salam dari melaka.....
dipetik di sini
Hari tu aku menonton warta berita pasal Facebook, satu penyakit sosial yang amat kronik skarang ni. Boleh dikatekan 90% pemuda-pemudi kat France memiliki akaun Facebook. Menurut warta berita tersebut, pembangun Facebook, Mark Zuckerberg, baru berumur 24 tahun dan hanya mengambik masa 4 taun untuk menjadi self-made billionaire. Bukan millionaire, tapi billionaire, harap maklum. Dan hanye 4 taun. Bill Gates ambik masa 11 taun. Ingvar Kamprad amik masa berpuluh-puluh taun. Aku tak salahkan orang-orang yang ketagih dengan Facebook. Macamana tak ketagih, sebab kat Facebook boleh main bowling, poker, jawab soalan kuiz bukan-bukan, mendapat gosip terbaru rakan-rakan, tengok gambar-gambar terbaru, jumpe kawan-kawan lama, hantar mesej percuma, serta chatting dengan berkesan. Tapi, berita tu kate, Facebook kaya bukan hanya sebab iklan. Iklan hanya menjana separuh daripada pendapatan diorang. Lagi separuh datang daripada sumber lain. Menurut siasatan, Facebook mempunyai data peribadi paling luas untuk populasi dunia berumur 14-30 taun, satu demografi yang memang menjadi tumpuan semua jenis agensi seperti CIA, FBI, Interpol hatta Bukit Aman. Jadi Facebook mendapat duit dengan cara menjual data peribadi pengguna. Dan bukan hanye data macam umur, tempat tinggal dan pekerjaan, data macam filem kegemaran, buku kegemaran, siri TV kegemaran pon penting untuk diorang buat duit. Diorang jual data-data ni kepada syarikat pengiklanan, syarikat bancian. Sebab tu la Facebook menggalakkan kite buat segala jenis kuiz, menjadi peminat segala jenis barangan, menyertai semua jenis kumpulan. Bukan sekadar untuk suka-suka. Bagi diorang, maklumat ni adelah tidak ternilai. Dan kite pulak murah hati bagitau segala macam maklumat pasal diri sendiri, dengan gambar pelbagai gaya, bagitau segala benda kegemaran. Free of charge. Tanpa berpikir panjang. Semua orang pikir, hanya dengan satu username dan satu password, semua data kite selamat. Tidak sama sekali (geleng-geleng sambil goyang jari telunjuk). Kite semua hanyalah ibarat platinum dan aluminium oksida, yang digunekan sebagai mangkin dalam menghasilkan minyak petrol berkualiti. Walaupon Petronas semakin kaya, mangkin hanya kekal sebagai mangkin, walaupon mangkin tersebutlah yang membolehkan petrol mentah bertukar jadi petrol berkualiti.
-SEKALI LAGI-
mesti ada yang kata......kalau nak boikot...kena boikot semua...komputer pun kena boikot,internet pun kena boikot...bla..bla..bla..
tak leh nak boikot facebook je.....
jawapan aku tetap sama.....pedulik hape aku...aku nak boikot...sukati aku la.....hahahahahaha.......lagi sekali...aku gurau...jangan le mare....
pada penggemar facebook....aku dah sampaikan....terpulanglah pada korang untuk amik tindakan yang seterusnya.
-WALLAHUA'LAM-
5 comments:
Salam rahmanw,
Bagi pendapat kak zai la..benda apapun kat dunia nie tetap ada pro and kon nyer..kalau kita berniat baik..maka baiklah jadinya..tapi klu kita menggunakannya dengan niat tak baik..maka tak baiklah jadinya...
aku sokong dengan apa yang ko cakapkan, dan aku ada nak tambah sikit tentang alam maya ni..
tapi masalahnya, idea dah ada tapi masa aku pulak tak ada nak taip!
wakwakkaka..
(bai! aku mohon dengan jasa baik ko sebagai member-member.. lain kali bubuh la perenggan! naik juling mata aku ni membaca hah!)
salam....
sori bro....
tu copy n paste...amik bulat2..tak ada tokok tambah kecuali pendapat aku tu je....
tak de hal punya kopi ke.. teh ke..
sirap bandung ke..
adjust la sikit,buat sampai ada perenggan.
(haku pun ada jugak kopi orang punya.. muahahha.....)
Salam,
dah diactivate ke belom...hiks.",)
Post a Comment