Thursday, July 2, 2009
Perang 10 Ramadhan/Yom Kippor menentang Israel 1973
salam dari melaka.....
Tanggal 6 okt 73 masyarakat yahudi seluruh Israel sedang merayakan Yom Kippur..hari paling suci..sejak pagi lagi mrk berpuasa dan berdoa kerana ia adalah Hari Perdamaian..Perdamaian antara mereka dgn tuhan..Korban haiwan dilakukan di Jurusalem..seterusnya mereka berehat dari melakukan sebarang kerja..kecuali berpuasa dan berdamai dengan tuhan..
Umat Islam sedang menyabut Ramadhan ketika itu..Semasa orang Yahudi sedang leka merayakan Yom Kippur..tiba2 tentera Mesir dan Syria menggempur sempadan negara itu..Di Bukit Golan, sejumlah 1400 buah kereta kebal Syria tiba2 muncul.. Tentera Israel kelam kabut..mereka tidak menyangka akan diserang secara mengejut seperti itu apatah lagi oleh ketumbukan tentera Islam Syria yg sedang berpuasa..
Bunyi letupan menggegarkan bumi..Sejumlah 180 kereta kebal Israel yg berkawal dikawasan itu, ditembak dan dihancurkan. Benteng pertahanan Israel serta merta jadi kacau bilau.. Tentera daratnya lintang pukang dihambat tentera Syria..Pada waktu yg sama, 80,000 tentera Mesir menyerbu Terusan Suez.. Mereka kemudiannya menggeroyok 500 tentera Israel yg berkawal dikawasan itu..Tentera Israel tidak mampu membuat apa2..serangan pantas tentera Mesir itu tidak mampu mereka tangkis..
Tentera Mesir mara ke dalam wilayah Israel tanpa disekat lagi.Tiada tentangan hebat yg mereka hadapi kerana Tentera Yahudi sedang leka merayakan Yom Kippur..Mereka juga tidak menyangka akan menghadapi serangan seperti itu kerana Umat Islam sedang berpuasa.. Pada meraka tidak logik tentera Syria dan Mesir akan melakukan serangan dalam keadaan lapar letih dan dahaga...Bagaimanapun, dalam keghairahan tentera Mesir mara kedalam wilayah Yahudi..pasukan payung terjunnya lewat menghulurkan bantuan..Dengan sednirinya ruang kosong terbentk di belakang pasukan Tentera darat ini...
Tentera Israel pantas mengisi ruang kosong tersebut..Tentera Mesir terkepung..Pada masa yg sama..di sebelah timur tentera Israel berjaya mengekang serangan tentera Syria..Kemaraan mereka untuk memberi bantuan kepada Tentera Mesir terhalang..Peperangan memasuki fasa satu yg berdebarkan
Pada bulan Ramadhan yg mulia itu..tentera syria seramai 60,00 orang dan Mesir seramai 300,00 orang berperang untuk menumpaskan keagkuhan sebuah bangsa yg bernama Yahudi..Kerajaan Iraq turut menghantar 60,000 tentera, 700 buah kereta kebal dan 73 pesawat pejuang..Perang semakin sengit..Mesir dan Syria semakin teruk diserang oleh tentera Israel yg dibantu abang angkatnya Amerika..situasi yg sebelumnya berpihak kepada Mesir dan Syria bertukar sebaliknya..Melihat keadaan yg semakin kronik,PBB segera mengeluarkan resolusi 339 dan mengarahkan genjatan senjata..Tarikh 26 Oktober 1973, Perang Ramadhan tamat..
Peperangan berakhir dengan 2,688 tentera Israel mati, 700 cedera, 314 ditawan dan puluhan lagi hilang..sebanyak 102 jet pejuang dan 1000 kereta kebalnya musnah.. Di pihak Syria, Mesir dan Iraq lebih teruk..seramai 15,000 tentera terkorban, 35,000 cedera, 8,300 ditawan, 2,250 kereta kebal musnah dan 432 jet pejuang hancur..Perang Ramadhan 1973 telah membuktikan tentera Israel bukanla sekuat yg disangkan..Ia akan tumpas kalau tidak dibantu Amerika.. Israel sebenarnya kalah teruk jika pasukan payung terjun Mesir berarak rapat dibelakang tentera daratnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment