Thursday, July 9, 2009

kerosakan PPSMI

salam dari melaka.....



sumber detikdaily




Bolehkah diperbaiki kemusnahan akibat melaksanakan PPSMI yang telah dilaksanakan oleh pemerintah BN sejak dari tahun 2003 ? Lihat kerosakan dan kemusnahan yang terjadi berdasarkan keangkuhan, kerakusan dan pembohongan pemimpin-pemimpin BN ;




1- Selain pemantauan kementerian, Laporan Trends in Mathematics and Sciences Study 2007 juga menyatakan kedudukan murid Malaysia dalam subjek Sains merosot daripada tangga ke-20 pada 2003 ke-21 pada 2007. Bagi subjek Matematik pula, laporan sama menyatakan kedudukan murid Malaysia merosot daripada tangga ke-10 pada 2003 kepada ke-20 pada 2007.

2- Kajian universiti tempatan pula mendapati tahap peningkatan penguasaan bahasa Inggeris murid adalah di tahap nominal, iaitu tidak melebihi tiga peratus sepanjang pelaksanaan PPSMI yang bermula sejak 2003.

3- Peratusan murid yang mendapat gred A, B dan C bagi mata pelajaran Sains dalam UPSR 2008 merosot daripada 85.1 peratus kepada 82.5 peratus bagi sekolah bandar dan daripada 83.2 peratus kepada 79.7 peratus sekolah luar bandar.

4- Peratusan murid yang mendapat gred A, B dan C bagi mata pelajaran Sains dalam UPSR 2008 untuk subjek Matematik bagi murid bandar merosot daripada 84.8 peratus kepada 80.9 peratus, luar bandar merosot daripada 80.9 peratus kepada 77 peratus.
5- Jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar dalam subjek Sains dan Matematik semakin melebar.

6- Pembaziran sumber kewangan yang mencecah ke angka melebehi RM5 billion

Anehnya setelah melakukan kerosakan selama hampir 6 tahun terhadap bahasa Melayu dan anak-anak yang tercicir akibat perlaksanaan PPSMI sebagaimana data-data yang di atas, Muhyiddin dengan sombongnya menyatakan ;
"Kabinet semalam meluluskan strategi baru untuk memartabatkan bahasa Malaysia serta memantapkan pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan."




No comments: