Wednesday, October 21, 2009

rumah anak yatim pelarian rohingya selayang

salam dari melaka.....

pengalaman seorang sahabat ketika menziarahi rumah anak yatim ini





semalam sempat gi ziarah masyarakat rohingya di selayang...
masa jumpa ngan pengetua rumah kebajikan nih, ada 1 famili datang nak antarkan anak untuk daftar ke rumah tersebut...
nak masukkan anak sulungnya yang berumur 5 tahun...

bila dengar cerita kesnya...si suami kena tangkap oleh pihak berkuasa...
kan pihak berkuasa nih memang suka tangkap pendatang2 nih walaupun diorang masuk dengan sah sekali dengan kad unhcr...
tapi kena tangkap gak...

bila aku tgk si perempuan nih dengan anak dia yg 3 org tu, rasa sedih plak ngan apa yg telah berlaku...
anak dia sorang tu kecil lagi...dan aku sendiri pun ada anak kecil!terbayang plak bila isteri aku ada dlm keadaannya dan baby yg dia dukung tu adalah anak aku...ya Allah, sebak rasanya....tapi kena cover nak kuar air mata sebab ada ngan ustaz dan sorang penderma nih skali masa tu...


Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakan- “Apa jua hartabenda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan.” Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya).(Al-Baqarah 215)

untuk keterangan lanjut boleh lawati
http://www.donateforummah.com/2008/03/adakah-pengemis-di-malaysia-diurus-oleh.html

3 comments:

DNA said...

Wa'alaikumus salam sahabat ku.

em.. betul ke laki dia kena tangkap, aku rasa la,kalau laki dia tak buat silap tentu pihak bekuasa tu tak tahan laki dia.

ye la.. walaupun laki dia pemegang kad UNHCR yang sah, tapi kalau ada kesalahan lain dia lakukan. ini tak bermakna dia terlepas dari ditahan.
betul tak.

rahmanw said...

salam...
dna-tu aku tak tau...ko kena tanya si mad...tapi biasa la..layanan keatas orang asing kat malaysia ni dah macam makhluk asing....naik yang masuk secara sah atau secara haram....

DNA said...

Wallahualam bi shawab.