Monday, January 4, 2010

sukaneka rumah anak yatim pelarian rohingya

salam dari selayang.....

alhamdulillah....
pada hari ini saya berkesempatan untuk menyaksikan acara sukaneka di madrasah hashimiah atas jemputan sahabat saya muhammad dari muslim aid.
acara telah dimulakan pada pukul 9 pagi dan berakhir pada pukul 5 petang.

sukaneka ini berlangsung didalam madrasah yang agak atau boleh saya katakan amat-amat sempit untuk menjalankan aktiviti seperti ini.keluasannya bolehlah saya anggarkan kira-kira 20x70 kaki.

betapa simpatinya apabila melihat akan kedhaifan mereka menjalankan kehidupan dibumi malaysia ini.segala-galanya serba kekurangan hinggakan terpaksa mendapatkan bantuan dari persatuan bukan islam.
namun begitu,kegembiraan dan senyuman tetap terpancar diwajah mereka biarpun status pelarian menyekat mereka untuk mengecap kebebasan dalam kehidupan.dan begitu jelas kelihatan perasaan puas dihati mereka setelah dapat menjayakan sukaneka ini.

lupakanlah status mereka.....abaikanlah bangsa mereka......apa yang pasti sebagai ummat islam,adalah menjadi keutamaan untuk kita membantu saudara-saudara kita ini.jadi kepada meraka yang ingin menghulurkan sumbangan kewangan,alat tulis,barang-barang keperluan harian seperti beras,susu,gula dll...
bolehlah hubungi muhammad ditalian 012-3377195.
bantuan anda amatlah mereka harapkan dan diucapkan jutaan terima kasih.


video




gambar-gambar sekitar acara sukaneka :-



pengetua madrasah

tenaga pengajar....fasih berbahasa arab


persiapan makan biskut











































1 comment:

Miss jane said...
This comment has been removed by a blog administrator.