telefon tangan aku yang bernada deringkan lagu kasih kekasih-in team berbunyi buat pertama kalinya pada hari ni.panggilan dari nombor peribadi yang tak tertera pada skrin hp aku....namun dapat ku agak tuan empunya nombor ni.
"assalamualaikum"
"alaikumussalam",aku menjawab.
"rahman,kakteh ni....tak tau lah samada rahman tau atau tak,asri kumpulan rabbani dah meninggal".
aku terkedu sebentar.....INNALILLAHI WAINNAILIHIRAJIUN.
"meninggal sebab apa kak teh?"aku bertanya.
"sakit jantung.sekadar nak bagitau rahman je,assalamualaikum".
"ok kak teh.terima kasih,'alaikumusalam".
satu ketika dahulu,kita dikejutkan dengan kematian Allahyarham salleh dari kumpulan hijjaz,disusuli Allahyarham zairy dari kumpulan raihan dan kini seorang penasyid bersuara emas dari kumpulan rabbani pula meninggalkan kita.
aku masih ingat sewaktu berada di Pusat Pengajian Taman Islam Kemaman,lagu2 yang dinyanyikan oleh arwah sewaktu bersama kumpulan nadamurni menjadi hiburan yang mampu mendidik jiwa pelajar2 disana.tanyalah pada mereka siapa yang menyanyikan lagu bila nur melimpah dihati,sunnah berjuang,ibu mithali,
zikir kifarah......pasti mereka akan membayangkan seorang penasyid yang mempunyai kemantapan vokal tidak kira samada menyanyikan lagu nasyid atau bertarannum.
secara jujur dikatakan,pernah mengalir airmata ni ketika mendengar dan menghayati lagu munajat yang pernah disampaikan oleh Allahyarham ketika bersama nadamurni.(lagu ini dinyanyikan semula ketika bersama rabbani).
Tuhan... kubisikkan kerinduan
keinsafan... pengharapan...
Tuhan...kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan
Bisikkanku untukMu
Munajatku mohon restu
Semoga cintaku bukan palsu
Pada desiran penuh syahdu
Gelombang lautan rinduku
Munajatku dalam syahdu
Merindui maghfirahMu
MardhiaMu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku
Kurindukan pimpunanMu
KeagunganMu dalam doaku
Kebesaran pada kudratMu
Ia membina rohaniku
Tuhan... kubisikkan kerinduan
Keinsafan... Pengharapan...
Tuhan...kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan
Ujian kepahitan di dalam kehidupan
Padanya ada kamanisan
Ketenangan dan kebahagian
Bayangan syurga idaman
Munajatku dalam syahdu
Merindui maghfirahMu
MardhiaMu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku
Kurindukan pimpunanMu
KeagunganMu dalam doaku
Kebesaran pada kudratMu
Ia membina rohaniku
Tuhan... kubisikkan kerinduan
keinsafan... pengharapan...
Tuhan...kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan
tapi kenangan yang takkan dapat aku lupakan apabila membuat persembahan bersama Allahyarham dan kumpulan soutus sofwa di dataran temerloh pada tahun 1997.pada ketika itu,aku telah diserap menjadi penyanyi latar bagi kumpulan nasyid sekolah...lambaian kasih.
jika selama ini,aku hanya mampu mendengar alunan suara Allahyarham melalui radio ataupun kaset,tetapi segala puji bagi ALLAH kerana memberikan aku peluang pada malam itu untuk beramah mesra dan melihat cara dan gaya Allahyarham dalam menyampaikan mesej dakwah melalui nasyid.tak dinafikan,aku merasa teruja mendengar nyanyian beliau secara langsung.
benarlah kata seorang sahabat,aura suara Allahyarham adalah satu dalam sejuta.
mungkin disebabkan terasa rendahnya diri yang rendah ni jika nak dibandingkan dengan beliau yang mempunyai pengalaman yang luas dalam dunia nasyid,maka tidak banyak yang dapat aku bualkan bersama beliau.namun aku dapati,Allahyarham adalah seorang yang peramah dan tidak lokek dalam menyampaikan ilmu mengenai dunia nasyid.wajah beliau tidak lekang untuk mengukir senyuman dan cara layanan beliau seolah olah telah lama berkenalan kami.pada ketika itulah,aku mendapat satu ilmu untuk menjaga suara dari arwah yang mungkin aku tak ambil kisah jika tak berkecimpung dalam dunia nasyid....jangan minum ais.
dan pada hari ini,dunia nasyid kehilangan sebutir permata yang amat berharga.
permata yang takkan tiada galang gantinya.kehilangan seorang penasyid dan juga pendakwah yang amat aku hormati dan sanjungi.semoga roh beliau dan seluruh umat islam dicucuri rahmat oleh ALLAH dan ditempatkan dalam golongan orang2 yang menjadi kekasih ALLAH....AMIN..AMIN...YA RABBAL 'ALAMIN......
perginya takkan kembali lagi....
AL-FATIHAH.....
ustaz asri dalam kenangan (1969-2009)
ustaz asri dalam kenangan (1969-2009)
2 comments:
innalillahi wainnailaihirajiun...
lagu munajat tu memang antara yang terbaik!
Moga arwah ditempatkan bersama orang2 yg beriman...
salam...
amin...
Post a Comment