Thursday, October 22, 2009

pengertian tasawwuf

salam dari melaka.....

tasawwuf-amalan amalan mujahadah,akhlak mulia,rasaan rohani (dzauq) yang tinggi.
tasawwuf peringkat awal dan akhir tidak boleh terlepas dari syariat.

Tasawwuf menurut Al Sya'rani-
ilmu yang terbit di adalam hati para wali apabila mereka mempraktikkan Al Quran dan As Sunnah.sebagaimana ilmu yang terbit daripada ulama' Fiqh,setiap amalan yang dilakukan dengan pandua kedua duanya akan menerbitkan pelbagai ilmu,adab adab,rahsia rahsia dan hakikat yang tidak dapat diungkapkan secara lisan dengan syarat jika amalan itu bebas daripada kecacatan dan kehendak kehendak hawa nafsu.

Tasawwuf menurut Ma'ruf Al Karkhi (bapa saudara/guru Junaid Al Baghdadi)-
Tasawwuf ialah bergantung harap kepada ALLAH dan tidak kepada makhluk.

Tasawwuf menurut Abu Turab Al Nakhsyabi-
sufi ialah seseorang yang tidak dikotori oleh sesuatu apapun malahan bersih daripada semua perkara.

Tasawwuf menurut Sahl Bin Abdullah Al Tustari-
1)sufi itu ialah seseorang yang bersih daripada maksiat,sentiasa berfikir dan berpegang teguh kepada ALLAH dan tidak kepada manusia.oleh yang demikian disisi ALLAH tidak ada apa apa perbezaan diantara emas dan lumpur.
2)Tasawwuf ialah mengurangkan makan,beribadah kepada ALLAH dan mengasingkan diri daripada manusia.

Tasawwuf menurut Al Jariri-
Tasawwuf ialah berakhlak dengan akhlak yang tinggi dan meninggalkan perlakuan yang keji.

Tasawwuf menurut Al Kattani-
sesiapa yang membekalkan kamu dengan akhlak yang terpuji maka ianya telah menambahkan kebersihan jiwa kamu.

Tasawwuf menurut Al Nuri-
Tasawwuf bukan tulisan atau ilmu tetapi tasawwuf itu adalah akhlak.kerana jika tasawwuf itu tulisan maka ianya boleh diperolehi dengan latihan dan jika ia adalah ilmu ianya boleh diperolehi dengan belajar.tetapi sebenarnya tasawwuf itu ialah berakhlak dengan akhlak akhlak ALLAH (akhlak terpuji).seseorang itu sama sekali tidak dapat berakhlak dengan akhlak akhlak Ilahi dengan hanya melalui ilmu dan tulisan.

Tasawwuf menurut Samnun-
Tasawwuf ialah kamu merasa bahawa kamu tidak memiliki sesuatupun didunia ini dan kamu juga tidak dimiliki oleh sesiapapun dikalangan makhluk didunia ini.

Tasawwuf menurut Al Syibli-
Tasawwuf ialah mengabdikan diri kepada ALLAH tanpa rasa keluh kesah.

Tasawwuf menurut Sariy Al Saqati-
Tasawwuf ialah kata nama untuk tiga perkara iaitu cahaya makhrifahnya tidak menghilangkan cahaya kewarakannya,tidak berbicara dengan ilmu yang bathil yang disanggah oleh Al Quran dan As Sunnah,kekeramatan tidak mendorong ia melanggar perkara perkara yang diharamkan oleh ALLAH.

berkata Al Junaid-zikir dengan ijtima',tawajud dengan istima' (seni dengaran) dan beramal dengan ittiba'.


-WALLAHUA'LAM-


No comments: