Sunday, July 19, 2009

Anak Yatim Pelarian Rohingya :BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

salam dari melaka.....

petikan:blog seorang sahabat dari muslim aid


Lokasi: Rumah Anak Yatim dan Tahfiz Hashimiah, Selayang (Rohingya)

Tarikh: 22 Jun 09

Masa: 2.30pm


Alhamdulillah semalam saya bersama pelajar praktikal telah ziarah dan menghantar bantuan dalam bentuk ubat-ubatan seperti vitamin C dan bahan makanan seperti beras, minyak masak dan telur kepada rumah anak yatim Rohingya di Selayang. Kehadiran kami disambut oleh pengetua rumah tersebut iaitu Ustaz Hasyim. ketika di sana, kelas sedang dijalankan. Para guru terdiri daripada sukarelawan yang memberi khidmat mengajar dan juga bantuan kewangan kepada rumah kebajikan ini.

Menurut Ustaz Hasyim, kini mereka sedang berusaha untuk membaik pulih tandas yang digunakan lebih 100 orang pelajar termasuk 30 anak yatim di situ. Kos untuk membaik pulih hampir RM5000 dan kini sudah RM2000 terkumpul. Mereka masih cuba mendapatkan lagi RM3000 untuk memulakan kerja-kerja membaiki.

Lias bersama sorang pelarian Rohingya yang buta sebelah mata


kelas Tahfiz

Rumah anak yatim yang menempatkan pelarian Rohingya ini juga sudah memulakan persiapan menjelang bulan Ramadhan. Dengan sumbangan sebanyak RM150, dapat menaja anak-anak yatim serta pelarian Rohingya lain berbuka puasa untuk sehari. Jumlah yang akan berbuka puasa setiap hari dijangka 50 hingga 70 orang. Agak terkejut bagi saya, hanya RM150 dapat menampung sehingga 70 orang untuk berbuka puasa. Apabila ditanya kepada Ustaz Hasyim, sajian untuk berbuka puasa nanti ialah bubur daging atau ayam bersama tiga jenis kuih yang sudah cukup mewah bagi mereka.


bekas-bekas air kosong sebagai air minuman

tandas yang sudah rosak, dan perlu dibaik pulih

sesi bergambar bersama Ustaz Hasyim


bersama Ustaz Hasyim

Saya menyeru kepada pembaca blog serta orang ramai, anda boleh menyumbang
untuk
1- pembaik pulih tandas yang bakal digunakan oleh anak-anak yatim, tahfiz dan mereka yang solat disitu, atau
2- tajaan puasa untuk sehari bernilai RM150 yang dapat memberi 50 hingga 70 orang anak yatim dan warga Rohingya untuk berbuka puasa.

Pada yang berminat boleh menghubungi Ustaz Hasyim terus di 019-2621671 atau hubungi saya di 012-3377195. Sumbangan melalui Muslim Aid akan menerima pengecualian cukai (rujukan LHDN: 01/35/42/51/179-6.6487)
p/s maklumat lanjut tentang pelarian Rohingya di sini


No comments: