Tuesday, July 7, 2009

(18SX) Bukan cerita politik Manek Urai : Rokok, seksi dan "Asphyxial Death"

salam dari melaka.....

kredit kepada wak al banjari

Sejak hari Ahad yang lalu, masa wak banyak habis diatas jalan antara Manjung dan Parit Buntar. Jika diukur jarak perjalanan pergi dan balik diantara 2 tempat itu, jaraknya kurang lebih 340 km. Ini bermakna dalam tempoh itu telah ada 3 perjalanan jauh pergi dan balik, dan yg terakhir pagi tadi bila wak tiba dirumah pada jam 3.30 pagi setelah bergerak dari Manjung selepas tengah malam.

Sungguh meletihkan, namun tiada pilihan selain ditelan seadanya musibah yg menimpa salah seorg ahli keluarga sebelah ibu wak yg kini koma kerana serangan jantung yg tiba-tiba. Punca utama kerana tabiat merokok dan ketagihan yg sukar untuk beliau berhenti biarpun telah hampir 40 tahun candu dan asap meracuni tubuh badannya. Beliau seorg perokok tegar. Dan kini terlantar koma di wad 7, ICU Hospital Sri Manjung. Apapun hanya doa dapat dipohon kepada Allah swt. agar beliau kembali sihat, andai masih diberi nyawa oleh Allah, mungkin selepas ini beliau akan berhenti merokok, seterusnya membenci rokok yg telah memberi kerosakan kepada paru-paru dan jantungnya. Maka, iktibar sebegini pasti menjadi rujukan rakan2 dan ahli keluarga yg lain yg masih memperasap mulut selepas makan dgn jenama rokok yang macam-macam. Dan doa yg berterusan terus mengiringi agar beliau sembuh seperti dahulu.


Itu satu perkara, namun perkara kedua yang wak tuliskan pada pagi ini, juga berkisar kepada soal makan dan eksesori lepas makan. Jika diatas ada iktibarnya dan dibawah ini juga ada kisahnya.

Jam 2.10 pagi, wak berhenti di hentian rehat Bukit Merah (Gunung Semanggol) arah utara. Perut pun memang dah lapar sangat kerana sejak dari petang wak belum lagi mengambil makanan untuk alas perut. Sekadar mengisi dgn kudapan, dengan makanan yg ringan apalah sangat mampu kita harapkan. Setelah selesai menunaikan solat Isyak di musolla hentian, wak terus menuju ke gerai jajaan di situ. Suasana agak lengang biarpun jika dilihat di ruang parkir berpuluh kereta yg sedang berhenti, mungkin ramai yg tidur keletihan kerana lama memandu. Biarkan. Setelah mengambil sebungkus nasi lemak 'bucu tajam' berbalut daun pisang dan secawan kopi o panas, makanan biasa buat marhaen yang belanjanya kurang dari RM2.00, cukuplah untuk alas perut sebelum tiba dirumah. Maka makanlah wak, biarpun nasi lemak yg ditulis di cermin jajaan itu dikuatkan dengan perkataan, 'Nasi Lemak Kukus..panas..panass..! ', tapi hanya gah pada tulisannya sahaja, tidak kepada hidangannya, nasi lemaknya telah 'sejuk', tiada pilihan lagi, belasah saja kerana itulah pilihan yg ada di pagi buta di tepi lebuhraya. Jika selalunya selepas makan, pasti wak akan perasap dgn rokok, tapi bila diingat semula apa yg telah terjadi kepada ahli saudara wak yg koma di Sri Manjung itu, gian rokok tiba-tiba hilang begitu saja. Malah telah 3 hari jugalah wak bebas dari rokok, harap wak akan berhenti dengan jayanya.

Apapun yg benar-benar menarik perhatian wak ialah santapan 'mata' di hadapan meja wak. Satu pasangan yg muda, wak kira dalam umur 25-26 tahun. Sejoli. Romantik dan seksi. Tiba dimeja hadapan tanpa ada rasa sedikit malu kerana terus 'berghairah'. Apa tidaknya, wak kira perempuan yg putih dan cantik itu, memang seorg melayu. Dapat dibuktikan bila percakapan dan ketawanya berintonasikan 'melayu', benar ia seorg melayu. Manakala rakan lelakinya itu seorg lelaki cina yg muda, yang wajahnya ada iras wajah pelakon Akasha. memang seorg cina kerana dialek dan intonasi jelas sampai ke telinga wak bukan dari 'gen' melayu.

Penampilan mereka, benar2 menghilangkan keinginan wak terhadap rokok, hapus sama sekali. Apa tidaknya, jika dihadapan wak diterjahkan dengan pandangan pasangan sejoli yg cukup seksi, yg lelaki lebat bulu kaki sampai ke peha, yg perempuan berseluar pendek memutih gebu pehanya, ditambah lagi dengan baju t'shirt yg cukup ketat menonjolkan 'nasi lemak'nya yg lebih mantap dan terjojol, besar dan mengkal, hakikatnya lebih mantopp dari nasi lemak 'bucu tajam' yg wak makan tadi., malah dapat dilihat jelas lurah 'nasik'nya yg sengaja dibukakan butang untuk santapan mata yg tidak berdosa. Aduhh..tidak keruan jadinya..!! Syaitan betul2 sedang ketawa. Wak diketawakan oleh syaitan...sampai terangkat-angkat ekornya ketawa guling-guling wak kira. Nasib baik 'ekor' wak tak naik sama, letih beb ! Takpalah..dosa tanggung sendiri-sendiri.

Rupanya setelah sampai hidangan dimeja mereka, 'aksesori' sebelum makan, kena bercium mulut dulu, mungkin utk bertukar2 enzim air liur bagi proses penghadaman makanan..ceh ! cilakaa punya makhluk !! Hebat anak muda zaman 1Malaysian ni ! lebih hebat dari zaman wak, zaman 'Penerapan Nilai-Nilai Islam' 20 tahun dulu. Kat leher dah berbalam tompok merah kena 'sedut' dgn aksi 'syaitan' barangkali ketika dlm kereta, wallahuaklam..!! Nampaknya wak gagal lagi untuk tidak melihat aksi dan aksesori 'makan' anak muda yg terkini. Oleh kerana 'degil'nya wak, wak tunggu sehingga habis aksi 'makan' mereka. Memang benar, habis makan, rokok juga yg dikeluarkan dari saku teman lelakinya yg jelas nampak tatoo berlambangkan 'love angle ' dilengan kirinya. Waduhhh..lepas hisap..boleh pulak si minah tu mintak teman lelakinya pi sapu losyen kat leher dia pulak..yelah kut, dah lunyai dan banjir dgn air liur, mesti tak selesa..so taruhlah losyen..bagi stabil balik..untuk aksi seterusnya. Kurang lebih 20 minit, mereka beredar meninggalkan wak dgn dosa yg wak dapat tanpa disangka. Meninggalkan lokasi yg menjadi buruan mata pengunjung lain, penuh seksi dan pelukan yg erat, seakan tidak mahu berpisah dari dunia fantasi anak muda, yang ukuran dosa pahalanya menjadi perkara terakhir utk dicula.

Hakikatnya, rokok, aksi seksi dan terlampau serta 'aksesori' makan benar2 membahayakan jantung manusia. Bisa buat jantung manusia berhenti berdenyut, begitu juga bila saat 'berghairah' begitu, jantung menjadi cukup kencang, andai gelora tidak terkawal, bisa bikin "Asphyxial Death" boleh berlaku tanpa diduga.

(*) Jam 11.50am ini, wak baru dimaklumkan bahawa ahli keluarga wak yg koma di ICU, Hospital Sri Manjung telah meninggal dunia. Al-Faatihah. Wak akan bergerak ke sana semula untuk upacara pengkebumian jenazahnya. Dari Allah kita datang, dan kepadaNya kita akan kembali. Dan sesungguhnya Mati itu Benar.


p/s:yang aku nak tekankan adalah bahayanya rokok....
cara wak al-banjari menyampaikan pendapat dia dalam bab seksi tu........ alahai...tak dapek den nak nolong.....





No comments: