Thursday, July 30, 2009

makanan dan hikmahnya dalam islam

salam dari melaka.....


ROTI (KHUBZ)
roti paling bagus kerana diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar yang bulat.roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan,jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya.roti sudah lama dan tidak elok kerana akan menyebukan perut.
roti terdapat sekam gandum mudah dicernakan.







JINTAN MANIS (ANISUN)
jintan manis banyak khasiatnya,melegakan kesakitan dalam badan,melancarkan aliran keluar haid,membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus dan boleh digunakan dalam bentuk serbuk serta disapu disekeliling mata untuk menguatkan pandangan mata.







EPAL (TUFFAH)
epal masam lebih sejuk daripada epal manis dan boleh menguatkan organ hati








ASPARAGUS (HIYAWN)
asparagus berkhasiat untuk membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.









PISANG (MAWZ)
pisang boleh menyejukkan badan dan boleh dimakan dengan madu lebah.









BARLI (SYA'IR)
barli berkhasiat sebagai penyejuk badan.RASULULLAH pernah memberi sup barli kepada orang demam.







SELASIH (MANIS RAYHAN)
selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati,memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampur air.






MENTEGA (ZUBDAH)
mentega khasiatnya memanas dan melembabkan.baik untuk menghilangkan sembelit.mentega dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.





BUNGA KOBIS (QUNNABIT)
sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan









CHAMOMILE (BABUNAJ)
kegunaan chamomile melancarkan aliran haid dan kencing serta sangat berguna untuk memanaskan badan.







LOBAK MERAH
kegunaannya memanaskan badan dan melancarkan aliran air kencing.









KULIT KAYU MANIS (DARCHIN)
kulit kayu manis merupakan pemanas badan.minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam.
ia merupakan campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.





LIMAU
limau kulit tebal,warna kuning pucat,kurang mengandungi asid (utrujj).
limau menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik2 pada kulit,menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.





BIJI HITAM (HABB AL SAUDA)
NABI SAW Bersabda,"jadilah seperti biji habbal sauda kerana biji ini ubat segala penyakit kecuali kanser dan mati".
ALLAH SWT turut menunjukkan bahawa 'ia' itu ialah habb al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam.baik untuk merawat "leukoderma" dan membuka saluran urat yang halus.
berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.



AYAM (DAJAJ)
memudahkan penghadaman,membetulkan imbangan badan,baik untuk otak dan badan,serta mencantikkan paras rupa.
bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh meyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur.








BIJI KOPI (QAHWAH)
sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah.
menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.








TIMUN (QITTA')
yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil.
makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.









JINTAN PUTIH (KAMMUN)
jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan.
jintan putih direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.







KURMA (TAMR)
NABI SAW pernah Bersabda,"rumah yang tiada tamar adalah rumah yang tiada makanan".
NABI SAW sendiri pernah menanam tamar.
kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.

No comments: