salam dari melaka.....
seringkali kita mendengar ungkapan "kalaulah aku kaya".kemudian akan terbit angan angan "aku akan bersedekah" atau "aku akan berbuat kebajikan" atau "aku akan dirikan rumah anak2 yatim".
adakalanya pengucapan dimulut tak sama dengan laku perbuatan...
berapa ramaikah ummat manusia didunia ini yang mampu memisahkan kekayaannya dengan kedudukannya sebagai manusia hina?
ingatkah kita tentang kisah tsa'labah?ummat yang bertuah kerana dapat melihat RASULULLAH.ummat yang bertuah kerana pernah barbai'ah kepada RASULULLAH.ummat yang bertuah kerana pernah bersolat dibelakang RASULULLAH.keimanannya ketika tidak mempunyai apa2 selain sehelai jubahnya tidak dapat disangkal lagi...dalam keadaan fakir...dia masih mampu mendirikan solat jemaah...tiada pernah dia berburuk sangka terhadap ALLAH dan RASULULLAH...
namun...apa yang terjadi kepadanya setelah dikurniakan harta kekayaan yang melimpah ruah?sedangkan pernah satu ketika dia berjanji dihadapan RASULULLAH bahawasanya tidak ditinggalkan ia akan solat dibelakang baginda malah meletakkan azam bahawasanya dia akan lebih tunduk kepada ALLAH untuk mensyukuri nikmatNYA.biarpun berkali kali RASULULLAH menegaskan "kamu tidak mampu...kamu tidak mampu"...namun tekanannya terhadap kemiskinan telah membutakan mata serta hatinya untuk menerima sabda junjungan tercinta.
apa yang terjadi padanya?semakin bertambahnya kekayaan,membuatkan dia lupa dengan segala janjinya...dan semakin jauhlah ia untuk bersolat jemaah...
apa yang terjadi padanya?ketika dihalaunya utusan RASULULLAH untuk mengambil bahagian zakat...hinggakan dicela akan dia oleh RASULULLAH..tidak diterima zakatnya oleh baginda dan berterusan pada saat kekhalifahan Uthman Ibn 'Affan RA.
seringkali kita menggunapakai SABDA RASULULLAH :"bekerjalah seolah olah kamu akan hidup 1000 tahun lagi".
namun...dimana pula kita letakkan sebahagian hadith itu "beramallah seolah olah akan mati esok hari".
manusia yang bekerja siang dan malam hinggakan tiada masa untuk menunaikan hak ALLAH hinggakan lupa untuk bersolat,lupa untuk mencari ilmu,lupa untuk beramal...berkatkah kekayaan yang dicarinya itu?memanglah rezeki yang dicarinya itu datangnya dari sumber yang halal...tapi halal lagikah jika terus menerus melanggar perintah ALLAH semata mata hendak mencari rezeki yang kononnya dikatakan halal itu?
seringkali juga kita menompok nompokkan harta dengan beralasan "untuk masa depan anak dan isteri"
wahai jiwa....bukan kamu yang menentukan nasib dan takdir anak isterimu...kamu tiada hak untuk mencipta masa depan diri,isteri dan anak anakmu....segala galanya telahpun ditentukan oleh ALLAH.
malah ketika kamu sudah berharta,anak anakmu juga telahpun bekerjaya dan mempunyai keluarganya sendiri....mengapa masih menggila dengan harta harta mu?tiada langsungkan niat dihatimu untuk mengagihkan sedikit kekayaanmu pada insan yang lebih memerlukan?
umurmu telah lanjut....menunggu masa untuk dituai....namamu menjadi siulan perkuburan...wajahmu menjadi tatapan malaikat maut....mengapa perlu menyibukkan lagi dengan urusan dunia?
tidakkah engkau mengambil iktibar akan kisah sayyidina Abu Bakr RA?ketika beliau menginfakkan seluruh harta kekayaannya pada jalan jihad fisabilillah...ketika beliau ditanya oleh RASULULLAH SAW "apa yang telah engkau tinggalkan untuk keluargamu?" lalu dijawabnya "yang kutinggalkan untuk keluargaku hanyalah ALLAH DAN RASUL".
ingatlah...ketika kamu masih mampu bersedekah dan menderma....ALLAH masih mengujimu dengan perasaanmu....ketika kamu berbesar hati dengan amalanmu...lalu dibisikkan oleh syaitan ketelingamu...hingga menjadikan dirimu seorang yang riak...membangga banggakan perilakumu...menyebarkan sedekahmu dimata dunia...mencari redha manusia agar mereka memuji mujimu...
ketika kamu berkuasa...kamu sombong terhadap pekerja pekerja mu....kamu merasakan jauhnya perbezaan darjatmu dengan mereka....
kamu berterusan dengan sifat tuhan....berterusan memakai selendang tuhan...
sedarkah kamu sebenarnya sedang mencari murka tuhan?sedang hampir dengan lakhnat tuhan?
kononnya kamu menjadikan Abdul Rahman Bin Auf sebagai idolamu...
namun sedarkah kamu Abdul Rahman Bin Auf pernah cuba menjadi papa?bukan sekali dua tapi berulang ulang kali....namun telahpun ditakdirkan oleh ALLAH beliau menjadi hartawan hingga akhir hayat beliau...
tapi kamu...pernahkah cuba menjadi fakir?pernahkah cuba menjalani kehidupan seperti RASULULLAH?bersifat QANAAH?cukup dengan apa yang ada?
kamu bekerja...bekerja...dan bekerja seolah olah kamu akan hidup selamanya...dimana pula peganganmu untuk beramal bagaikan akan mati esok hari?
telah Bersabda Nabi junjungan SAW:
"Seandainya anak Adam memiliki selembah emas, ia akan berharap keduanya, jika ia memiliki dua lembah (emas), ia akan mengharap ketiganya. Dan anak adam tidaklah mengisi perutnya kecuali tanah."
berhati hatilah wahai jiwa....
ketika ALLAH melimpah ruahkan nikmatnya padamu....itulah petanda bahawasanya ALLAH ingin menjauhkan diri darimu....
berhati hatilah wahai jiwa....na'uzubillahhiminzalik...
-WALLAHUA'LAM-
6 comments:
Allah mmg sengaja memberi kemewahan yg berganda utk menguji keimanan.. dan zaman skrg ni mmg ramai yg leka dgn nikmat dunia
moga kita akan selalu beringat
kemiskinan dah memang satu ujian dariNYA. dan kekayaan pula satu rahmat yang diberi dan tanpa kita sedari ia juga satu ujian untuk kita sebagai hambaNYA..
asal cukup makan, cukup pakai..
dah la.
salam dik..
bersyukur dgn apa yg ada , secara sederhana sahaja...
tak mahu jd kaya sangat nanti tak larat nak jawab di mahsyar kelak
Assalamualaikum saudara..
saya tertarik dengan..
"wahai jiwa....bukan kamu yang menentukan nasib dan takdir anak isterimu...kamu tiada hak untuk mencipta masa depan diri,isteri dan anak anakmu....segala galanya telahpun ditentukan oleh ALLAH"
kedua2nya merupakan ujian.. kesenangan dan kesusahan..
terima kasih atas peringatan ini.. pernah suatu ketika dahulu.. diri ini merancang untuk masa hadapan.. namun sesuatu berlaku disebaliknya.. kita harus redha dengan ketentuan-Nya.. kerana kalau Allah mahu.. pasti setiap umat Islam itu kaya raya belaka.. sesungguhnya Dia Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.. dan Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita semua.. =)
salam...
kak maiyah-
semoga kekayaan tidak membutakan mata kita untuk mensyukuri nikmatnya dan semoga kemiskinan tidak pula membuatkan kita putus asa dari rahmat tuhan...
dna-
kalaulah orang kaya menyedari segala harta adalah ujian...aku yakin tak ada orang yang menderita kelaparan pada masa ni...kalau ada pun,semata mata kerana peribadatan kepada ALLAH....
ummi-
kena bersifat QANAAH...cukup dengan apa yang ada...rezeki kita cuma apa yang masuk dalam tekak kita...tupun bila dah mati kena makan ulat gak...harta?kereta?pakaian?tu semua jadi rebutan orang yang hidup...
10 sahabat yang dijamin masuk syurga oelh RASULULLAH...ABD RAHMAN IBN AUF adalah yang paling lewat sekali masuk syurga...
sebab terlampau banyak hartanya yang perlu dihisab oleh ALLAH...
cahaya rembulan-
saya bercakap tu mengikut tasawwuf...yang disampaikan kepada saya....
kalau mengikut syariat memang menjadi keperluan untuk meninggalkan harta kepada anak dan isteri sebagaimana hadith RASULULLAH:
"Adalah lebih baik kamu meninggalkan anak-anak kamu dalam keadaan kaya daripada kamu tinggalkan mereka hidup meminta-minta".
namun hakikatnya tiadalah seseorang itu mampu menentukan masa depannya apatah lagi anak isterinya...sedangkan perancangan kita juga adalah mengikut perancangan ALLAH...biarpun kita berusaha namun ianya tetap ketentuan ALLAH...
sebagaimana guru saya mengatakan..."barangsiapa rencananya mendahuli rencana ALLAH,maka sesungguhnya dia telah melakukan syirik kepada ALLAH".
maknanya:panjang angan2...sehingga kehendak kita tu telah mendahului kehendak ALLAH...cuba membina takdir diri kita sendiri...
sekali lagi saya kata...saya berkat2 mengikut pemahaman tasawwuf saya yang tak seberapa ni....
-wallahua'lam-
Salam...
...sebab itu Rasulullah (s.a.w) bersabda:
Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara:
1-sihat sebelum sakit
2-muda sebelum tua
3-kaya sebelum miskin
4-lapang sebelum sempit
5-hidup sebelum mati
Kelima-perkara ini jika ditelesuri dengan baik akan menjadi pemangkin keinsafan di hati kita, insyaAllah.
Post a Comment