salam dari melaka.....
kredit kepada YB LIM
mohroslan
"Artikel ini berbeza dengan artikel biasa saya yang berkaitan politik. Artikel kali ini berhubung pengalaman saya mengislamkan ramai sahabat dari kaum bukan Melayu dan sikap kaum Melayu yang seakan-akan benci melihat orang masuk Islam, secara tidak sedar. Ini lebih ketara dalam kes Shahrukhkhan dan Micheal Jackson. Mari lihat analisa lengkap dalam isu ini.
1.Tiada hajat pun
Kebanyakan orang melayu suka mencerca kaum Cina dan kaum bukan Islam lain tetapi tidak pernah berhasrat mengislamkan sesiapa. Sekiranya berhasrat, anda boleh memperkemaskan ilmu anda berhubung akidah lalu menyertai NGO seperti ABIM khususnya di bahagian Outreach.
2. Suka pertikai keikhlasan saudara baru
Inilah yang saya paling menyampah sekali! Suka benar tanya ikhlas atau tak ikhlas nak masuk Islam. Yang dah Islam 30 tahun pun belum tentu ikhlas betul jadi tak payah kecoh la dengan saudara baru. Dia baru nak belajar Islam. Ada kes seorang saudara baru ingin masuk Islam (dari German) yang datang ke Malaysia dan berhasrat nak masuk Islam. Selepas di'soal siasat' berhubung keikhlasan beliau hendak masuk Islam, samada ikhlas atau hendak berkahwin dan sebagainya, alih-alih dia balik aje, tak jadi masuk Islam! Bodo sungguh institusi terbabit. Nabi pun mengembangkan Islam dengan perkahwinan sebagai satu cara dakwah, jadi apa yang nak kecoh sangat?!
3. Isu Micheal Jackson
Ramai yang kecoih samada Micheal Jackson betul-betul Islam atau tidak. Kalau dah ada saudara baru buat sidang media kata dia masuk islam, nak tanya apa lagi?. Kenapa ramai yang teringin sangat nak bertanya samada dia Islam atau tidak? macam tak selesa sangat bila orang masuk islam.
4. isu Shahrukhkhan
Ramai benar yang iya-iya nak bunuh Shah Rukh Khan kerna tak mengikut ajaran Islam. Sepatutnya kita dakwah dia dulu. Dampingi dan jelaskan Islam padanya dulu. HAri tu dia dah datang Melaka, sepatutnya kita bagi senaskah buku ringkas yang ada penjelasan tentang kesyumulan Islam. Kalau setakat nak maki cerca aje, yes, itulah stail lazim orang Melayu..
Marilah kita berubah. Wassalam
Mederator Cina Islam :
Pagi ini YB menerima email yang memanggilnya dengan panggilan "PAS muaalaf" dan kami menjawab email tersebut seperti berikut....
"awas, kalau panggilan muaalaf ditujukan kepada saya , saya membantahnya, saya sudah 22 tahun masuk Islam mana lagi boleh dipanggil muaalaf. Inilah perangai rakyat melayu malaysia , suka sangat memanggil bangsa lain dengan muaalaf, macamlah Islam hanya milik orang melayu sahaja. sudah lama bangsa saya di malaysia dihina dengan panggilan ini, sedangkan nenek moyang kami lebih dulu dari orang melayu masuk Islam di negara china."
-sejujurnya,memang tak dinafikan ada orang melayu masih memainkan sentimen perkauman dalam hal menganut agama islam ni seolah2 agama islam ni adalah hak mutlak orang melayu.kalau kita perhatikan berita2 yang melekat di dada akhbar mengenai mu'allaf.....mereka ini seolah olah di anaktirikan setelah mereka melafazkan syahadah.memang,tak dinafikan ada pantauan dari jabatan agama...tapi berapa lama?sebulan?dua bulan?lepas tu?lantak ko la jang.....pandai2 la ko bawak diri.....
akhirnya...terkontang-kantinglah mereka keseorangan tanpa tunjuk ajar dari kita sebagai muslim.ketika mereka dicemuh dan dihina oleh saudara-mara mereka,keperitan mereka bertambah-tambah lagi apabila ada manusia2 BODOH yang mengaku islam mempertikaikan kejujuran dan keikhlasan mereka,malah melayan mereka dengan cara yang paling hina sekali.
oleh kerana tekanan demi tekanan yang tak sanggup mereka terima....akhirnya mereka berpaling dan kembali ke agama asal mereka....jika ini yang terjadi...siapa yang harus dipersalahkan?
memang aku hairan melihat orang melayu yang jahil tahap klcc sanggup menyakiti hati mu'allaf....tetapi aku lebih hairan melihat ada orang2 dari jabatan agama sendiri yang memperlekehkan golongan ini.tu lak jahil tahap apa,aku pun tak tau le nak umpamakan....
tahukah kita wahai bangsaku.....menyakiti saudara seagama kita bagaikan menyakiti RASULULLAH sebagaimana yang di Sabdakan oleh Baginda yang bermaksud :“Barangsiapa menyakiti orang Islam, sesungguhnya dia telah menyakiti aku, dan barangsiapa menyakiti aku dia telah menyakiti Allah.”(Hadis riwayat Thabarani)
tahukah kita wahai bangsaku.....Rasulullah melakhnat orang2 yang menyakiti saudara seagamanya sebagaimana yang diSabdakan oleh Baginda yang bermaksud :“Dilaknat orang yang memudaratkan (membahayakan) muslim atau yang menipunya.”(Hadis riwayat Tirmidzi)
dan Sabda Rasulullah yang bermaksud :“Setiap muslim ke atas muslim yang lain haram baginya menumpahkan darahnya, mengambil hartanya dan mencabul kehormatannya.”(Hadis riwayat Muslim)
dan sabda Rasulullah lagi....
“Demi nyawaku yang ada dalam tanganNya (Allah), kamu tidak masuk syurga sehingga kamu beriman dan kamu tidak beriman kecuali kamu saling mencintai.”(Hadis riwayat Tirmidzi)
jadi,perlu ke kita orang melayu menyakiti hati saudara baru kita sedangkan kita sebagai bangsa yang terkenal dengan adab dan sopan santunnya?
dan perlukah kita sebagai muslim menyakiti hati muslim yang lain sedangkan kasih sayang sesama kita adalah salah satu cara untuk mendapat keredhaanNya dan syurgaNya?
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Seorang muslim adalah saudara bagi muslim. Dia tidak boleh menganiaya saudaranya dan tidak boleh pula membiarkan saudaranya teraniaya oleh orang lain. Dan barangsiapa yang membantu (mencukupkan) keperluan atau hajat saudaranya, maka Allah Ta‘ala membantunya pula (mencukupkan) keperluan atau hajatnya. Dan barangsiapa yang melapangkan kesulitan seorang muslim, maka Allah Ta‘ala melapangkan kesulitannya kelak di Hari Kiamat. Dan barangsiapa yang menutup aurat (keburukan) orang muslim, maka Allah menutupi pula keburukannya kelak di Hari Kiamat."(Hadis riwayat Bukhari)
wallahua'lam.....
No comments:
Post a Comment