Friday, October 30, 2009
doa untuk gaza
Allah is sufficient for us.
He is the best disposer of affairs
Oh magnificent, oh honored one
Save the Muslims of Gaza
Oh Allah ,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
Oh Allah, be for them a guardian and helper
Our Lord, strong are those who are near to you
Glorious is your praise
And sanctified are your names
Oh Allah no one can abolish your command
And no one can defeat your army
Praise and glory to you
Oh Allah to you the Jews are evil doers
Oh Allah revealer of the book
Mover of the clouds
Defeater of the armies
Crush them down and shatter them
Oh Allah show us in them signs of your might
Murderers of the messengers and prophets
Tyrants of the innocents
Oh Allah free the Muslims of Gaza
Oh magnificent, oh honored one
Oh Allah loose their chains
Heal their sickness
And uncover their torture
Oh Allah replace their fear with safety
Oh magnificent, oh honored one
Oh Allah strengthen Islam and the muslimeen
Lower and shirk and mushrikeen
Destroy the enemies of the religion
And protect the territories of Islam
And unite the word of the Muslims in truth, oh lord of the worlds
Oh Allah saves the weak and powerless of the muslimeen everywhere
Oh Allah improve the situation of the muslimeen in Palestine, Iraq Afghanistan and everywhere
Oh Allah bring together their hearts
Guide them on the paths of pace
And lead them from darkness into light, Oh magnificent, oh honored one.
untuk download
sini
apa yang penting?kerjasama...apa yang penting?kerjasama...
teringat lak cerita wonderpets ni....ahak...dah besau2 pun layan wonderpets...
dulu aku suka tengok cerita spongebob squarepants...tu pun kalau tak ada keje la...
ramai gak yang kata aku ni macam budak2 walaupun umur dah nak menjangkau 30 tahun (tahun depan genap la)
mana taknya,berkawan ngan budak2,main bola ngan budak2,tengok kartun lagi,baca komik lagi....
tapi biar apapun orang kata...aku ada alasan aku sendiri knapa aku lebih suka rapat ngan bebudak berbanding orang yang sama baya ngan aku....
pernah dulu aku ditegur sorang member aku ni sebab baca komik....aku kata kat dia...mana lagi elok...baca komik atau buku lucah atau majalah hiburan yang terdedah sana sini?tak nak pulak dia jawab....
bab tengok kartun lak....selain dari cerita2 ilmiah macam halaqah tv9,forum perdana tv1,jejak rasul tv3 (apa lagi)...aku rasa cerita kartun je yang tak mendatangkan dosa.....
yang lain?dari berita sampai ke iklan.....semua nak menayang belaka.
kadang2 tu bila datang hangin satu badan dengan cerita2 dalam tv tu...dan kalau tak dikenangkan harga tv tu mahal...mau je aku smackdown tv tu sampai "give up"...pas tu gi beli baru...hahahaha...puas ati aku...tapi tu la....se "cokia-cokia" tv pun harganya cecah gak rm200 lebih...mana larat kalau hari hari nak kena smack down tv tu.....lagipun kalau aku smack down tv aku....kat mana lak aku nak tengok wonderpets ngan spongebob squarepants.....hehehe.....
sorang lagi ADUN mangkuk keluar PKR
sumber : berita harian
Adun keluar PKR
Oleh Faiza Zainudin dan Tuan Nazuri Tuan Ismail
bhnews@bharian.com.my
sayalah mangkuk tu |
YB Pelabuhan Klang ragui pimpinan Anwar, MB Selangor
KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah, semalam mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), berkuat kuasa serta-merta dan akan menjadi wakil rakyat Bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN).
Beliau yang masih belum membuat keputusan untuk menyertai Umno atau mana-mana parti politik, berkata keputusan itu dibuat dengan penuh kerelaan tanpa sebarang paksaan dan ugutan serta berasas kepada prinsip agama dan moral sebagai seorang Islam.
-kalau dah selalu macam ni...jangan kata nak perintah malaysia,nak pertahankan negeri yang menang pun belum tentu....
makin serabut la PKR ni
ko buat amanah tu macam mainan naruto anak ko yang umo 5 tahun tu je ek?
menjawab la ko kat sana nanti...
Wednesday, October 28, 2009
perempuan palsu
duit dah palsu...selaput dara dah palsu....jantina pun nak palsu gak ke?
manusia...manusia...tak bersyukur dengan anugerah ALLAH...
perghhh.....kalah anak jiran aku...hahaha...
pertandingan ratu cantik pondan....
semuanya nak dipalsukan belaka....na'uzubillah........
AMARAN:
NI SEMUA PONDAN,JANGAN ADA LELAKI YANG
JATUH CINTA LAK.....NABI TAK MENGAKU UMAT NANTI.....
APA HUKUM ORANG LELAKI TENGOK GAMBAR NI EK?
NAK KENA TANYA USTAZ NI.....ADA SESIAPA YANG TAU TAK?
MINTAK TOLONG POSTING JAWAPAN KAT DALAM KOMEN....
SYUKRAN.....
selaput dara palsu
tadi cerita duit palsu..ni cerita selaput dara palsu lak...alahai...dunia...dunia...
Isu keperawanan wanita selalu berhubung kait dengan selaput dara. Inilah yang menjadi tanda keperawanan dan kesucian seorang perempuan pada malam pertama. Sedangkan ada perempuan yang mempunyai selaput dara amat nipis dan mudah koyak oleh aktiviti-aktiviti tertentu seperti berenang, menunggang basikal dan memanjat. Ini semua memecahkan selaput daranya meskipun dia belum pernah melakukan hubungan seks.
Kesempatan ini diambil oleh sesetengah pihak untuk meniru selaput dara ini. Alat tiruan ini bernama Artificial Virginity Hymen. Siapa punya kerjalah yang mencipta alat pelik ini. Alat ini ditempatkan dalam vagina 15-20 minit sebelum hubungan intim. Alat itu membantu wanita yang baru berkahwin untuk mengaburi suami bahawa dia masih perawan.
Artificial Virginity Hymen adalah buatan Jepun dan diedarkan oleh perusahaan China, Gigimo. Beratnya adalah 0.08kg. Gigimo mengiklankan produknya di seluruh negara-negara Arab. Ini kerana sebahagian besar warga Timur Tengah masih menganggap keperawanan adalah harga mati yang harus dimiliki seorang isteri.
Alat itu akan menggoda para wanita untuk tidak menjaga keperawanannya. Para anggota parlimen konservatif Mesir menyeru larangan import alat selaput dara tersebut. Tokoh agama terkemuka Mesir, Abdel Moati Bayoumi, mengatakan, siapa pun yang mengimport alat itu harus dihukum. Produk ini mendorong hubungan seks terlarang. Islam melarang hubungan ini kecuali dalam pernikahan, kata Bayoumi.
duit rm50 baru tapi palsu
ingatkan banyak letak sistem keselamatan..dah selamat....rupanya bukan susah nak tiru....hehehe
tarikh lahir islam
jom tengok tarikh lahir islam kita...insyALLAH,berguna pada masa akan datang
http://www.searchtruth.com/hijri/hijri.html
Monday, October 26, 2009
hukuman bagi membunuh dan perkosa kanak-kanak 8 tahun
TEMBAK DIKHALAYAK RAMAI SAMPAI MATI
Ini perkara yang berlaku di Yemen ... kalau Malaysia buat macam ni kompom takda yang berani mendera kanak2 lagi dan takkan berlaku kes seperti sharlini dan yang lain-lain tu.
Kat Yemen mereka buat di pasar awam rakyat semua tengok untuk pengajaran ...
sumber
Thursday, October 22, 2009
sejadah berdiri
jangan tipu orang la pakcik/makcik dan tolonglah jangan membiarkan orang melayu ni percaya kepada perkara2 khurafat hingga boleh membawa kesyirikan kepada ALLAH.tak ada dosa yang tidak dapat di ampunkan oleh ALLAH selain dari menduakan ALLAH.video ni menunjukkan sesiapa sahaja boleh buat sejadah berdiri.saya ucapkan terima kasih kepada pembuat video ni.saya harap tiada seorang pun yang meletakkan kepercayaan bahawasanya "INI ADALAH KEAJAIBAN ALLAH".
sekiranya berlaku ditempat tuan2 dan puan2...saya harap tak perlulah dipanggil pemberita.cukuplah setakat dibentangkan kembali sejadah yang dikatakan berdiri tu,seterusnya memanggil jiran2 kita untuk berjemaah beramai ramai....itu lebih baik bagi diri kita.
mengharap selain dari ALLAH
sudah menjadi fitrah manusia,ada ketikanya kita dapat mengecapi kesenangan atas nikmat ALLAH dan ada ketikanya kita diuji oleh ALLAH dengan berbagai bagai ujian.maka dalam hal keadaan kita berduka dan mengharapkan ujian itu berlalu,kita melakukan sesuatu untuk menghindarkannya melalui cara yang mungkin bertentangan dengan syariat dengan tanpa kita sedari.
dalam perjalanan kita menuju kehadrat ALLAH SWT,tahap kebergantungan kita kepada ALLAH masih belum mencapai erti tawakkal yang sebenar.
apabila diuji dengan kesakitan,kita bergantung kepada ubat ubatan.kita YAKIN ubat ubatan itu mampu menyembuhkan penyakit yang kita alami.hinggakan sampai satu tahap dimana kita YAKIN dengan kepakaran sang doktor.apabila seseorang doktor itu mampu menjalankan perubatan terhadap diri kita dengan lancar,pembedahan misalnya,kita merasakan yang menyembuhkan penyakit kita adalah doktor hinggakan kita lupa bahawa ALLAH lah yang memberi kesakitan dan ALLAH lah yang menyembuhkan segala penyakit kita.
begitu jugalah apabila kita menggunakan khidmat bomoh.apabila kita atau orang yang kita sayangi KONONNYA dirasuk atau terkena buatan orang,kita meletakkan harapan yang tinggi terhadap bomoh itu untuk mengubati penyakit itu.apabila bomoh mengatakan si polan bin si polan yang melakukannya,maka tanpa syak wasangka lagi,kita PERCAYA dengan kata kata bomoh itu.lupakah kita siapa yang berkuasa memberi mudharat terhadap diri kita?mengapa kita melakukan kebiadapan terhadap ALLAH dengan menyamakan qudrat ALLAH dengan qudrat makhluk ciptaanNYA?malah lebih teruk lagi kita meminta pertolongan dari bomoh siam atau bomoh orang asli yang langsung tidak meyakini akan ketuhanan ALLAH.mengapa sebagai ummat islam yang mengucapkan kalimah tauhid,yang lebih hampir kepada ALLAH tetapi meletakkan pengharapan puak kafir yang terang terang tidak percaya kepada ALLAH?seseorang yang menjejakkan kakinya ke tangga rumah bomoh kafir sebenarnya dia telah melakukan syirik yang amat besar kepada ALLAH.
diceritakan seorang pemuda yang dalam pelayaran terdampar dilautan apabila kapalnya dipukul ombak.dalam hal keadaanya yang lemah dan tidak terdaya kerana telah terlalu lama berpaut pada sekeping papan,maka dia pun berkata,"YA ALLAH,sekiranya aku terselamat dalam musibah yang menimpa diriku pada waktu ini,maka aku bernazar kepadaMu untuk menyedekahkan 1000 dinar kepada orang yang pertama yang kujumpa".maka bertawakkallah pemuda itu dan menyerahkan nasib dirinya kepada ALLAH.
di satu tempat pula,seorang wanita yang membawa roti untuk dijual.setibanya di satu kawasan pesiran pantai,seekor gagak menyambar roti yang dibawanya itu.denganperasan sedih,wanita itu menyerahkan segala ketentuan kepada ALLAH.Maha Suci Allah,gagak yang mengambil roti itu bukanlah digunakan untuk keperluan dirinya tetapi untuk diberikan kepada pemuda yang terdampar tadi.
maka dengan izin ALLAH,pemuda itu selamat sampai ke pesisiran pantai.melihatlah pemuda itu akan wanita yang dicuri rotinya oleh gagak tadi.maka teringatlah pemuda itu akan nazarnya kepada ALLAH,lalu dicarinya 1000 dinar untuk diberikan kepada wanita itu tadi.
lihatlah akan perancangan ALLAH apabila seseorang itu dalam hal keadaan dirinya yang bertawakkal kepada ALLAH.sipemuda yang menyerahkan ketentuan hidup matinya kepada ALLAH tanpa bergantung kepada pertolongan selain ALLAH.si wanita yang redha akan musibah yang menimpa dirinya dan bersabar,maka ALLAH menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik dari sebuku roti yang telah hilang dari tangannya.
diceritakan pula seorang ahli sufi yang di uji oleh ALLAH dengan penyakit.lalu bertanya sahabatnya,"mengapa engkau tidak memohon pertolongan kepada ALLAH?".lalu,dijawab oleh ahli sufi itu,"bagaimana perlu aku memohon pertolonganNYA sedangkan penyakit yang menimpaku ini adalah datang dariNYA.DIA juga memegang ubat bagi penyakitku ini dan dia MAHA MENGETAHUI akan keadaan diriku pada ketika ini.maka hal keadaan diriku ini telah kuserahkan hanya kepadaNYA untuk menentukannya".
lihatlah keteguhan hati dan tahap keimanan seseorang yang mengharap terus kepada ALLAH.mereka sedar bahawasanya meminta bantuan selain dari ALLAH adalah satu kesyirikan kepadaNYA.
kalaulah makhluk yang diminta pertolongan oleh kita juga memohon pertolongan kepada ALLAH,maka mengapa kita bergantung harap kepada makhluk itu?mengapa kita tidak terus memohon pertolongan kepada YANG MAHA MEMBERI PERTOLONGAN?
pengertian tasawwuf
tasawwuf-amalan amalan mujahadah,akhlak mulia,rasaan rohani (dzauq) yang tinggi.
tasawwuf peringkat awal dan akhir tidak boleh terlepas dari syariat.
Tasawwuf menurut Al Sya'rani-
ilmu yang terbit di adalam hati para wali apabila mereka mempraktikkan Al Quran dan As Sunnah.sebagaimana ilmu yang terbit daripada ulama' Fiqh,setiap amalan yang dilakukan dengan pandua kedua duanya akan menerbitkan pelbagai ilmu,adab adab,rahsia rahsia dan hakikat yang tidak dapat diungkapkan secara lisan dengan syarat jika amalan itu bebas daripada kecacatan dan kehendak kehendak hawa nafsu.
Tasawwuf menurut Ma'ruf Al Karkhi (bapa saudara/guru Junaid Al Baghdadi)-
Tasawwuf ialah bergantung harap kepada ALLAH dan tidak kepada makhluk.
Tasawwuf menurut Abu Turab Al Nakhsyabi-
sufi ialah seseorang yang tidak dikotori oleh sesuatu apapun malahan bersih daripada semua perkara.
Tasawwuf menurut Sahl Bin Abdullah Al Tustari-
1)sufi itu ialah seseorang yang bersih daripada maksiat,sentiasa berfikir dan berpegang teguh kepada ALLAH dan tidak kepada manusia.oleh yang demikian disisi ALLAH tidak ada apa apa perbezaan diantara emas dan lumpur.
2)Tasawwuf ialah mengurangkan makan,beribadah kepada ALLAH dan mengasingkan diri daripada manusia.
Tasawwuf menurut Al Jariri-
Tasawwuf ialah berakhlak dengan akhlak yang tinggi dan meninggalkan perlakuan yang keji.
Tasawwuf menurut Al Kattani-
sesiapa yang membekalkan kamu dengan akhlak yang terpuji maka ianya telah menambahkan kebersihan jiwa kamu.
Tasawwuf menurut Al Nuri-
Tasawwuf bukan tulisan atau ilmu tetapi tasawwuf itu adalah akhlak.kerana jika tasawwuf itu tulisan maka ianya boleh diperolehi dengan latihan dan jika ia adalah ilmu ianya boleh diperolehi dengan belajar.tetapi sebenarnya tasawwuf itu ialah berakhlak dengan akhlak akhlak ALLAH (akhlak terpuji).seseorang itu sama sekali tidak dapat berakhlak dengan akhlak akhlak Ilahi dengan hanya melalui ilmu dan tulisan.
Tasawwuf menurut Samnun-
Tasawwuf ialah kamu merasa bahawa kamu tidak memiliki sesuatupun didunia ini dan kamu juga tidak dimiliki oleh sesiapapun dikalangan makhluk didunia ini.
Tasawwuf menurut Al Syibli-
Tasawwuf ialah mengabdikan diri kepada ALLAH tanpa rasa keluh kesah.
Tasawwuf menurut Sariy Al Saqati-
Tasawwuf ialah kata nama untuk tiga perkara iaitu cahaya makhrifahnya tidak menghilangkan cahaya kewarakannya,tidak berbicara dengan ilmu yang bathil yang disanggah oleh Al Quran dan As Sunnah,kekeramatan tidak mendorong ia melanggar perkara perkara yang diharamkan oleh ALLAH.
berkata Al Junaid-zikir dengan ijtima',tawajud dengan istima' (seni dengaran) dan beramal dengan ittiba'.
Wednesday, October 21, 2009
rumah anak yatim pelarian rohingya selayang
pengalaman seorang sahabat ketika menziarahi rumah anak yatim ini
semalam sempat gi ziarah masyarakat rohingya di selayang...
masa jumpa ngan pengetua rumah kebajikan nih, ada 1 famili datang nak antarkan anak untuk daftar ke rumah tersebut...
nak masukkan anak sulungnya yang berumur 5 tahun...
bila dengar cerita kesnya...si suami kena tangkap oleh pihak berkuasa...
kan pihak berkuasa nih memang suka tangkap pendatang2 nih walaupun diorang masuk dengan sah sekali dengan kad unhcr...
tapi kena tangkap gak...
bila aku tgk si perempuan nih dengan anak dia yg 3 org tu, rasa sedih plak ngan apa yg telah berlaku...
anak dia sorang tu kecil lagi...dan aku sendiri pun ada anak kecil!terbayang plak bila isteri aku ada dlm keadaannya dan baby yg dia dukung tu adalah anak aku...ya Allah, sebak rasanya....tapi kena cover nak kuar air mata sebab ada ngan ustaz dan sorang penderma nih skali masa tu...
Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakan- “Apa jua hartabenda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan.” Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya).(Al-Baqarah 215)
untuk keterangan lanjut boleh lawati
http://www.donateforummah.com/2008/03/adakah-pengemis-di-malaysia-diurus-oleh.html
Friday, October 16, 2009
Saturday, October 3, 2009
SEORANG DOKTOR NEUROLOGI MENEMUI KEAJAIBAN ALLAH
Sahabat2 semua yang Islam dan juga yang Bukan Islam… bacalah Email ini dari sahabat yg menetap di US:
“Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.
Dia adalah seorang Doktor Neurologi . Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan “Perubatan Melalui Al-Qur’an” .
Kajian perubatan melalui Al-Qur’an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur’an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainya. Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah .
Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal. Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati Bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!!!
Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk Beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam…… Begitulah keagungan ciptaan Allah!!! tidak menunaikan sembahyang , akan otaknya tidak Akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!! Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam ’sepenuhnya’ kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.”
sumber:klik
Friday, October 2, 2009
Tangisan Padang: 770 Maut; 294 Parah; 500 Bangunan runtuh
petikan:berita harian
PASUKAN penyelamat mencari mangsa di celah runtuhan.
Gegaran susulan kejutkan Jambi; Sumatera diisytihar darurat
PADANG: Ketika keadaan di Sumatera Barat masih kelam kabut berikutan gempa bumi kelmarin yang setakat ini mengorbankan 770 orang, manakala 294 mangsa cedera, Indonesia dikejutkan dengan satu lagi gegaran di kawasan Jambi di selatan bandar ini, pagi semalam.
Setakat ini, tiada laporan mengenai kematian akibat gegaran susulan berukuran 6.6 skala Richter pada jam 9.53 pagi itu yang turut dirasai di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia, termasuk Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
Lebih 500 bangunan termasuk beberapa hotel, sekolah, hospital dan gedung beli belah dilaporkan musnah atau mengalami kerosakan teruk dalam kejadian itu.
Hotel Bumi Minang, satu daripada hotel kegemaran rakyat Malaysia yang melancong ke Kota Padang atau menziarahi saudara mara di sana, juga dilaporkan runtuh dengan sejumlah orang dikatakan masih terperangkap, tetapi Kedutaan Malaysia di Jakarta mengesahkan semua 330 pelajar Malaysia di Padang selamat dan tiada laporan rakyat Malaysia terkorban.
TANGISAN dan jeritan menyelubungi Padang. |
Hospital utama Padang, Rumah Sakit Djamil pula penuh sesak dengan mangsa dan keluarga mereka. Berpuluh yang cedera terpaksa dirawat di dalam khemah yang dipasang di perkarangan hospital itu yang bangunannya turut mengalami kerosakan.
Pemerintah Indonesia mengisytiharkan darurat di wilayah Sumatera Barat dan mahu semua pihak bersedia menghadapi keadaan yang terburuk.
"Jangan anggap bencana ini kecil. Kita harus bersedia menghadapi yang terburuk dan melakukan apa yang perlu untuk membantu mangsa," kata Presiden Susilo Bambang Yudhoyono di Jakarta sebelum berlepas ke Padang.
Pasukan penyelamat pertama dari luar Padang yang dianggotai petugas kementerian kesihatan dan tentera Indonesia tiba di bandar berkenaan, semalam.
DUA mangsa terlantar di hospital. |
"Kami memerlukan jentera berat untuk mengangkat runtuhan," kata jurucakap Agensi Pengurusan Bencana, Priyadi Kardono.
Beliau berkata, tiga pesawat pengangkut tentera bersiap sedia untuk menghantar bantuan termasuk khemah, selimut dan ubat.
"Kesan gempa bumi berkenaan mungkin sebesar gempa Yogyakarta," katanya merujuk kejadian gempa 2006 yang membunuh 6,000 penduduk.
Ketua pusat krisis kementerian kesihatan, Rustam Pakaya memberitahu AFP sebuah hospital utama di bandar itu adalah antara bangunan yang runtuh.
"Rumah dan bangunan runtuh menyebabkan beribu-ribu penduduk terperangkap di dalam runtuhan berkenaan," kata Pakaya yang menjangka angka kematian melebihi 1,000 orang.
Yanto, seorang penyambut tetamu hotel di Padang berkata bekalan elektrik masih terputus pagi semalam selepas 15 jam kejadian gempa.
"Hotel kami musnah teruk. Banyak rekahan dan runtuhan dari konkrit," katanya yang bersyukur semua tetamu hotel itu selamat.
Laporan beberapa pihak berkuasa setempat pula menyebut lebih 100 mangsa dikhuatiri tertimbus di bawah runtuhan Hotel Ambacang di tengah Kota Padang dan lebih 60 murid terperangkap dalam bangunan tiga tingkat tempat mereka mengikuti tuisyen ketika kejadian.
sebuah kisah
dah jarang nak menulis sekarang ni.....maklum la....masih lagi dalam mood raya...tapi boleh dikatakan aku masih lagi dalam mood puasa sebab rutin harian tak banyak beza sebagaimana bulan puasa....
sebelum bulan puasa yang lepas,mak aku dimasukkan ke dalam wad....
ceritanya,pada masa tu aku sedang bekerja dan mendapat panggilan dari bapa saudara aku mengatakan mak aku jatuh kat dalam tandas.....
astaghfirullah....bagaikan nak gugur jantung...hampir2 menitik airmata aku bila kenangkan mak aku sorang2 kat rumah....pasti masa tu tak ada sorang pun yang membantu....
alhamdulillah.....sampai aje kat rumah,aku tengok keadaan mak aku tak seteruk yang disangka....jadi untuk ke hospital..aku terpaksa menelefon ambulan (jangan ditanya aku tentang semangat kejiranan kawasan rumah aku ni)
dan buat kali keduanya mak aku terpaksa ditahan di wad kerana penyakit yang sama....kurang gula dalam darah....
bila mak aku dah keluar hospital....aku terpaksa meminta pertolongan akak aku untuk jaga mak....walaupun berat rasa hati ni sebab aku tak pernah berenggang dengan mak aku walaupun aku berpindah ke melaka tapi mak aku tetap nak ikut aku menetap disini....
tiga hari sebelum puasa...abang aku telefon...menyampaikan pesan dari mak aku supaya balik ke kuala lumpur......aku tau ada yang tak kena...tapi dengan nada suara abang aku...aku yakin perkara yang aku risaukan taklah seteruk mana....
jadi buat pertama kalinya sejak menjejakkan kaki ke melaka...aku menyambut hari pertama ramadhan di kuala lumpur......
setibanya di rumah akak aku......aku diberitahu mak aku baru sahaja keluar wad kerana diserang stroke....memang kalau dilihat pada keadaan mak aku pada waktu tu...tak sekuat seperti ketika berada di melaka....untuk berjalan kesana sini,terpaksa dipimpin atau dipapah....namun aku bersyukur pada ALLAH kerana mak aku masih mampu berjalan dan menggerakkan anggotanya kerana aku pernah mendengar....orang yang diserang stroke,ada yang tidak mampu lagi berjalan.....
ALHAMDULILLAH....biarpun kita terpaksa menanggung kesedihan atau kesakitan....musibah yang menimpa diri kita adalah penebus bagi dosa2 (kecil) yang kita lakukan....disamping meningkatkan tahap keimanan kita sekiranya kita sabar dan redha dengan ketentuan ALLAH.....sebagaimana Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:seorang muslim itu tidak dirimpa sesuatu dari keletihan,penyakit,masalah(kebingungan),kesedihan(kerana kehilangan sesuatu),kesengsaraan dan dukacita sehinggakan kepda duri yang menusuknya(menyakitinya),kecuali ALLAH mengampunkan dengan semua itu daripada dosa dosanya.
maka hal ini aku sampaikan kepada mak aku supaya terpancar kegembiraan pada wajahnya...supaya dia melupakan kesakitan yang sedang dialaminya....
sebulan tanpa mak aku sebagaimana biasa...membuatkan aku menjadi terlalu rindu apatah lagi terpaksa menyambut ramadhan keseorangan...bersahur seorang diri...berbuka seorang diri....
INSYALLAH.....aku akan kembali semula ke kuala lumpur untuk terus menjaga mak aku selagi hayatnya dikandung badan....supaya aku sentiasa berada disisinya...walaupun aku terpaksa membatalkan segala perancangan...walaupun aku terpaksa bermula dari bawah semula.....
WALLAHUA'LAM.........
Thursday, October 1, 2009
PENCEGAHAN UNTUK H1N1 (BUKAN RAWATAN)
Ini sebenarnya yang saya ingin maklumkan kepada semua. Harap disebarkan kepada semua rakan Muslim kita.
Kebanyak kes kematian di MALAYSIA boleh dikatakan (walaupun tiada pihak mengesahkan) ialah 80% orang MELAYU beragama ISLAM. Sedangkan penyakitnya jika betul adalah dari BABI, adakah Melayu Islam ada kaitan terus dengan BABI? Kenapa? Sebenarnya ubat pencegah penyakit ini telah diamalkan oleh bangsa lain dari tanpa memberitahu kepada kita. Kalau ada sesiapa mendengar RADIO IKIM pada Isnin 16hb Ogos pasti tahu jawapannya. Ceramah H1N1 disampaikan oleh seorang Ustaz di radio tersebut.
PENCEGAHAN H1N1 ADALAH................. Bawang Putih!!!!!
Terkejut???.... itulah pencegahan untuk H1N1 (bukan rawatan ye). Saya juga terkejut bila mengetahuinya. Dan yang lebih menarik ianya diakui oleh rakan Doktor ketika saya berbual tadi.
1.. Bawang putih boleh meningkatkan kadar antibodi dalam badan.
2.. Bawang putih digunakan dalam ubat-ubatan pencegah selsema,
anti-astimin (kira semua ubat berkaitan dengan paru)-jangkitan H1N1 kat
paru-parukan?
3.. Bawang putih adalah anti penularan penyakit..... tak caya.... kalau
kena bisul, cuba potong bawang putih dan sapu getahnya kat bisul tadi,
adakah dia akan menular? Jawapannya TIDAK!!!! Bisul akan kecut dan mati sendiri.
4.. Kalau selsema, tumbuk bawang putih dan masukkan dalam air panas,
kemudian hirup wapnya, selsema akan pulih....tak caya....cubala
5.. Kalau bengkak2, ambil bawang putih hancurkan dalam minyak dan sapu kat tempat bengkak tadi..... mujarabkan?
Sebenarnya banyak lagi kebaikkan bawang putih. Ia selalu dirahsiakan dari kita.
Saya ambil contoh disini....... kalau anda pernah nampak bangsa asing
memasak (masak BABI contohnya), kenapa begitu banyak bawang putih
dimasukkan. Kalau rancangan masakkan luar negara, kenapa bawang putih adalah salah satu yang utama dan begitu banyak digunakan?
Jadi kat sini saya ingin berkongsi beberapa perkara tentang cara rawatannya
1.. Bakar satu labu bawang putih, bila dah lembik keluarkan isinya,
hancurkan dan masukkan dalam sup atau bahan berkuah
2.. perbanyakan penggunaan bawang putih dalam masakan
3.. Ambil tablet atau kapsul bawang putih yang dijual di farmasi di
seluruh negara.....mesti ada sebab kenapa ianya dijualkan.
4.. dan kalau boleh amalkan selalu penggunaanya......
Saya ingin sama2 berkongsi apa yang saya tahu, jika ada salah silap pohon ampun dan maaf, Jika fakta yang diberi tidak betul, jangan la saman saya. Tak salah kita mencubanya. InsyaAllah
Tolong Sebarkan.......semoga Allah merestui kita....amin