Sunday, January 10, 2010

kemuncak....program bersama anak yatim pelarian rohingya

salam dari selayang....

ALHAMDULILLAH....segala puji dan puja hanyalah untuk ALLAH kerana dengan limpah kurnia dan keizinan dariNYA,program bersama anak yatim pelarian rohingya telahpun diadakan dengan jayanya dan berakhir dengan baik pada hari ini (10-01-2010).

setinggi tinggi penghargaan saya ucapkan kepada pengarah MUSLIM AID haji wan rusli wan muda kerana sudi untuk bersama sama menjayakan program ini.kepada sahabat seangkatan muhammad (MUSLIM AID) dan sis yus (KOMUNITI SHUKUR) serta kak su yang sudi meluangkan masa untuk membeli barang keperluan untuk disumbangkan kepada madrasah hashimiah.terima kasih juga diucapkan kepada puan ellinur (totcupcakes) diatas persiapan jamuan,cenderamat serta sumbangan dan seorang hambaALLAH yang sudi menyumbangkan rm 1000 untuk membeli barang barang keperluan madrasah anak anak yatim ini.
tak lupa juga kepada sahabat sahabat dari KOMUNITI SHUKUR (dyrana,alhana) dan sahabat dari HALAQAH (adeq3101,nor_207,hidayah_aniz,faseh,amna,adeq_fauzy,
awit1910,fairuzniza,an-nisa,wajdani,zue_mujahidah) dan sukarelawan yang sudi hadir untuk bersama sama meraikan anak anak yatim ini.semoga ALLAH mengurniakan kasih sayangNYA diatas balasan kasih sayang kita terhadap anak anak yatim ini.

disini saya lampirkan sedikit laporan untuk makluman semua....

kehadiran ahli KOMUNITI SHUKUR:
1 - rahmanw
2 - muhammad
3 - alhana
4 - dyrana
5 - sis yus dan kawan

kehadiran ahli HALAQAH:
1 - adeq fauzi
2 - faseh
3 - adeq3101
4 - nor_207
5 - hidayah_aniz
6 - amna
7 - awit1910
8 - fairuzniza
9 - an-nisa
10- wajdani
11- zae_mujahidah

09:30 pagi - ketibaan muhammad dan keluarga puan ellinur
10:00 pagi - ketibaan pengarah MUSLIM AID
- kata-kata aluan dari rizal (alhana)
- kata-kata aluan dari wakil MUSLIM AID (muhammad)
- kata-kata aluan dari wakil KOMUNITI SHUKUR (rahmanw)
- kata-kata aluan dari wakil keluarga ellinur
10:20 pagi - sesi taaruf anak-anak yatim dan tetamu yang hadir
- acara dimulakan (indoor games)
1- permainan terbahagi kepada 2 kumpulan:
i- permainan puzzle untuk kanak-kanak yang berumur 12 tahun kebawah
ii-permainan saidina,scrabble dan karom untuk remaja yang berumur 13 tahun
keatas.
10:30 - ketibaan ahli HALAQAH.
11.00 - ketibaan wakil MUSLIM AID.
11:30 - jamuan makan.
12:00 - meneruskan aktiviti (indoor games)
12:25 - majlis menyampaikan cenderahati kepada anak-anak yatim (sumbangan dari
puan ellinur)
12:35 - persembahan nasyid dari anak-anak yatim
- lagu pertama bertajuk : HABIB MUHAMMMAD RASULULLAH
- lagu kedua bertajuk : MAULA YA SALLIY
- guru bimbingan nasyid :ustaz yusuf.
01:30 - solat zohor berjemaah.
02:00 penutup dan bersurai.

gambar akan menyusul kemudian....

No comments: