Tuesday, July 13, 2010

Tajaan Pakaian Untuk Musabaqah Anak Pelarian Rohingya





Alhamdulillah, semalam saya berkesempatan untuk bersama ustaz Hashim dan dan juga adik Anuar dan Hanifah yang akan mewakili Madrasah Hashimiah dalam pertandingan Musabaqah antara Rumah Anak Yatim KL dan Selangor yang bakal berlangsung pada awal bulan Ogos. Muslim Aid telah menaja Anuar dan Hanifah untuk pemakaian pada hari pertandingan. Anuar telah menerima sepasang baju melayu, songkok, butang baju melayu dan juga sampin manakala adik Hanifah menerima sepasang baju kurung, tudung dan juga kerongsang. Pihak Muslim Aid mengucapkan terima kasih kepada penderma yang prihatin yang telah menyumbang ke tabung Muslim Aid bagi pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim.

Anuar dengan baju melayunya


Hanifah dengan baju kurungnya

sumber : donateforummah

2 comments:

Unknown said...

salam dik...

anak bujang n hubby kak ummi pun akan menerima baju tajaan juga sempena MTQ TM peringkat kebangsaan yg akan diadakan hujung bulan ni , baju dlm proses tempahan..
anak akan sertai hafazan remaja , hubby plak sbagai pengiring saja

rahmanw said...

salam...
ummi-saya dapat tau dari sahabat saya yang uruskan anak2 ni...insyALLAH saya akan dapatkan maklumat terkini dari dia...