Friday, July 31, 2009

lilin vs kalungan bunga

salam dari melaka.....


NIZAR





NAJIB




korang paham ke tak apa yang aku nak sampaikan ni?
ringkas kata la.....

yang sorang tu buat benda tak haram tapi dilabelkan haram....

yang sorang pulak buat keje jahiliyah zaman RASULULLAH SAW yang memang dah terang-terang haram tapi......eh......eh......eh.....senyap je.......macam tak harammmmm je.......mana suara mufti?mana suara ustaz puak-puak sana?

BERSUARA LA WOIIIIIIII!!!!!
AKU NAK TAU APA HUKUM LETAK KALUNGAN BUNGA KAT TUGU.........

Menanti Di Alam Barzakh

salam dari melaka.....

nak download:klik




Menanti Di Barzakh
Album : Halawatul Iman
Munsyid : Far East


Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan x2

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata.

Thursday, July 30, 2009

makanan dan hikmahnya dalam islam

salam dari melaka.....


ROTI (KHUBZ)
roti paling bagus kerana diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar yang bulat.roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan,jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya.roti sudah lama dan tidak elok kerana akan menyebukan perut.
roti terdapat sekam gandum mudah dicernakan.







JINTAN MANIS (ANISUN)
jintan manis banyak khasiatnya,melegakan kesakitan dalam badan,melancarkan aliran keluar haid,membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus dan boleh digunakan dalam bentuk serbuk serta disapu disekeliling mata untuk menguatkan pandangan mata.







EPAL (TUFFAH)
epal masam lebih sejuk daripada epal manis dan boleh menguatkan organ hati








ASPARAGUS (HIYAWN)
asparagus berkhasiat untuk membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.









PISANG (MAWZ)
pisang boleh menyejukkan badan dan boleh dimakan dengan madu lebah.









BARLI (SYA'IR)
barli berkhasiat sebagai penyejuk badan.RASULULLAH pernah memberi sup barli kepada orang demam.







SELASIH (MANIS RAYHAN)
selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati,memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampur air.






MENTEGA (ZUBDAH)
mentega khasiatnya memanas dan melembabkan.baik untuk menghilangkan sembelit.mentega dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.





BUNGA KOBIS (QUNNABIT)
sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan









CHAMOMILE (BABUNAJ)
kegunaan chamomile melancarkan aliran haid dan kencing serta sangat berguna untuk memanaskan badan.







LOBAK MERAH
kegunaannya memanaskan badan dan melancarkan aliran air kencing.









KULIT KAYU MANIS (DARCHIN)
kulit kayu manis merupakan pemanas badan.minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam.
ia merupakan campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.





LIMAU
limau kulit tebal,warna kuning pucat,kurang mengandungi asid (utrujj).
limau menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik2 pada kulit,menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.





BIJI HITAM (HABB AL SAUDA)
NABI SAW Bersabda,"jadilah seperti biji habbal sauda kerana biji ini ubat segala penyakit kecuali kanser dan mati".
ALLAH SWT turut menunjukkan bahawa 'ia' itu ialah habb al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam.baik untuk merawat "leukoderma" dan membuka saluran urat yang halus.
berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.



AYAM (DAJAJ)
memudahkan penghadaman,membetulkan imbangan badan,baik untuk otak dan badan,serta mencantikkan paras rupa.
bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh meyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur.








BIJI KOPI (QAHWAH)
sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah.
menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.








TIMUN (QITTA')
yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil.
makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.









JINTAN PUTIH (KAMMUN)
jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan.
jintan putih direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.







KURMA (TAMR)
NABI SAW pernah Bersabda,"rumah yang tiada tamar adalah rumah yang tiada makanan".
NABI SAW sendiri pernah menanam tamar.
kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.

Wednesday, July 29, 2009

jom turun!!!!


3 hari lagi!!!!!!!!!!!!!


apa ada dengan coke????

salam dari melaka.....



Fakta tentang COKE

coke mengandungi alkohol--->klik

Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat
oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari
seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.
Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan
2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku
kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba
tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna?

Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau
hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan
selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari
tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk
mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap
bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat
hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri
kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang
setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin
Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan
minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa
coke.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit ? Celup tuala dengan Coke dan
lap. Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di
Yawata tu kerana ianya amat mahal!


Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh
meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka
ni!
Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain
dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.

Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori
yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran
"Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga
diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong
jangan letak/parkir kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran
tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.

Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian
enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh... mesti buat overhaul ni!

Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh
kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi
tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!.
Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak
terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum
tidak berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu. Semua minuman ringan
menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo,
F&N dll. Sama jer! Anak bapak dan Keluarga 69.

Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk
meghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam
candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun
coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu.

Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam
mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu
hilang/lebur dalamasa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni,
kot-kot gigi tu bleh hilang!

Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer! Anda
minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.


Di India, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para
peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga
perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak.
Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh
serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot? Cubalah!

Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi 100%. Kat Mekah ada
Mecca Cola. Betul ker? Yang pernah pi Mekah bleh confirm kot?

Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci
cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur serangga
dll. Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahan
cuci/pelincir/penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas anda boleh
cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Yang mana tak pass sains khasnya
kimia dulu masa sekolah bolehlah buat eksperimen sains kimia ni kat rumah.

Tepuk dahi tanya hati... .nak minum ke tak? Saya pun minum sekali sekala!
Sama-samalah kita bercoke sambil singgah KFC [Syarikat Yahudi gak!], time
raya, time parti, time kenduri , time bola piala dunia dll.

-aku dah lama tak minum coke ni....stop sejak dapat tau coke ni milik yahudi...nak2 lak bila bukak youtube,macam2 yang diorang buat untuk buktikan coke ni memang ada kesan sampingan...bertambah2 anti bila terbaca yang syarikat coke ni salah satu penyumbang kepada israel untuk membunuh umat islam palestin....
memang....pasti akan ada yang kata....kalau nak boikot...kena boikot semua...komputer pun kena boikot,internet pun kena boikot...bla..bla..bla..
tak leh nak boikot coke je.....
jawapan aku.......pedulik hape aku....aku nak boikot,sukati aku le......hahahahaha...(gurau...gurau...jangan le mare...ngeh...ngeh...ngeh...)
aku dah sampaikan kat korang yang masih suka minum coke....samada korang nak terima atau tak,itu hak korang....
-WALLAHUA'LAM-


Wednesday, July 22, 2009

alahaiiiiiii........

salam dari melaka.....

kalau aku jadi cikgu....mau terjun tingkap baca karangan budak ni.....hehehe.....


Tuesday, July 21, 2009

Kalau betul Tuhan tu baik, kenapa buat neraka?

salam dari melaka.....

petikan: sini



Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:
"Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:
"perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.

"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi:
"Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya:
"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak.

Assalamu'alaikum."

terima kasih

salam dari melaka....





Monday, July 20, 2009

tips kesihatan

salam dari melaka.....

sekadar gambar hiasan

Menjaga kesihatan adalah dituntut oleh Agama. Banyak cara menjaga kesihatan tubuh badan maupun dari segi sains dan diajar oleh Al-Quran antaranya adalah spt:-

1. Bersenam @ beriadah.
2. Mengawal makanan.

Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. InsyAllah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan.(memang terbukti keberkesanan).

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-

1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3. waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. dengan bersujud makan darah akan mengalir keruang berkenaan.

4. dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala

Dalam ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yng terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)


TEKANAN DARAH TINGGI ( HIPERTENSI )

Fakta : Tinjauan Nasional & Morbiditi Malaysia (1996) - Sun, Selasa Mac 6hb 2001 - 33% orang dewasa - 2.6 juta berumur 30 thn - 90% boleh dikawal dgn diet, makanan tambahan, mengubah gaya hidup Sebab : - 85 - 90% faktor keturunan - 40% faktor ahli keluarga terdekat - 23% garam berlebihan

BAGAIMANA TEKANAN DARAH TINGGI DITAKRIFKAN

KATEGORI SISTOLOK/DIASTOLIK PENGESYORAN Normal Kurang dpd. 130/85 Periksa semula dlm masa 2 thn Normal Tinggi 130-139 / 85-89 Periksa semula dlm masa 1 thn; ubag gaya hidup Hipertensi Peringkat 1 140-159 / 90-99 Sahkan dlm 2 bln; ubah gaya hidup Peringkat 2 160-179 / 100-109 Penilaian Perubahan; mulakan rawatan dlm masa sebulan Peringkat 3 180-209 / 110-119 Penilaian Perubahan; mulakan rawatan dlm masa seminggu Peringkat 4 210 / 120 dan lebih Penilaian perubatan dan rawatan segera

GEJALA-GEJALA YG BIASA
1. Mengalami pitam 2. Penglihatan kabur 3. Berasa Teganag tanpa sebarang sebab (stress) 4. Muka menjadi kemerahan 5. Hidung berdarah secara spontan 6. Sakit Kepala waktu pagi 7. Telinga Berdegung / berdesing 8. Perasaan gundah tanpa sebarang sebab @ emosi tak stabil 9. Gayat tanpa sebab

TANDA AMARAN KRONIK

Serangan Iskemia Sementara (TIA) * "Strok kecil" yg datang sekejap shj dan buat sementara waktu mengurangkan bekalan darah ke bahagian otak. * Dalam masa 5 thn, 35% akan mengalami strok sebenar. * Sebab: Gumpalan kecil ke saluran arteri - separuh tersumbat - bekalan ke otak tidak mencukupi. * Kawal tekanan darah; 130-139 / 85-89 meningkatkan risiko strok 50%. * Gejala; lemah badan, rasa berdenyut, kebas tangan / kaki - sebelah / kedua belah, masalah percakapan / penglihatan, kebingungan, vertigo, tidak seimbang, koodinasi kurang baik.


2 JENIS STROK ASAS

'Strok trombik' (serangan jantung ke otak) * Saluran darah yg membekalkan darah ke otak menjadi sempit disebabkan oleh penimbunan plak berlemak (darah bergumpal di dalam saluran darah) * Simptom; badan lemah, lumpuh, pertuturan tergangu, koma berpanjangan. 'Strok Berdarah' * Pendarahan di otak akibat kepecahan anerisme * (Tiub lemah - membonjol keluar - udara ditingkatkan - mengelembung - pecah) * Simptom; darah tinggi, punca ke 3 kematian adalah strok selepas penyakit jantung dan kanser.

AMALAN DIET
1. Elakkan garam - kreatifkan dgn menukar herba / rempah ratus.

2. Jangan makan daging proses: Hot Dog, burger, bebola daging...

3. Jangan makan sayur dalam tin.

4. Elak makanan bergoreng, kulit ayam, lemak daging, makanan segera.

5. Hadkan Kafein: kopi, rokok...

6. Jauhi bahan pengawet, pewarna, perasa.

7. Awas lemak tersembunyi: santan dlm kari, nasi lemak, rot canai...

MAKANAN UNTUK DARAH TINGGI
1. Buah-buahan, sayuran, susu rendah lemak.

2. Diet kurang daging merah, ayam tiada kulit...

3. Kekacang, soya, dal dan dll...

4. Makanan tinggi kalium; kacang soya, ikan, ubi kentang, pisang

5. Kunyah daun saderi, banyakkan bawang putih/merah 6. Makanan tinggi kalsium, ikan salmon, sayur hijau berdaun (brokoli, kubis...)

7. Cara masakan rebus, kukus, panggang, sekali kala goreng.

UBAH GAYA HIDUP
* Pil perancang

* Rokok

* Alkohol

* Ketegangan (Stress)

* Amalkan Senaman

Sunday, July 19, 2009

layannnnn.......

salam dari melaka.....

mari melayan tag.....

1. Bekas kekasih saya adalah :
yang mana satu tu?
hahahaha................

2. Saya sedang mendengar :
isteri dari kumpulan instinct.....
nak dengar....sila klik
manyak syok woooooo........

3. Mungkin saya patut :
buat apa yang patut kot?

4. Saya suka :
apa yang aku suka....
hehehe

5. Sahabat-sahabat baik saya :
semua sahabat yang baik ngan aku....

6. Saya tak faham :
memang aku tak paham....apa soalan ni nak sebenarnya?

7. Saya kehilangan :
masa yang dah berlalu....bila difikirkan balik,rasa menyesal je bila masa tu berlalu macam tu je.....

8. Ramai yang kata :
mana la aku tau diorang kata apa....lain le kalau diorang bagitau kat aku....ish...

9. Makna nama saya :
PENGASIH.....ehem...ehem...

10. Cinta itu adalah :
kasih sayang?

11. Di suatu tempat, seseorang sedang :
apa soalan ni?
wat aku pening kepala la....

2. Saya akan cuba :
kumpul duit...pinang anak orang....ehek...ehek...
calon pun tak ada lagi ni....sape nak jadi calon aku...angkat tangan...
hahahaha.....

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud :
kekal abadi

14. Telefon bimbit saya :
n-gage QD

15. Bila saya terjaga dari tidur :
alhamdulillah....

16. Saya paling meluat bila :
tengok
orang yang menafikan hak ALLAH,orang yang riak,takabbur....walhal dia tak sedar dia tak layak guna sifat ALLAH tu.

17. Pesta/Parti adalah :
pesta tu apa?coklat choki2 baru ke?
parti islam semalaysia....ngeh..ngeh...ngeh...

18. Haiwan yang paling comel yang pernah saya temui ialah :
anak tucing yang dah berbulu....tomel...tomel....

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
zaman kanak2....

20. Hari ini :
sedang diharungi...

21. Malam ini saya akan :
malam buat apa lagi....tido le bang oiiii.......

22. Esok saya akan :
insyALLAH,mulakan kerja balik.dah cuti seminggu jaga mak aku yang tak berapa nak sihat.

23. Saya betul-betul inginkan :
ALLAH......
walaupun aku sedar,aku bukanlah hambaNYA yang taat.....

24. Ketika saya lihat wajah saya di cermin pagi ini...
tak ada beza macam semalam...alhamdulillah,walaupun tak hensem....tapi bersyukur dengan kurniaan ALLAH....

25. Pusat Membeli belah atau arked permainan :
jarang shopping la.....kalau pergi pun tak tentu...alah...pegi pasar malam je...
ps2 dah ada kat umah,wat pe nak bazir duit masuk tempat games lagi.

26. Makanan barat atau Jepun :
burger,pizza,french fries,chicken chop,
chicken pox....eh...makanan ke tu?
makanan jepun rasanya tak pernah makan....

27. Bilik yang terang atau gelap :
amende le soalan ni???
tak paham aku.......apa motif soalan ni sebenarnya???

28. Makanan Segera adalah :
cepat dimasak sedap dimakan...lagi best kalau dapat makan kat kedai...bertambah tambah best kalau ada yang belanja...hehehe...

29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang :
lom mati,camne nak kata ayat terakhir ek?

30. Siapa yang anda mahu TAG?
sahabat2 yang follow aku dan yang aku follow......
jawab...jangan tak jawab....


Anak Yatim Pelarian Rohingya :BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

salam dari melaka.....

petikan:blog seorang sahabat dari muslim aid


Lokasi: Rumah Anak Yatim dan Tahfiz Hashimiah, Selayang (Rohingya)

Tarikh: 22 Jun 09

Masa: 2.30pm


Alhamdulillah semalam saya bersama pelajar praktikal telah ziarah dan menghantar bantuan dalam bentuk ubat-ubatan seperti vitamin C dan bahan makanan seperti beras, minyak masak dan telur kepada rumah anak yatim Rohingya di Selayang. Kehadiran kami disambut oleh pengetua rumah tersebut iaitu Ustaz Hasyim. ketika di sana, kelas sedang dijalankan. Para guru terdiri daripada sukarelawan yang memberi khidmat mengajar dan juga bantuan kewangan kepada rumah kebajikan ini.

Menurut Ustaz Hasyim, kini mereka sedang berusaha untuk membaik pulih tandas yang digunakan lebih 100 orang pelajar termasuk 30 anak yatim di situ. Kos untuk membaik pulih hampir RM5000 dan kini sudah RM2000 terkumpul. Mereka masih cuba mendapatkan lagi RM3000 untuk memulakan kerja-kerja membaiki.

Lias bersama sorang pelarian Rohingya yang buta sebelah mata


kelas Tahfiz

Rumah anak yatim yang menempatkan pelarian Rohingya ini juga sudah memulakan persiapan menjelang bulan Ramadhan. Dengan sumbangan sebanyak RM150, dapat menaja anak-anak yatim serta pelarian Rohingya lain berbuka puasa untuk sehari. Jumlah yang akan berbuka puasa setiap hari dijangka 50 hingga 70 orang. Agak terkejut bagi saya, hanya RM150 dapat menampung sehingga 70 orang untuk berbuka puasa. Apabila ditanya kepada Ustaz Hasyim, sajian untuk berbuka puasa nanti ialah bubur daging atau ayam bersama tiga jenis kuih yang sudah cukup mewah bagi mereka.


bekas-bekas air kosong sebagai air minuman

tandas yang sudah rosak, dan perlu dibaik pulih

sesi bergambar bersama Ustaz Hasyim


bersama Ustaz Hasyim

Saya menyeru kepada pembaca blog serta orang ramai, anda boleh menyumbang
untuk
1- pembaik pulih tandas yang bakal digunakan oleh anak-anak yatim, tahfiz dan mereka yang solat disitu, atau
2- tajaan puasa untuk sehari bernilai RM150 yang dapat memberi 50 hingga 70 orang anak yatim dan warga Rohingya untuk berbuka puasa.

Pada yang berminat boleh menghubungi Ustaz Hasyim terus di 019-2621671 atau hubungi saya di 012-3377195. Sumbangan melalui Muslim Aid akan menerima pengecualian cukai (rujukan LHDN: 01/35/42/51/179-6.6487)
p/s maklumat lanjut tentang pelarian Rohingya di sini


Saturday, July 18, 2009

makanan anti kolestrol

salam dari melaka.....


1. SOYA
Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses.
Kacang soya me
ngandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat
galian.Ia juga Dpt menghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya
kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan
kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)



2. KUACI
Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah
dgn
zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan
kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis
labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan
kolestrol.



3. BUAH KERING
Antara pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling
banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan
lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Flavanoid
juga boleh diperolehi dalam teh, brokoli, tomato, bawang serta delima.



4. EPAL
Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk
membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan.
Kanak-kanak yg m
emakan makanan segera dan kemudian memakan epal @ minum
jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku
lemak dlm badan.



5. IKAN TUNA
termasuk sumber asid
lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan
makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan
kadar kolestrol LDL.



6. KACANG TANAH
Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya
dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak
merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan
jantung.



7. MANGGA
Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing,
kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya
mencegah koles
trol LDL dlm tubuh.



8. KISMIS
Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiapa yg
mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan
kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%.




9. OAT
Lebih daripada
kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan
bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam
darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit
jantung sekiranya dijad
ikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol
anda.



10 JAMBU BATU
Ia mampu
menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%.
Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi
memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan
ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi
mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang,
jambu batu adalah pilihan yg sesuai.



- AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT -