Friday, October 2, 2009

sebuah kisah

salam dari melaka.....

dah jarang nak menulis sekarang ni.....maklum la....masih lagi dalam mood raya...tapi boleh dikatakan aku masih lagi dalam mood puasa sebab rutin harian tak banyak beza sebagaimana bulan puasa....
sebelum bulan puasa yang lepas,mak aku dimasukkan ke dalam wad....
ceritanya,pada masa tu aku sedang bekerja dan mendapat panggilan dari bapa saudara aku mengatakan mak aku jatuh kat dalam tandas.....
astaghfirullah....bagaikan nak gugur jantung...hampir2 menitik airmata aku bila kenangkan mak aku sorang2 kat rumah....pasti masa tu tak ada sorang pun yang membantu....
alhamdulillah.....sampai aje kat rumah,aku tengok keadaan mak aku tak seteruk yang disangka....jadi untuk ke hospital..aku terpaksa menelefon ambulan (jangan ditanya aku tentang semangat kejiranan kawasan rumah aku ni)
dan buat kali keduanya mak aku terpaksa ditahan di wad kerana penyakit yang sama....kurang gula dalam darah....

bila mak aku dah keluar hospital....aku terpaksa meminta pertolongan akak aku untuk jaga mak....walaupun berat rasa hati ni sebab aku tak pernah berenggang dengan mak aku walaupun aku berpindah ke melaka tapi mak aku tetap nak ikut aku menetap disini....
tiga hari sebelum puasa...abang aku telefon...menyampaikan pesan dari mak aku supaya balik ke kuala lumpur......aku tau ada yang tak kena...tapi dengan nada suara abang aku...aku yakin perkara yang aku risaukan taklah seteruk mana....
jadi buat pertama kalinya sejak menjejakkan kaki ke melaka...aku menyambut hari pertama ramadhan di kuala lumpur......
setibanya di rumah akak aku......aku diberitahu mak aku baru sahaja keluar wad kerana diserang stroke....memang kalau dilihat pada keadaan mak aku pada waktu tu...tak sekuat seperti ketika berada di melaka....untuk berjalan kesana sini,terpaksa dipimpin atau dipapah....namun aku bersyukur pada ALLAH kerana mak aku masih mampu berjalan dan menggerakkan anggotanya kerana aku pernah mendengar....orang yang diserang stroke,ada yang tidak mampu lagi berjalan.....
ALHAMDULILLAH....biarpun kita terpaksa menanggung kesedihan atau kesakitan....musibah yang menimpa diri kita adalah penebus bagi dosa2 (kecil) yang kita lakukan....disamping meningkatkan tahap keimanan kita sekiranya kita sabar dan redha dengan ketentuan ALLAH.....sebagaimana Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:seorang muslim itu tidak dirimpa sesuatu dari keletihan,penyakit,masalah(kebingungan),kesedihan(kerana kehilangan sesuatu),kesengsaraan dan dukacita sehinggakan kepda duri yang menusuknya(menyakitinya),kecuali ALLAH mengampunkan dengan semua itu daripada dosa dosanya.

maka hal ini aku sampaikan kepada mak aku supaya terpancar kegembiraan pada wajahnya...supaya dia melupakan kesakitan yang sedang dialaminya....

sebulan tanpa mak aku sebagaimana biasa...membuatkan aku menjadi terlalu rindu apatah lagi terpaksa menyambut ramadhan keseorangan...bersahur seorang diri...berbuka seorang diri....


INSYALLAH.....aku akan kembali semula ke kuala lumpur untuk terus menjaga mak aku selagi hayatnya dikandung badan....supaya aku sentiasa berada disisinya...walaupun aku terpaksa membatalkan segala perancangan...walaupun aku terpaksa bermula dari bawah semula.....

WALLAHUA'LAM.........

2 comments:

Anonymous said...

bersabar je la Bro, aku dokan semoga semua selamat sejahtera.
insya'Allah.

Miss jane said...
This comment has been removed by a blog administrator.