Monday, August 10, 2009

petua

salam dari melaka.....

kita hanya berusaha dan merancang....tapi perancangan ALLAH adalah yang sebaik-baiknya...
letakkan keyakinan...ALLAH yang menyembuhkan penyakit...bukan ubat...



Mengubati penyakit jantung. Ambil kuning telur daripada sebiji telur (sebaik-baiknya telur ayam kampung) dan campurkan dengan dua sudu besar madu lebah asli. Minum campuran itu sekurang-kurangnya sekali sehari. Insya-Allah kesannya dapat dilihat dalam tempoh 3-4 bulan. tanda tanda sakit jantung
-Kelesuan.

-Aktiviti menjadi terhad

-Dada terasa sesak

-Buku lali bengkak atau edema

-Sesak nafas



Merawat darah tinggi. Ambil seikat daun kucai dan ditumbuk halus-halus atau lumat, kemudian diperah hingga mengeluarkan air. Air itulah yang harus diminum setiap pagi. Amalkan meminumnya selama satu bulan. tanda tanda darah tinggi
Penyakit tekanan darah tinggi biasanya tidak menunjukkan tanda-tanda awal,sebaliknya akan mendatangkan komplikasi.




Masalah cirit-birit
Bagi mereka yang mengalami cirit-birit, bolehlah mengamalkan makan pucuk
jambu batu. Caranya: rendam pucuk jambu batu itu di dalam air panas bersama sedikit garam untuk membersih kekotoran pada pucuk jambu itu. Setelah agak layu, bolehlah terus dimakan. Insyaallah perut tidak lagi sakit dan usus-usus berfungsi dengan baik semula.
tanda tanda cirit birit

-Perut rasa memulas lebih kerap
-Cirit-birit
-Mual dan muntah-muntah

-Demam
-Hilang selera makan
-Sakit perut/kejang

-Kembung perut




Kurangkan kadar kolestrol Perah sedikit lemon dan campurkan dengan secamca teh minyak zaitun. Amalkan meminumnya dua atau tiga hari sekali atau setiap kali mengmbil makanan berkolestrol tinggi. InsyaAllah kesannya akan dapat dirasai dalam masa seminggu.Ia juga dapat menghilangkan pembentukan selulit.



Merawat bengkak usus Penyakit bengkak usus jika dibiarkan amat merbahaya. Jika anda ingin merawatnya, potong sebuku kunyit hidup (dimesin), sedikit garam, sedikit gula merah dan sedikit perahan air limau nipis. Campurkan semua bahan didalam segelas air suam dan diminum. Amalkanlah.


Merawat penyakit buasir
Kebanyakkan kaum lelaki mengalami masalah ini. Cara untuk mengatasinya ialah ambil sebiji kelapa gading yang kecil berwarna kuning, bakar atau panaskan hujungnya. Kemudian tekapkan pada bahagian yang sakit. Lakukan berulang kali sehingga berasa selesa.
tanda-tanda buasir

-rasa gatal pada lubang dubur

-rasa kepanasan pada kawasan dubur selepas membuang air besar
-rasa sakit yang berdenyut-denyut
-sukar untuk membuang air besar dan rasa tidak selesa pada bahagian dubur apabila berdiri lama atau bertinggung.


Penawar Resdung

Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke satu-satu destinasi, baik ke pejabat,bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan.
tanda-tanda resdung

-Hidung tersumbat

-hidung dan tekak mengeluarkan
-Rasa berat muka atau sakit terutama di kawasan antara mata

-Sakit tekak sacara berpanjangan serta berulang

-Mengalami demam atau juga rasa tidak sedap badan secara berpanjangan
-Mengalami gejala alahan hidung contohnya bersin, gatal hidung dan sebagainya


Mengurangkan penyakit kencing manis

Selain dari menerima rawatan doktor bagi merawat penyakit kencing manis anda juga bolehlah menggunakan lobak putih yang telah diparut halus. Kemudian embunkan semalaman atau disimpan didalam peti sejuk. Minumlah parutan lobak yang dicampurkan dengan air gula batu bersama-sama ampasnya. Amalkan cara ini selalu, insyaAllah penyakit anda akan sembuh. Petua ini juga elok diamalkan bagi ibu-ibu yang baru melahirkan anak untuk memperbanyakkan air susu.
tanda-tanda kencing manis
-Kerap membuang air kecil

-Berat badan yang menurun

-Sentiasa merasa lapar

-Sentiasa merasa haus dahaga

-Letih yang tidak menentu

-Pandangan semakin menjadi kabur

-Mudah mendapat penyakit kulit

-Merasa gatal-gatal pada kaki dan tangan

-Merasa penat dan sakit kaki

-Gatal-gatal pada perlipatan dan dua celah paha

tanda-tanda serius

-Sentiasa haus

-Hilang selera untuk makan

-Muntah-muntah

-Boleh menjadi pengsan dan tidak sedarkan diri

-Air kencing menjadi manis disukai oleh semut-semut



Asma/Sesak Nafas

Ambil 4-5 helai daun buah keras laut. Ramaskanlah daun tersebut dengan air bersih. Kemudian saringlah setengah gelas. Embunkan semalaman sebaik-baiknya dilakukan pada waktu pagi. Apabila bangun tidur, ambil air tersebut dan dicampur dengan sedikit madu. Minumlah berulangkali setiap pagi ramuan ini.

tanda-tanda asma

-Nafas berbunyi
-Susah untuk menghembus nafas
-Nafas laju
-Denyutan jantung cepat



batu karang

Ambil sebiji kelapa muda dengan isinya sangat lembut(berhingus)lalu dipotong di bahagian atas.
masukkan satu sudu besar tawas, tutup kembali bahagian atas kelapa yang dipotong. bakar kelapa muda tadi yang berisi tawas di atas dapur sehingga air kelapa tinggal separuh lalu di minum.Sebelum minum eloklah baca bismillah...dan selawat kepada Nabi SAW. Buatlah dua tiga kali cara tadi semoga batu karang yang ada di dalam tubuh seseorang yang ada penyakit batu karang akan hancur dengan izin Allah.Selamat mencuba.
Tanda-Tanda Batu Karang Dalam Ginjal

1. Rasa pedih ketika kencing

2. Rasa loya (mual) & muntah tanpa sebab

3. Rasa seperti pasir berada dalam badan

4. Air kencing kotor & berbau busuk

5. Rasa sakit di kawasan pinggang

6. Rasa sakit pada alat sulit

Tanda-Tanda Batu Karang Dalam Hempedu

1. Sakit/kembung dibahagian kanan perut

2. Rasa sakit bila ditekan pada tepi ulu hati
3. Rasa sakit di hempedu ketika menarik nafas

4. Rasa loya & muntah tanpa sebab

5. Badan rasa tidak bermaya

6. Kurang selera makan

7. Demam

No comments: