,kesenangan kita direnggut dalam sekelip mata sahaja....
maka...penilaian apakah kita terhadap yang ESA?
manusia tidak dijadikan sempurna.....tidak juga dijadikan sama tarafnya...ada yang miskin,ada yang kaya,ada yang gembira,ada pula yang berduka.....rantaian ini akan silih berganti sebagaimana silih bergantinya baka dan keturunan kita di dunia....
nikmat dan ujian yang telah diperuntukkan oleh yang Maha Pencipta terhadap diri kita,adalah satu keadilan dariNYA.
disenangkan kita agar sentiasa sujud dan mensyukuri akan nikmatNYA....agar mudah melangkah untuk mengenaliNYA....
diuji pula akan diri kita agar ada sifat redha dan sabar terhadap ketentuannya.....supaya sedar bahawa diri kita hanyalah ciptaan yang bertaraf hamba...agar mudah menerima akan hakikat Qada' dan QadarNya.

bukankah ketentuan baik dan ketentuan buruk itu adalah keseimbangan takdir dariNya?
maka disaat kita gembira,,,membiarkan kelekaan mengatasi akal fikiran...menghanyutkan diri kita agar lupa tanggungjawab pada sang pencipta...menyebarkan sifat mazmumah agar menguasai seluruh anggota jasad.....terlena dibuai nafsu dan bisikan syaitan...semakin jauh....jauh untuk berusaha mendekatiNYA....
maka ketika dirundung duka....berhakkah untuk mengatakan tiada keadilan dari yang ESA?
berapa lama kedukaan itu telah kita tangggung jika hendak dibandingkan nikmat dan kesenangan yang telah kita perolehi?
tunduk dan renungilah tempat letaknya hati itu ....berdenyutkah hati itu kerana sabar atau berdegup kerana berputus asa?
dalam keadaan kita bersandarkan kepada ikhsan ALLAH semata mata...maka dimanakah letaknya nilai diri ketika meminta dalam keadaan tergesa gesa?tiada kesabaran mengharapkan permohonan diperkenankan seberapa segera....
maka manakah yang dinamakan hamba disaat biadap terhadap Tuannya?
adakah layak penggelar hamba meminta minta tanpa usaha dan taat setia?

kedukaan bukan jalan untuk meletakkan jauhnya harapan agar mengecap kebahagiaan...
sedangkan putus asa menjadi teman berpaling dari mendapat rahmat Tuhan....
mengalirkah darah kita kerana meninggikan darjat agamaNYA?atau titisan airmata semata mata kerana kejian manusia?atau keluh kesah kerana diterjah kehidupan papa?
dimanakah letaknya DIA dalam diri ketika berduka nestapa?kemanakah hilangnya ingatan kepada RASULULLAH tercinta?mencari ketenangan dengan kalimahNYA...meniti kehidupan berpandukan sunnahnya?
atau terus leka...terus lupa....biarpun dalam keadaan hiba....meskipun beroleh derita....
ketika tidak tertanggung ujian dan dugaan...serahkanlah kembali padaNYA...kerana DIA yang empunya segalanya....sedih,duka,hiba mahupun celaka....
tiada yang mampu membantu....tiada makhluk...tiada manusia....hanya DIA...hanya DIA...
sedarilah....biar betapa dahsyatnya kita diuji didunia....ianya menunjukkan kasih sayangNYA...
dikala mampu menyirami diri dengan keredhaan dan kesabaran....disitu juga letaknya tingkatan iman....

tiada yang sia sia....tiada....
bukankan ALLAH itu MAHA SEGALA GALANYA.....
hanya kerana kita tidak diperhatikan hikmahnya....sekiranya terbuka hijabNYA....akan tiada keraguan akan jalan yang telah ditentukan....dan tidak mungkin terhela nafas rungutan atas segala keburukan.....
maka bersangka baiklah hamba........bersangka baiklah pada Tuannya.....
redhalah akan baik dan buruk takdiranNYA....dan bersabarlah dengan ujianNYA....
kita diwujudkan hanyalah untuk menyembahNYA semata mata.....untuk menzahirkan betapa besar kekuasaanNYA....tiada yang lainnya....tiada...
jika DIA mengurniakan nikmat....atau menurunkan murka.....segalanya itu adalah hakNYA........kerana DIA adalah PENCIPTA.......

-WALLAHUA'LAM-

7 comments:

Anonymous said...

Wa'aalikumus salam.

Nice bro!

sonata anak kancil said...

saling ingat mengingati antara manusia & semua yang berlaku adalah kehendakNya

Ros Illiyyuun said...

Salam...

"Adakalanya Dia memberi sebelum sempat kita menadah tangan kerana Dia sangat mengerti keperluan hamba-Nya. Adakalanya Dia mengambil semula sebelum sempat kita bersedia kerana Dia ingin menguji hamba-hambaNya"

rahmanw said...

salam....

nazri-
tq bro....

cikgu sonata-
kena banyak bermuhasabah diri...baik ketika gembira mahupun berduka...
sebab adakalanya nikmat itulah derita dan musibah itulah bahagia...
hehehe...

illiyyuun-
itu menunjukkan betapa pemurahnya ALLAH...biarpun tak diminta...tapi tetap mengetahui kehendak dan keperluan hambaNYA...
ujian pun adalah nikmat sebenarnya...
cubalah kita bayangkan kalau2 kita tak pernah sakit langsung...agak2 seronok ke hidup ni?hehehe...

merah_humaira said...

salam..pernah kita mendengar orang berkata kenapa kena begitu, kenapa perlu begini dalam konteks syariat Allah. Sehingga ada yang menganggap islam sebagai agama jumud dan ketinggalan zaman.

Cuba lihat kehadiran tanpa diundang penyakit Influenza A H1N1 yang datang dari Babi. Selepas itu, semua orang nampak..ow, patut la Allah haramkan babi..

Sebab itu dasar pensyariatan dari Allah kenapa halal kenapa haram tidak boleh kita pertikai. Sebab kita sebagai hamba perlu ada rasa ketuhanan yang pertamanya kemudian baru kita tengok pada hikmah pensyariatan.

Jangan banyak pertikai..kita kan hamba pada pencipta..

rahmanw said...

salam...
merah humaira...
permudah kata...
dalam hidup perlu ada undang2 yang perlu dipatuhi kerana undang2 ini tak lain dan tak bukan adalah untuk mendisiplinkan manusia supaya tetap dengan sifat kemanusiaannya...
sedangkan binatang juga mempunyai undang2 rimba walaupun undang2 itu sedikit kejam pada pandangan kita...

hanyasanya orang2 yang ingin melanggar peraturan akan mempersoalkan mengapa begitu...mengapa begini...
kerana mereka mengharapkan satu nikmat yang dinamakan "kebebasan"...
namun mereka lupa hukum dan peraturan yang telah ALLAH cipta didunia ini tidak hanya digunakan setakat kita mati....
masih ada persoalan yang perlu kita jawab selepas dari itu...yang hanya berakhir ketika kita mendapat keputusan rahmatNYA samada ke syurga atau keneraka....

sebab itulah hukum2 ALLAH tidak boleh menggunakan logik akal...kerana akal takkan dapat mencapai HIKMAH...takkan dapat mengetahui apa yang akan terjadi sesaat kemudian.....
apa yang pasti....hendak menjadi hamba yang taat setia....
"sami' na wa ato'na".

-wallaua'lam-

Cahaya Bulan said...

tepat. terpana seketika. lantas bersyukur kerana ht pemilik blog terbuka untuk bicara tentang entri ini. terima kasih!