salam dari kuala lumpur.....
alhamdulillah....pagi tadi saya bersama 2 orang ahli shukur dan seorang sepupu telah berkesempatan melawat rumah anak yatim ini...
insyALLAH...esok mereka akan adakan aktiviti seolah olah sukaneka....dan insyALLAH saya akan berkunjung kesana esok....
untuk makluman semua.....
SUMBANGAN TETAP ADALAH DARI SEBUAH PERSATUAN BUDDHA YANG BERPENGKALAN DI TAIWAN IAITU PERSATUAN BUDDHA SUCHI....
PERSATUAN INILAH YANG MEMBAYAR SEWA BANGUNAN YANG DIGUNAKAN OLEH RUMAH ANAK YATIM INI KIRA KIRA RM 1400 SETIAP BULAN...
MEREKA JUGA TELAH MEMBELI MESIN BASUH DAN JUGA PERNAH MENAJA SEORANG GURU BAHASA MELAYU UNTUK RUMAH ANAK YATIM INI...
PERNAH JUGA DICERITAKAN OLEH PENGETUA MADRASAH INI....
SEORANG YANG MENGGELARKAN DIRINYA USTAZ PERNAH DATANG MELAWAT....APABILA MENGETAHUI SEWA MADRASAH INI DIBIAYAI OLEH PERSATUAN BUDDHA...ORANG YANG MENGGELARKAN DIRINYA USTAZ NI DENGAN SEWENANGNYA MENGELUARKAN FATWA BAHAWA HARAM MENERIMA BANTUAN DARI ORANG BUKAN ISLAM TANPA CUBA MENCARI JALAN PENYELESAIAN DIATAS MASALAH INI....SEDANGKAN DIA SEDIA MAKLUM BAHAWASANYA MADRASAH NI 100% BERGANTUNG PADA SUMBANGAN ORANG RAMAI....
OLEH KERANA TIDAK ADA SATUPUN PERSATUAN ISLAM YANG TAMPIL MEMBANTU...MAKA MEREKA TERPAKSA MENERIMA BANTUAN WALAUPUN BUKAN DIKALANGAN ORANG ISLAM....
ALHAMDULILLAH....
MUSLIM AID...SEBUAH BADAN BUKAN KERAJAAN DALAM USAHA MEMBANTU DARI SEGI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN INSAN...
MEREKA AKAN MEMBERI FOKUS PENDIDIKAN KEPADA ANAK2 YATIM ROHINGYA INI MANAKALA PEMBANGUNAN INSAN DITUMPUKAN PADA GOLONGAN DEWASA IAITU KAKITANGAN MADRASAH INI SEPERTI KELAS BAHASA MELAYU DAN KELAS MENJAHIT.
ALHAMDULILLAH...BUAT MASA INI RAMAI YANG TAMPIL MENYALURKAN DERMA MELALUI MUSLIM AID..DENGAN SUMBANGAN INI LEBIH BANYAK PROGRAM DAPAT DILAKUKAN...
MAKA PERANAN SUKARELAWAN ADALAH AMAT AMAT PENTING SEPERTI MEMBERI PENDAPAT DAN PENYELESAIAN SERTA MENGANJURKAN PROGRAM KECILAN MAHUPUN BESARAN....DAN MEMBERI BUAH FIKIRAN DALAM HAL PENGISIAN ROHANIAH DAN JASMANIAH UNTUK ANAK2 INI SEBAGAIMANA PROGRAM YANG AKAN KITA LAKSANAKAN NANTI...INSYALLAH....
WALLAHUA'LAM...
2 comments:
alhamdulillah.. moga nasib mrk akan terbela.. kita wajib membantu mrk mmg dah jd tanggungjawab kita bersama
moga Allah akan melimpahkan rezeki pd yg telah membantu dgn keikhlasan.. Amin
salam..
terima kasih kak maiyah...
semoga usaha yang dilakukan...dipermudahkan dan diberkati oleh ALLAH...amin....
Post a Comment